Jumaat, 31 Oktober 2008

apa yg membezakan kita - ceramah malam ni....


Mantan Pengarah BiroTataNegara Selangor - Hj Shukur Ghaffor bersama di PJKN.

Apa yang menjadi kita berbeza - dalam kontek Perpaduan ( Melayu , Cina dan India dan seterusnya ) - kita masyarakat berbeza ujud dan hidup dalam satu komuniti yang arahnya sama. Keharmonian bersama kaum. Tapi kita sering berbeza.

lama duduk menyelak buku itu dan ini - akhirnya ini intipati yg mahu dikongsi dan seterus menjadi sebahagian daripada cerita kita. Berdasarkan kajian besar menyatakan kita berbeza di sebabkan oleh FASIOLOGI ( fizkal ), SOSIOLOGI ( persekitaran )DAN PSIKOLOGI ( emosi )- begitulah juga dalam perhubungan sesama - kita sering berbeza...

Ketidaksamaan ini menjadikan kita berbeza - dan sistem yg tidak melihat ' punca ' berbeza menjadikan kita semakin berbeza...

Konflik dari penafsiran seterusnya membutir impak yg tidak molek untuk kita lihat.
Kajian menyatakan kita berkonflik disebabkan K + M + H = K ...karektor + matlamat + Halangan = Konflik.Untuk itu apa tindakan kita : sejauh mana kemampuan kita untuk menyamaratakan MATLAMAT zahir daripada Karektor yg dibentuk dari sistem awal ( agresif , asertif dan pasif ) -

Moral untuk aku : ini yg akan di ' goreng ' malam ni...menyamaratakan MATLAMAT. Begitu jua dalam kehidupan sosial kita. Kita sering berbeza....sejauh mana kemampuan kita untuk menyamaratakan adalah lahir daripada sistem.......

Khamis, 30 Oktober 2008

fikir2kan...




Mari kita sama2 fikirkan - ini sebahagian dari ILMU ILMU ALLAH yg diturun dalam bentuk ' kata2 ' untuk kita. Bila kita tidak menjadikan ILMU2 ini sebahagian daripada kepentingan...inilah sebahagian ceritanya...sebahagian KITAB2 LAMA , AL QURAN , HASIL2 TULISAN PEMIKIR2 ISLAM......seakan akan mahu di hilangkan daripada KITA. Tenggelam dalam runtuhan di Perpustakaan Akademi Islam Universiti Malaya...



akhirnya - ini yang akan ditinggalkan : semuga hari2 seterusnya kita beroleh kerahmtanNya dan seterusnya dlindungi - dan percayalah HIDUP INI ADALAH PILIHAN kita....setelah kita MEMILIH - JALANNYA HARUS KE DEPAN.....

selamat hari jadi......




Cerita seorang ' pejuang ' untuk anaknya...Selamat HariJadi yang ke 10 tahun. 10 tahun kita lalui kehidupan bersama. 10 tahun kita tempuhi satu persatu kehidupan yang akhirnya hari ini kita mula merasakan ALANGKAH tidak adilnya hidup ini untuk kita. Dan kita semakin jauh , jauh dari semua yang pernah kita lalui 10 tahun dahulu.

Adakah dunia ini tidak ADIL untuk kita. Abi teruk di ' henyak ' dengan apa yg berlaku. Lama abi ambil masa untuk terus membuatkan keputusan. Apa yang berlaku adalah sesuatu yang sepatutnya berlaku. Dunia ini ADIL pada paksinya...

Hari ini genap 10 tahun kita bersama, dan abi minta maaf. Untuk pertama kali Abi tidak akan menyertai ' majlis ' ana...Abi dah beli kek yang ana nak. Abi dah beli ' handphone ' baru untuk ana...( tapi abi tak tahu bila nak bagi ).

Pesanan abi - semuga hari2 seterusnya semuga ana cepat membesar dan taksirlah semua apa yang berlaku....hidup ini ada serangkai cerita dari PILIHAN DEMI PILIHAN.Akhirnya kita memilih untuk jadi begini....abi minta maaf.

Moral untuk aku dan kawan2 : dunia masih ADIL untuk kita. Dunia dan segala hukum hakamnya berpaksi ditempat yg betul : cuma penafsiran kita sahaja yang membedakan. Hidup adalah proses yang beransur - ansur...semuga kita berhati2....

Rabu, 29 Oktober 2008

dari jinggo untuk jinggo : sekadar sama2 jadikan ingatan....





Untuk seterusnya dari ' hilang ' yg panjang - ini ceritanya : pertemuan yg menarik untuk selingkarkan - PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN NEGARA ( PJKN ): satu Program ' ganti ' kepada belia yg tidak berpeluang untuk ke PLKN. Rasanya tidak keterlaluan dikatakan - ini sebahagian daripada lambakan ' duit kita ' untuk melihat BANGUN nya remaja & belia dalam posisi yg sepatutnya. Diharapkan komitmen KEMENTERIAN BELIA & SUKAN - ini disertakan serta dengan NIAT !!!!!

Akhirnya : terima kasih kerana komitmen kalian ( shira ,shile , lokman , ustas , penghulu , yaya , farah - skadar beberapa nama...)- rasanya ini RUANG & PELUANG untuk kita terus sama2 melihat dan menhayati - bahawa JALAN HARUS KE DEPAN...terima kasih kepada adik2 dari UNISEL..dan ketahuilah : jangan bebalkan diri , dan seterusnya membina tembok yg menghalang orang LAIN yang mahu MEMBERI....

Pada aku dan kawan2 : perkara ini diumpamakan sebuah tasik yg tenang - kita jatuhkan sebutir batu dipermukaan air itu , batu akan jatuh dipermukaan air yg tenang lalu menjunam ke dasar tasik dan pada masa yang sama menghasilkan gelombang yang tersebar jauh ke pantai....gelombang itu berombak kecil secara berterusan sehingga batu itu mencecah dasar....

Dan seterusnya pada rakan2 dari UNISEL - apa yg berlaku bukan sekadar cerita biasa : kita memang di takdirkan untuk berjumpa.bercerita dan seterusnya membongkar dan merungkai itu dan ini....akhirnya sekali lagi JALAN HARUS KE DEPAN !!!!!

Jumaat, 24 Oktober 2008

ini yang di tinggalkan....


Terdapat seorang lelaki yang suka berjalan kaki pada waktu pagI di tepi pantai. Dia melihat dialunan ombak membawa bersama- sama beratus - ratus ekor tapak sulaiman dan apabila air surut , mereka ditinggalkan dipersisiran pantai dan bila terbitnya sinar matahari pagi mereka akan mati.

Air pasang pagi sungguh segar dan tapak sulaiman hidup.Lelaki itu itu melangkah ke hadapan beberapa tapak , mengambil seekor tapak sulaiman dan mencampak ke dalam air. Dia melakukan beberapa kali. Dibelakangnya terdapat seorang lelaki yang hairan dengan apa yang dilakukannya. Dia menhampiri dan bertanya :

" apa yang sedang anda lakukan ? terdapat beratus - ratus tapak sulailam. Berapa banyak yang anda dapat bantu ? Apakah bezanya ?

Lelaki itu tidak menjawab , menapak dua langkah lagi , mengambil lagi tapak sulaiman dan mencampakkannya ke laut , dan berkata :

" Ia amat berbeza bagi yang seekor ini "

Apakah berbezaan yg kita lakukan ? Besar atau kecil , ia tidak menjadi masalah. Jika setiap orang membuat perubahan kecil , kita akhirnya akan membuat satu perubahan besar....

Moral untuk aku dan kawan : kita adalah diantara pengutip tapak sulaiman - itu cerita kita. Sebagaimana kata Shiv Khera ( you can win ) orang yang memberi di berikan kepada 2 kelompok - MEMBERI vc MENGAMBIL.Orang yang memberi tidak akan pertikaikan apa aku akan dapat : sementara orang mengambil akan bertanya.

Akhirnya untuk diri sendiri dan kawan - kita membaling batu ditasik yg tenang - gelombangnya akan sampai ketebing...untuk itu fikir2kanlah.kita MEMBERI @ MENGAMBIL.

Khamis, 23 Oktober 2008

peringatan untuk semua





Perpustakaan Pengajian Islam Universiti Malaya dilanda musibah ( pada 20.Okt.2008 )untuk kita sama- sama fikirkan , sebuah Perpustakaan yang menyimpan bukan sekadar cerita biasa malah al-quran serta kitab-kitab kuning dari para ulamak muktabar !untuk kita...segalanya terkubur - seakan mahu memberitahu kepada kita - ilmu al quran hanya sekadar cerita yang semakin tidak menjadi apa2 kepada kita.

Aku melihat : ada airmata yang mengalir melihat bukan satu Al Quran dan bahan2 rujukan hilang ( seakan2 mahu di hilangkan ) dari 13 Perpustakaan di UM kenapa disini yang di pilih.Dan dari yang dilihat beberapa orang Prof menangis....apa yg mahu di tunjukkan pada kita ( di akhirnya zaman Al Quran akan hilang - bukan sahaja pandangan . ingatan apatah lagi amalan.

Untuk aku dan rakan2 : itu kejadian untuk kita lihat zahirnya begitu. Apa lagi yg mahu kita persoalkan - kita sibuk mempersoalkan itu dan ini. Sesekali mari kita sesama perbetulkan niat kerana ESOK MASIH ADA untuk kita. Al Quran kita masih belum hilang.......ini yang boleh di tinggalkan kepada rakan2.

Rabu, 22 Oktober 2008

kisah cicak untuk kita.


Cerita dari Negeri Binatang. Sambutan Hari Kemerdekaan berlangsung dengan meriahnya , dimana banyak acara perlumbaan diadakan. Salah satu acara yang paling menarik adalah acara Panjat Pinang di adakan khas untuk cicak – cicak . Batang Pinang dilimuri dengan getah dan tidak seperti pertandingan Panjat Pinang yang sebelumnya , pertandingan kali ini tidak menyediakan hadiah di bahagian atas pokok pinang untuk di rebut dan para peserta juga tidak perlu bekerjasama. Peraturan perlumbaan mudah sahaja , iaitu siapa yang sampai dahulu kepuncak dulu akan di istiharkan sebagai pemenang. Syarat seterusnya , sekiranya ada cicak yang jatuh , dia masih diberi peluang sebanyak tiga kali untuk memanjat pokok pinang itu. Sekiranya ada cicak yang sudah berjaya sampai kepuncak , maka pertandingan berakhir dan cicak yang pertama sampai akan menjadi pemenangnya ( hadiahnya ada Rumah Cicak ).

Jumlah peserta cicak yang mengambil bahagian adalah 25 ekor yang datang dari berbagai wilayah. Apabila wisel di bunyikan , kesemua peserta cicak itu pun berlumba – lumba memanjat pokok pinang. Baru beberapa minit pertandingan , beberapa ekor cicak sudah tergelincir jatuh. Penonton begitu ghairah , ada yang memberi semangat tetapi lebih ramai yang mengkritik serta mengarah. Dalam hal ini ,penonton jauh lebih handal daripada peserta.

Akhirnya tinggal enam ekor cicak yang masih berjuang untuk sampai ke punjak. Kali ini apa yang aneh penonton tidak lagi memberi semangat , tetapi mencemuh yang mereka tidak mungkin dapat mencapai puncak yang begitu tinggi memandangkan badan mereka yang kecil.

Para penonton menjerit “ sudahlah , tidak mungkin awak boleh sampai keatas , turun sajalah “.

Para pembesar Negeri juga turut bersuara “ sudahlah cicak , kami mengadakan pertandingan ini hanya untuk bergembira dan memang pertandingan ini hanya untuk bergembira dan memang pertandingan ini susah di memenangsi , turunlah. Tidak mungkin awak akan dapat sampai ke puncak pokok tu !! “

Mendengar perkataan itu , beberapa ekor katak patah semangat , daya saing mereka semakin kurang dan satu demi satu cicak cicak itu jatuh ke tangan. Melihat keadaan itu pennonton semakin lantang bersorak.Namun pertandingan belum selesai , kerana ada tinggal seekor lagi cicak yang masih terus merangkak naik , perlahan2 tetapi dengan gigih. Akhirnya cicak yang gigih ini sampai ke puncak pokok.

Dia dibawa turun , dan ramai wartawan negeri binatang mula mengerumuni cicak tersebut : alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati cicak yang menang itu tidak boleh mendengar sama sekali ( pekak ).

Moral untuk aku dan kita : itu lazimnya kehidupan – sifat manusia suka mencerita perkara2 negetif berbanding positif.

Menurut Shian Khera dalam buku hebatnya – rata2 orang benci kepada orang yang berjaya ( sbb tu ramai yg tak suka MAWI !!! ) – HANYA SATU CARA UNTUK MENGELAK DI KRITIK – TAK BUAT APA2.

Kritikan datang dari dua punca : KEJAHILAN + CEMBURU.
Jika kritikan datang dari orang yang cemburu , terima lah ia sebagai pujian yang tersembunyi ( macam cerita cgu azza ) – kritikan yang tidak adil kerana orang tersebut ingin berada ditempat anda – pokok yang menhasilkan buah yang lebat juga mesti selalu dilontar dengan batu…

kupu - kupu dan kita



Seorang kanak – kanak sedang bermain dan terjumpa kepompong kupu –kupu di sebatang dahan yang rendah. Diambilnya kepompong itu dan selepas diamati , dia ternampak sebuah lubang kecil pada kepompong itu. Dia terpegun melihat lubang itu kerana ada seekor kupu – kupu yang sedang berjuang untuk keluar membebas diri melalui lubang kecil itu. Selepas beberapa lama , kupu – kupu itu berhenti mencuba dan segala usahanya supaya dapat keluar dari lubang kecil itu kelihatan sia – sia…

Melihat keadaan kupu – kupu , kanak kanak itu kasihan dan mengambil keputusan membantu kupu – kupu itu keluar dari kepompongnya. Dia pun mengambil sebilah gunting lalu menggunting kepompong supaya kupu – kupu itu dapat keluar dan terbang bebas.

Apabila kepompong terbuka , kupu – kupu pun keluar dengan mudahnya. Tetapi , ia masih lagi memiliki tubuh gembung dan kecil , sayap – sayapnya masih berkedut. Kanak – kanak itu memerhati kupu – kupu itu dengan teliti dan berharap supaya sayap serangga itu dapat berkembang sehingga mampu membawa kupu – kupu itu terbang menuju ke bunga yang ada di taman. Tetapi harapan tinggal harapan , apa yg ditunggu oleh kanak – kanak itu tidak kunjung tiba. Kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya dengan merayap di sekitar dengan tubuh gembung dan sayap yang masih berkedut dan yang tidak terbentang dengan sempurna. Kupu – kupu itu langsung tidak mampu untuk terbang.

Kanak – kanak yang membantu mengeluarkan kupu – kupu dari kepompong nya rupa tidak mengerti kupu – kupu perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri bagi membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui oleh serangga itu akan memaksa cairan daripada tubuhnya masuk ke dalam sayap – sayapnya sehingga dia mampu terbang.

Moral untuk aku – dan sesiapa yang sedang berjuang : Menurut Thomas Alva Adison : hidup adalah satu perjuang. Hidup memerlukan usaha yang bersungguh – sungguh , malah bagi meraih kejayaan , diperlukan keringan dan airmata….

Menurut satu cerita klasik cina – mahu menyukur kesempurnaan hidup sesesorang , ukur pada skla pemasalahan yang di hadapi dan sejauh mana kekuatan dia berhadapan dengan pemasalahan tersebut……untuk itu – biar masalah ( tapi jangan dicari ) datang menggunung – sebab itu mungkin guru yang terbaik untuk kita..

Selasa, 21 Oktober 2008

jinggo masih dalam mood yg sama.....



jinggo menulis dalam nada yang sama : Alam Sekitar VS Pendidikan Alam Sekitar dan seterusnya KITA.

Minggu Alam Sekitar satu cerita besar kepada KAMI - satu minggu yang kami berkumpul berbuat itu dan ini untuk ALAM ( dan hari ini - bermula dari BULITEN UTAMA , tiada satu cerita & berita mengenainya )- kesimpulan mungkin Minggu Alam Sekitar dan cerita yang berkaitan tidak ada NILAI BERITA ( ayat selalu kita dengar ).

Duduk bercerita dan berbincang dengan kawan ( lebihnya dengan diri sendiri ) - kita merasakan satu keadaan yang semakin tidak menyenangkan - satu sistem & dasar yang tidak meletaKkan persoalan ini seiring dengan kepentingan lain ( TETAPI - KITA SEMUA AKAN BANGUN - BILA LANGIT SUDAH BERTUKAR WARNA ).

Kalau BUMI & ALAM ini mendengar ini ceritanya : 4.6 billion tahun dahulu , mungkin cerita kita tidak sama dengar hari ini..15 % penduduk dunia sedang bergotong royong untuk memusnah & mengambil apa yg kamu ( bumi )sediakan kepada KAMI ( untuk di kongsi ) - terima kasih kerana keseimbangan yang disediakan - begitu cantik percaturan litosfera , hidrosfera , admosfera - kami hidup sedamainya....

Sedamai mungkin kami hidup dengan keseimbangan itu - sehinggalah keluar HOMO SAPIEN -mahluk yang dipertikai ( tanggungjawabnya ) untuk menjadi khalifah bumi. Satu persatu keseimbangan tercalar , langit yg biru menjadi hitam , sungai umpama longkang2 besar ( menurut JPS - 1 tan sampah di pungut setiap hari di lembah kelang dlm sungai ) , air mengalir umpama kahak2....( dan dikatakan air yang mengalir masuk ke rumah kita adalah air kelas 3 - sebelum di rawat layaknya diberi kepada haiwan sahaja...).
Kajian demi kajian cukup menakut - dikatakan tahun 2025 separuh daripada penduduk dunia akan kehausan..dan tentunya kajian besar menyatakan kemusnahan bumi ( 5 billion tahun lagi berdasarkan kajian barat ) kita percepatkan.

Dan kita - apa yang berlaku hari ini sekadar cerita ( bila semuanya sistem di politikkan - merujuk kepada kata Dr Rizduan Tee dalam HUJAH malam tadi ) - Kitar Semula hanya sekadar cerita , Pendidikan Alam Sekitar Merentasi Kurikulum sekadar cerita , dan KARAM SINGAH WALIA - sekadar nama hari ini....

Moral untuk aku dan kawan2- biar dimana dan bagaimana - perjuangan belum selesai , biar kecil impak besar umpama membaling batu dalam air - gelombangnya akan sampai ketebing....kita ada ruang disini , kita tidak ada peluang disana.......

KITA TIDAK MEWARISI BUMI INI DARI NENEK MOYANG KITA TAPI KITA HANYA MEMINJAM DARI ANAK CUCU KITA

Isnin, 20 Oktober 2008

apa sumbangan kita.....




cerita yang mungkin - tidak menjadi CERITA kepada orang lain. ALAM SEKITAR. satu cerita yang hanya sekadar komitmen ( seakan2 hangat taik ayam ) - dam kita hanya membiarkan KARAM SINGH WALIA sekadar bercerita..

Itu cerita kita , dan tidak keterlaluan kalau mahu ditafsirkan keinginan kita untuk terus berada dalam kelompok orang2 yg mahu terlibat secara serius dan meletakkan komitmen adalah untuk melihat alam ini terus berada di posisi yang betul adalah sedikit ( berdasarkan kajian besar menyatakan - 70 % kita tahu tapi tak faham - 30 % - 20 tahu dan faham tapi tidak bertindak dan seterusnya 10 % tahu + faham + strong>>bertindak ) - kita berada dalam satu sistem yg tidak meletakkan kepentingan CERITA ini.

Dan hari ini - seakan2 REUNION besar kepada KAMI - pertemuan yang menarik - rakan orang2 10 % berkumpul.Ceritanya sama - jinggo , apa projek sekarang.......PELANCARAN MINGGU ALAM SEKITAR + PEMBUKAAN SEMULA WETLAND PAYA INDAH.Tahniah kepada komitmen berterusan Jabatan Alam Sekitar kerana komitmen kalian - puteri , raja aminah , azlina....dr rosli , dr hatta , dr azlina ( saya akan join projek gajah + badak tu )....

Untuk aku + kawan2 - apa sumbangan kita ! kepada rakan2 guru : azza , azlan , miss jue , yop brahim , daddy cool , cgu pah , cgu one....cgu tirana...dan yang lain. Kita ada ruang , mungkin kita tidak ada peluang. Sekadar mahu di ajak berfikir : apa sumbangan kita !!!....akhirnya penat.penat.penat dan seterusnya nak tidur.......

Khamis, 16 Oktober 2008

ini yang saya tinggalkan....


ini yang di tinggalkan ( jumaat hingga ahad ) - saya kembali ke ' kem ' - dengan cerita yang sama , kekuatan yang sama , motivasi yang sama - di takdirkan ada sebilangan ' generasi hari esok ' yang akan bersama saya.Ini kesempatan. Ini peluang dan media yang terbaik untuk melihat hari2 seterusnya di tempat yang betul.


ISNIN PELANCARAN MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA ( PERINGKAT KEBANGSAAN 2008 ) + PEMBUKAAN SEMULA PAYA INDAH WETLANDS @ KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR ( dan aku - bangga dapat jemputan....)

Rabu, 15 Oktober 2008

cerita katak dan aku untuk seterusnya...



T.C Hamlett bercerita mengenai kisah dua ekor katak yang jatuh ke dalam satu tempayan susu lembu segar. Dinding dingan tempayan itu licin dan curam , manakala susu lembu di dalamnya begitu sejuk

‘ alamak macamana ni ?

Kata kata pertama. ‘ Ini takdir , tiada ada orang yang akan menolong kita. Selamat tinggal sahabatku. Selamat tinggal dunia yang menyedihkan ‘ . Katanya lagi sambil menangis dan akhirnya dia pun tenggelam.

Tetapi , katak yang kedua it terus mengayuh kakinya dan mula berenang. Sesekali dia berhenti bagi menyapu mukanya dan menyeringkan matanya yang penuh dengan susu.

‘ Biarlah aku berenang sekejap. Tidak ada gunanya sekiranya seekor lagi katak mati

Jadi si katak pun terus berenang. Selama beberapa jam dia menendang dan berenang itu , tidak sekali pun menyeluh. Kayuhan kaki katak yang tidak berhenti2 itu akhirnya susu lembu di dalam tempayan it terus menjadi keras. Selepas susu berubah menjadi mentega , katak itu pun melompat keluar daripada tempayan dan berjaya menyelamatkan diri.

Moral untuk aku :

Satu perkara yang membezakan antara kedua katakan tadi adalah : cara mereka melihat dunia di sekeliling mereka dan bagaimana mereka bertindakan terhadap dugaan dan cabaran yang di hadapi. BAGAIMANA KITA MELIHAT MASALAH @ CABARAN ITU YANG MEMBEZAKAN KITA.

Apa yang membentuk pemikiran kita untuk menafsirkan cabaran tersebut : persekitaran yang datang daripada SIKAP kita - yang terbentuk daripada persekitaran , pengalaman dan pendidikan ( sebab itu dikatakan – untuk melihat siapa kita 5 tahun akan datang lihat buku apa yang dia baca hari ini ).

Menurut Stephen Covey ( seven habit ) ‘ sekiranya kita melihat sesuatu masalah dan dugaan itu berpunca daripada diri kita , maka sebenarnya diri kita sendirilah yang sedang bermasalah : Pepatah Cina ada berkata : daripada menyalahkan kegelapan , lebih baik ambil sebatang lilin dan menyalakannya..

Hari ini - mari kita MEMBAKAR JAMBATAN


Julius Caesar adalah seorang Kamandon perang yg berjaya menawan Brittnia kerana strateginya yang unik. Dalam sejarah , ada tercata ketika Caesar berjaya mendarat pasukannya pada satu tengah malam , dia diam , sementara pasukannya sibuk merapat dan menyembunyikan perahu - perahu yang mereka naiki. Mereka berfkir tentu mereka memerlukan perahu - perahu itu untuk pulang nanti. Tetapi mereka terkejut apabila mendengar perintah ketua mereka ' BAKAR SEMUA PERAHU YANG SUDAH KAMU DARATKAN TADI..'

Akhirnya mereka membakar semua kapal sehingga hangus ( oleh kerana mereka beranggapan mereka tidak boleh kembali , maka mereka pun bertempur habis - habisan. Mereka merasakan yg mereka perlu menang.

Moral untuk aku - perjalanan menuju punjak kerap kali diwarnai kekuatiran sehingga kadangkala membuatkan kita cenderung menyerah kalah.Menurut John Maxwell :

Kekuatiran akan menhambat tindakan , tiadanya tindakan menunjukkan tiadanya pengalaman , tiada pengalaman menunjukkan tiadanya pengatahuan dan tiadanya pengatahuan akan melahirkan kekuatiran....

Menurut Denis Waitly ( buku seed greatness ) - 60 % kekuatiran kita sama sekali tidak berasas.20 % kekuatiran kita berfokus pada pengalaman lampau dan yang berada diluar kawalan kita.20 % kekuatiran kita kepada benda yang remeh temeh....

Hikmah untuk aku : kehidupan ini ibarat satu perjalanan yang sehala. Seberapa banyak pun perubahan laluan yang kita alami, tidak satu pun yang akan membawa kita kembali. Apabila kita mengetahui dan menerima hakikat ini , kehidupan akan kelihatan lebih mudah....

untuk itu mari kita MEMBAKAR JAMBATAN...

Selasa, 14 Oktober 2008

akhirnya.....


semuga hari2 seterusnya kita diberkatiNya - sesungguhnya dunia tidak akan berhenti bersama keluh kesah kita.Pengalaman ada satu satu cerita : sejauh mana kita menjadikan cerita itu untuk memulakan cerita - cerita seterusnya.....

bila ' mahkamah dunia ' membuat keputusan.....





itu sebahagian daripada cerita yang ( orang lain tidak mengalami ) - terima semua apa yang tertulis ini dari sudut akedemik ( sebab orang lain tidak mengalami )........mahkamah dunia sudah membuat keputusan....hanya tuhan boleh mentafsirkan semua orang yg berhadapan situasi yang sama..

Untuk Sofia , Ana dan Harith - seluruh keputusan hari ini , adalah SALAH abi ( rasanya tidak sudah bila kita semakin mencari salah orang lain ) - abi mengambil 100 % tangungjawab atas apa yang telah dijanjikan.Mungkin ini yang terbaik untuk kita. Terbaik untuk semua orang...

Pengajaran : Komitmen 100% pada kerja adalah satu tafsiran yang subjektif. Keperluan untuk menjadi SEKUFU menjadikan aku semakin tidak menoleh kebelakang...( ini kesilapan SATU )- hidup bukan sekadar lambakan duit.Ada persoalan lain. Komunikasi ( ini kesilapan KEDUA ) - bila dunia seakan2 mula hilang kata2 - maka beginilah akhirnya........Diam ( ini kesilapan KETIGA ) - dalam hidup kadang2 ada keperluan untuk kita bercakap.Diam ( menurut satu kajian musuh utama kepada perempuan bila berhadapan dengan lelaki ). tidak SEKUFU ( mungkin juga kesilapan KEEMPAT ) - karektor ( mungkin juga kesilapan keLIMA ).


Akhirnya untuk semua orang - ini hanya sekadar mahkamah dunia - semuga mahkamah seterusnya tidak menghukum kita.....

Isnin, 13 Oktober 2008

apa lagi yang mampu kita lakukan.....


Hari ini panas - dari Rawang ke Politeknik Syah Alam - ke Rawang : panas - tapi satu call membuat aku tersentak ( tertidur dalam kereta ) - seorang ibu - tak kenal ( tapi memanggil aku dengan jinggo ) tapi yang pasti seorang ibu yang kemahuan untuk anak2 berada di posisi yang betul. terima kasih kerana perbualan kita......

Apa lagi yang mampu kita lakukan - kita semakin tidak ada banyak ruang - ancaman luaran terlalu besar kesannya pada tumbesaran anak2 kita. Saya tidak mahu mempersoalkan bagaimana lenturan awal pada anak tersebut yang pasti hari ini - itulah ceritanya. anak yang cukup segala - sekolah swasta islam ( al- amin ), tetapi persekitaran dan perubahan yg cukup menjadikan perbualan kami amat menarik.

Fitrah manusia akan menentang perubahan - tetapi manusia akan berubah kalau di suka untuk berubah - bagaimana untuk menjadikan dia suka untuk berubah - MEDIA perubahan ini harus di SUKAI.... sabda Rasullah s.a.w : hati2 dengan pemikiran yang akan membentuk perkataan , hati2 dengan perkataan yang akan membentuk tabiat.hati2 dengan tabiat yang akan membentuk peribadi ,dan hati2 dengan tabiat kerana ianya akan membentuk takdir kita.......

Pepatah barat dipetik : pemikiran akan membentuk budaya.budaya akan membentuk tabiat.tabiat akan membentuk sikap.sikap akan membentuk takdir...

dari kajian besar menyatakan - kelaziman akan membentuk budaya...untuk itu teori ayam mengeram telur digunakan ( 21 hari ) - ubah pemikiran. ubah kelaziman. ubah tindakan.

Pada aku : Perubahan adalah subjektif. Pada aku dan kita - ruang semakin tidak banyak untuk kita. Sistem dan perubahan persekitaran menjadikan kita tidak mampu lagi meletakkan KEPERCAYAAN pada apa yang kita nampak....untuk itu sama2 kita fikirkan.......

Ahad, 12 Oktober 2008

anak sapa ni ha.....


tahniah dan terima kasih bro ucapkan atas komitmen dan keinginan besar kalian menjadikan pertemuan kita ( kem pendidikan luar ) merupakan satu pertemuan yang tidak boleh di zahirkan dengan kata2 - adibah , fafa , puteri , jefro ( bukan nama sebenar ) - leong merupakan sebahagian daripada cerita menarik...

Program diatur dan dicatur untuk menarik pembikinannya. Bro percaya semua nya tidak akan terlaksana tanpa komitmen bermula dari PUAN SOFIA ( SK CONVENT COMERON HIGHLAND ) - seterusnya barisan kepimpinan sekolah - dan perlaksaannya amat SOLID - tidak keterlaluan bro katakan ....inilah anak kita....belajar dengan meletakkan komitmen di atas dan hasilnya : keputusan yang cukup membanggakan....






Pada aku - kita adalah pencetus kepada perubahan mereka ( yang hanya bergantung kepada kita untuk lenturkan ) kesilapan daripada NIAT & KEMAHUAN kita akan menentukan impak seterusnya.

Akhirnya : Kepada Puan Sofia ( sk convent comeron highland ) terima kasih , dan tahulah Puan adalah sebahagian dari pencetus kejayaan mereka - dengan komitmen berterusan daripada pihak puan & pengurusan - di hujungnya hanya Allah yang berhak meletakkan kita dimana.

kepada rakan2 pelajar - puteri , jefro , fafa , adibah , leong , Tan , Diana , Farhana , Orik - terima kasih.Nak tengok gambar lagi buka pautan ECO KID ADVENTURE

Khamis, 9 Oktober 2008



kita tidak mewarisi bumi ini dari nenek moyang kita - tapi kita pinjam dari anak cucu kita........

sekadar untuk di fikirkan


Suatu hari - guru di Taman Asuhan Kanak - Kanak menyuruh Harith bersama rakan sekelasnya melukis gambar keluarga , semua murid mula melukis dengan penuh semangat. Selepas selesai , gambar2 berkenanaa dikumpul dan dinilai...

Harith mendapat pujian yg luar biasa daripada gurunya. Gambar dilukis itu mendapat tanda bintang dan dia mendapat sekeping coklat dari gurunya. Apabila tiba dirumah, Harith tidak sabar2 menunjukkan lukisan itu pada ibunya.

Pada malam hari , harith menungggu dengan setia kepulangan ayahnya. Sebaik pintu di ketuk dan di buka: Harith terus berteriak - Papa siang tadi cgu puji lukisan Harith mengenai rumah Harith...Si Papa terkejut , tetapi gembira mula berbincang dengan anaknya mengenai gambar yg dilukiskan itu..

Ini rumah kita , ini Mama yang ini pokok , yang ini adik dan yang ini kakak , cantikkan Papa

tapi dalam gambar ini mengapa papa tak ada....

Papa - kan jarang ada di rumah...

Moral pada aku : Menurut Zig Ziglar : kehadiran dan percakap anda dalam kehidupan anak2 adalah lebih baik daripada seribu hadiah......dan aku : Masihkah ada ruang untuk disorot masa2 yang terlohong dulu.



AKHIRNYA ; ruang ini akan saya tinggalkan selama 3 hari untuk menerus apa yg pernah diteruskan - saya kembali ke HUTAN......meneruskan perjuangan yg tidak mungkin selesai...

Rabu, 8 Oktober 2008

WANITA & IBU & CIUMAN.


Dan seterusnya kita bercerita - untuk dijadikan panduan untuk meneruskan kehidupan yang tak tahu dimana kesudahnya. Dan tentunya cerita yang menarik untuk di kongsikan adalah - cerita kita - persekitaran kita. Kisah WANITA & IBU & CIUMNAN

Bernie Siegel membuat satu kajian yg amat menakjudkan - kesan ciuman terhadap 2 sample ( keduanya berkaitan kesan ciuman isteri kepada suami nak pergi kerja ) - satunya isteri mencium suami sebelum pergi kerja dan satunya isteri tak buat apa...kesannya didapati suami yang mendapat ciuman : akan berjaya menhindari apa yg di panggil WIL ( wanita idaman lain )- dan yang lebih dasyat hasil kajian tu suami akan lebih bersemangat , berkeyakinan. Dan begitu jua anak2 yang dihantar kesekolah dengan ciuman seorang ibu. kesannya berbeza....

Isteri & ibu -ciuman yang dikatakan tidak boleh dihuraikan dengan kata2. Ada satu jurnal Psychology of Woman menyatakan - wanita mempunyai kemampuan yang kuat mempertahankan cinta ( dibandingkan dengan lelaki ) dan wanita mempunyai ketahanan yang kuat terhadap tekanan ( dibanding lelaki ). Dan kajian juga menyatakan dalam zaman sekarang walaupun bilangan janda lebih ramai daripada duda , tetapi bilangan lelaki yang curang lebih ramai daripada perempuan (..ha...ha....ha...)


Dan aku : syurga dibawah tapak kaki ibu - segalanya pada ibu.sebab itu kepada lelaki yang nak cari isteri : menurut satu kajian besar : " sekiranya ingin tahu bagaimana watak calon isteri kamu , lihat dan perhatikan tingkah laku dan sifat ibunya.....

Selasa, 7 Oktober 2008

cerita cinta


Hari ni dan semalam - sibuk dengan buku besar tu : Minggu ini ada ceramah ( bagi ceramah ) TEEN & LOVE ( kat kolej di Gombak ). Satu tajuk yang semakin selalu bermain2 di bibir , satu tajuk yang membuatkan semua TEEN2 nak duduk bangku depan...dan aku semakin suka dengan tajuk2 begini.

TEEN - R.E.M.A.J.A ( R - risiko.E - emosi M - manja A - angan2 J - juvana A - agresif ). itu remaja dan seterusnya CINTA ( apa itu cinta - menurut kajian pakar menyatakan cinta hanya sekadar CARING ) ini perkataan yang mengeluarkan segalanya....adakah sekadar perkataan CARING.dan akhirnya aku mula mengakui - itu ada kebenarannya. I MISS U & LOVE U - adalah sekadar menguatkan ( ada orang yang tidak perlu perkataan itu di sebuat2 - just CARE )

Aku memulakan satu persatu perjelajahan : seronok berkerja dengan ilmu. Dan kesimpulan. Bagaimana untuk MENDAPAT cinta + dan dimana CINTA BERPUTIK.dan sejauh mana kemampuan kita untuk MENANGKAP + MENGEKALKAN CINTA.Cinta akan bermula dengan keinginan untuk berpasang2an ( lelaki @ perempuan tiada bedanya ).Ianya bermula dengan APA YG KITA NAMPAK ( teknik pembina Pandangan Pertama ) - 70 % siapa kita sudah siap di hukum ( untuk itu pandangan pertama harus di jaga ).Mungkin ada yang bertanya bagaimana dengan penampilan : isu ini bergantung kepada siapa yg membuat tafsiran ( penampilan fizikal + penampilan sosial ).mana satu yg ok.penampilan sosial....apa lagi : seterusnya HEMOFILLI ( teknik kesamaan minat ) sebab semua manusia suka + mahu di anggap penting. Jadikan orang dihadapan kita penting...manusia fitrahnya begitu.suka idea sendiri.suara sendiri.muka sendiri - untuk itu gunakan fitrah tersebut.APA LAGI - kekerapan - ini yang membezakan cinta itu CINTA LOKASI ( macam erra + yusri )@ CINTA SEJATI....kekarapan dikaitkan dengan CARING......

Moral aku : Banyak yg mahu di tulis + ditafsirkan - yang penting kepada TEEN + KITA : CARING - tidak semudah yg di tafsirkan...

Isnin, 6 Oktober 2008

kisah aku - bangku hadapan dewan kuliah




ini kisah aku , bangku di hadapan dewan kuliah.ini kisah sedih , mungkin nasib kawan2 bangku hadapan memang sudah di aturkan macam ni.tak seperti bangku2 di belakang - meriah - tidak pernah surut dengan orang -ada orang main sms.ada orang gelak2. ada orang geli2.seronok jadi bangku di belakang - kadang2 ada yang makan & tidur. tidak seperti nasib aku bangku hadapan. orang takut duduk depan - dari kawan2 yang senasib dengan aku ( dimana2 pun ) nasib bangku dihadapan sama. disurau.dikuliah.seminar...dan majlis makan2 pun nasib aku masih sama.dan aku selalu dengar cerita kawan2 - diantara perkataan yg sinonim dengan bangku dihadapan ( tuan & puan sila penuhkan kerusi dihadapan..)

aku dah tak tahan - setiap kali dewan kuliah bermula.rakan bangku dihadapan adalah beberapa orang duduk..tapi kesian.budak2 yang duduk bangku depan selalu kena kutuk - tu nak bodek pensyarahlah tu - aduhai budak2 kerusi depan - tak apa , aku tahu dah ramai orang2 berjaya di UM ni ( ada yg dah jadi pemimpin besar ) duduk bangku depan. dan aku semacam dah tahu kenama sudahnya orang yg suka di bangku belakang..... . jadi aku menyeru kepada rakan bangku dihadapan - kita jangan susah hati tidak semeriah kerusi di belakang sebab ada orang hebat ( bakal hebat ) pernah menyinggah disini dulu.....

moral untuk aku : biasakan duduk bangku depan.memang , pensyarah nampak.tak boleh main sms , mms , gelak2 dan geli2.....akhirnya fikirlah sendiri....dan aku sendiri dah penah nak suruh orang duduk depan.....

kita terus bernostalgia


Puan Norela Samad bersama Puan Sabariah ( pegawai perpustakaan UM )

selamat kembali : begitulah cerita kita.syawal - sibuk cerita nak berbuka.ramadan - sibuk dengan duit raya dan baju raya.hari raya - sibuk ( nak susun siaran tv ).DAN LEPAS RAYA - sibuk mengira duit..

ini cerita semalam : hari yang menarik untuk di kongsikan pada semua. lama tak mengunjungi 2 saudara besar ( namanya besar ) - 2 orang yang seluruh Malaysia kenal ( dalam bidang masing2 ). Kedua2 adalah aktitivis sosial dan meletakkan jiwa untuk itu...dan semalam kami bersama. bercerita , bersembang , berdebat ( sesekali ) cerita2 kita.dari politik UMNO.ke politik ANWAR IBRAHIM...dan seterusnya POLITIK ORANG KITA....

Mari perkenal 2 orang besar ini....Puan Norela Samad - dulu Juruhebah RTM . Bersembang dengan Puan Norela ( Mak Qho ) seronok , mengimbau cerita2 RTM dan FAJAR DI BUMI BERMATA ( zaman tu memang top ). Kami bercerita hal2 perjuangan dia masa di RTM - dan paling best cerita Mak Qho temuduga Menteri masa dulu. Satu persatu menjadi panduan. Dan akhirnya cerita RTM dulu RTM sekarang.

Kesimpulan : Kata Mak Qho - susah budak sekarang - soft skill boleh di pertikaikan , kami dulu kalau nak temuduga Menteri ( buat homework itu dan ini ) - budak sekarang NAK TANYA SOALAN PUN TAK RETI.....ini zaman digital , semuanya di hujung jari......

En Abdul Syukur Harun - bekas wartawan Berita Harian ( zaman Almarhum Samad Ismail ) , novelis , penulis skirp , bekas Pengarang Kanan Harakah, kolomunis Harakah ( sekarang ) , KAWAN P. RAMLEE.....bercerita dengan Pak Shukur semuanya berkisar pasal ILMU + MELAYU. tidak lain paksinya. Rumah di Subang Jaya penuh dengan buku....aku saja nak uji ( Pak Syukur dah baca AYAT AYAT CINTA...)...dan dia turun naik mencari ( ada LA TAHZAN versi asal + AYAT2 CINTA versi asal ).

Kesimpulan : Pak Syukur kembali mengajak aku berpolimik tengtang REMAJA MELAYU , dan kualiti ILMU yang mereka ada...KAU TAU RUN - DULU MASA KERJA DENGAN PAK SAMAD.PAGI2 DIA AKAN TANYA : BUKU APA KAU BACA MALAM TADI.......dan aku akhirnya akui. ILMU + MEMBACA. Akhirnya cerita kami ( hampir 2 jam ) berakhirnya dengan cerita HANG NADIM - seorang MELAYU yang bijak ( di zaman singapore di langgar todak ) - akhirnya mati dibunuh sebab dia BIJAK.....apa MAKSUDNYA : ORANG MELAYU MEMANG SUDAH BEGITU , JANGAN LEBIH BIJAK DARI PEMIMPIN YANG ADA..........kita akan di BUNUH...

Moral untuk diri sendiri : kepada rakan 2 yang singgah ke blog ini. Kita kembali kepada PAKSI kita. Hidup seharus diselaraskan dengan NIAT....kita berjuang dalam kapasiti kita.....semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sabtu, 4 Oktober 2008

seronok bernostalgia...






Banyaknya gambar2 di atas - sekadar untuk di kongsi ( sebab kita mungkin punya pengalaman berbeza )- MASTAN GHANDI : rasanya kena buang daerah kalau orang teluk intan tak tahu betapa seronok bernostalgia di kedai ( agak sama macam 20 tahun dulu )hidanganya sama . Mee Rebus dan Air Manis ( he...he...itu aja yang ada ). Tidak ada banyak istemawanya . Kalau di Teluk Intan - ada satu kedai lagi - MEE REBUS KAMARUDDIN - juga jual mee rebus air manis ( harga masih sama - design kedai masih sama )...pada aku MESTI singgah !! dan hari ini ramai ( amat ramai ) mungkin berkongsi nostalgia yang sama.zaman kecik2 dulu mungkin cerita kami sama.Ada satu lagi KEDE LAMBE ( bahasa perak ) sebab pekerja kedai makan ini ( mamak ) akan melambai orang untuk makam ( ha...ada yang makan - tapi tak ada bayar - sebab kena panggil ). Aku pusing untuk melengkapkan nostalgia. Tapi dah terbakar kedai tu.....

Bendang - satu kemestian kalau balik kampung , biar apa musim sekalipun. Ada NOSTALGIA disini. Aku pernah kesini , berkubang.berpanas...tangkap ikan puyu - hari ini biar ana tahu...disini bermula segalanya.tapi hari ini , semuanya nostalgia. Ayah ( petani sekarang ) dah tak macam dulu - semuanya upah ( bersistem yang diaturkan oleh mardi ) - dah lama tak tengok kuku kamping ( apa tu ) satu alat tradisional untuk menanam pagi....

Cempedak Goreng - Ini macam satu kemestian. Mungkin kita tidak pernah tahu , orang kat sini makan cempedak dengan pulut...pelek !!! tapi itulah ceritanya.

Masjid Sg Jejawi @ Sk Sg Jejawi ( gambar tak ada kat sini ) - masjid.teruknya. kenapa projek pembesaran masjid dari zaman Ramli Ngah Talib sampai sekarang tak siap ( dan aku membuat andaian sendiri ) jika di banding Masjid 6 juta siap ( 6 bulan - Bukit Beruntung ) . Mungkin orang kampung tak reti nak minta lebih ( sekadar yang diberi ) walaupun mereka ada hak....

Dan Menara Condong - mesti naik ( walaupun dah tak terkira ).

Dan aku - raya sudah berlalu : ceritanya tetap sama.....

Khamis, 2 Oktober 2008

kisah BARAAN



Mungkin pada setengah orang ini mungkin sekadar bahasa yang tidak ada apa2 erti - BARAAN - aku sudah lama berkenalan dengan bahasa ini ( mungkin di besarkan dikiri kanan orang jawa ). Dan mungkin kita akan lihat ini adalah satu permandangan biasa kalau kita bawa kereta di Sabak Bernam ke Tanjung Karang - ramai orang berjalan dalam satu rombongan besar ( campur lelaki perempuan tua muda ) - bergerak dari satu rumah ke satu rumah - beraya. Ini budaya ! Budaya yang mungkin membentuk kepercayaan kepada anak- anak jawa , BARAAN adalah kemestian.Dan hari ini ( raya ke 2 ) aku menyertai satu rombongan BARAAN seramai 60 orang ( bayangkan bila nak habis ) - di rumah EMBAH ana. Ini pertama kali - aku serta BARAAN ( memang penat , tapi seronoknya )

Mungkin kita akan melihat satu permandangan asing , sayu , sedih - dan pelik kepada budak2 ( ana )- acara memohon maaf orang JAWA.Hiba.Ikhlas - dan pastinya di hujung. Ada yang matanya merah....ini BUDAYA.Dan agaknya pelik kalau orang JAWA tidak mem - budayakan BUDAYA ini....

Moral : tapi ini sekadar satu cerita yang tidak menjadi apa2 kalau kita sendiri tidak didedahkan pada BUDAYA begini. Agak unik - amat unik....raya bukan sekadar duit raya macam ANA ( duit raya hilang ) langsung tak nak balik kampung....esok nak kumpul semula....sebagai aku : sedih.marah.geram.

Rabu, 1 Oktober 2008

sekadar untuk bercerita...


Malam raya - TV3 dan Rosyam Nor , aduh !!! macam di tusuk sembilu.Akhirnya aku tutup TV dan tidur. Dan malam - SMS satu persatu ( rupanya aku masih ada ramai kawan dalam dunia )hantar ingatan di Aidilfitri. Dan aku masih menanti seseorang menhantar SMS - En Rozain ( AMK KeAdilan )- dari jauh jengok rumah dia. Masih menyala - Kami pernah bersama bercerita soal perjuangan dulu. Mungkin sebab aku ter lajak kata agaknya : dan mungkin mendahlui dia agaknya. Selepas pilihanraya , kami terus tak bersama..akhirnya pagi.2 SMS dari En Rozain. Terima kasih.Rupanya aku masih ada kawan...

Masjid Bukit Beruntung penuh. Nasib baik datang awal.Kutbah Solat Aidiltri - tidak ada banyak bezanya. Dari kerajaan UMNO ke kerajaan PKR - kemahuannya sama.MENGAJAK ORANG AGAK MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI LANDASAN & BATAS UNTUK DI LUNASI HIDUP ( dengan dalil & nas )...aku dah dengar cerita ini dah lama. Dalam masjid. Begitulah. Kenapa perlaksaannya jauh menyimpan...aku sekadar berfkir dan menjawab sendiri.

Moral untuk aku : jangan membuat sangkaan yang itu dan ini - kadang2 tidak ada banyak baiknya kalau terlalu sensitif mentafsirkan cerita persekitaran. Yang pasti..aku masih ada kawan ( ramai )

Moral dari Masjid : kita lihat ada 2 cerita di Bumi Malaysia. Di mulut ( dan di lahirkan dalam media ) semuanya baik2. Kepada pemimpin Islam - semuanya nak bercakap soal kesempurnaan Islam...( walaupun di kala bercakap rambut terburai - nak bercakap soal aurat ). Siapa yang mahu di perbodohkan ( saya simpan komen ini untuk diri sendiri )...
Eco Kid Adventure on Facebook