Khamis, 24 Mei 2012

cerita kita

Seorang raja yang memasuki usia senja ingin mencari penggantinya. Berbeda dengan kebiasaan, ia tak menunjuk anak-anak maupun pembantu terdekatnya. Ia justru memanggil para pemuda di negeri itu dan berpidato di hadapan mereka.
"Aku akan mengadakan sayembara. Kalian semua akan mendapatkan sebuah biji.
Tanamlah biji ini, rawatlah, dan kembalilah setahun lagi dengan
tanaman kalian masing-masing. Bagi yang memiliki tanaman
terbaik akan langsung kutunjuk menjadi raja menggantikanku!"
Seorang pemuda bernama George terlihat amat antusias. Ia menanam biji itu, dan menyiraminya tiap hari. Tapi sampai sebulan berlalu belum tumbuh apa-apa. Setelah 6 bulan, para pemuda mulai membicarakan tanaman mereka yang tumbuh tinggi, namun pot George masih kosong. George tak mengatakan apapun pada teman-temannya. Ia tetap menunggu bijinya tumbuh.

Setahun berlalu. Semua pemuda membawa tanamannya kepada raja. Semula George enggan, namun ibunya mendorongnya pergi dan berbicara apa adanya. Raja menyambut para pemuda seraya memuji tanaman yang mereka bawa. "Kerja kalian luar biasa. Tanaman kalian sangat indah.Aku akan menunjuk seorang dari kalian menjadi raja yang baru!"

Tiba-tiba raja melihat George berdiri di belakang kerumunan orang dan memanggilnya. George panik, "Jangan-jangan aku akan dibunuh," pikirnya.

Orang-orang mengejek dan mencemooh dia, karena ia membawa pot yang kosong. "Tenang!" raja berseru. Ia mendatangi George, lalu mengumumkan, "Ia adalah raja kalian yang baru". Orang-orang tampak terkejut. Mereka berpikir, "Bagaimana mungkin seseorang yang gagal menjadi raja?" Sang raja melanjutkan, "satu tahun yang lalu, aku memberimu sebuah biji untuk ditanam. Tetapi aku memberikan biji yang sudah dimasak dan tentu saja biji itu tidak bisa bertumbuh. Kalian semua menggantinya dengan biji yang lain. Hanya George yang memiliki kejujuran dan keberanian untuk membawa pot dengan biji yang kuberikan. Maka dari itu, aku memilihnya untuk menjadi penerusku."

DARI JINGGO

satu cerita mengenai kejujuran.

Rabu, 23 Mei 2012

kita yg pilih....

kegagalan bukan satu kejadian yang mendatangkan
bala bencanakita tidak gagal mendadak.
kegagalan adalah hasil daripada tidak dapat mengelak himpunan
pemikiran dan pilihan yang kurang tepat.
lebih mudah lagi , kegagalan tidak lebih dari
beberapa kesilapan dalam pertimbangan yang kita buat.
PASTINYA
tidak berlaku sekelip mata.
PERCAYALAH
kesakitan dan kekesalan mengenai kesilapan membuat keputusan kadang2
dilengahkan ke masa depan.kesannya jarang berlaku sekelip mata :
sebaliknya ia berhimpun sehingga tidak dapat dielak.
dan ada harga yang perlu dibayar
kerana membuat
kesilapan yang kita pilih.
KEGAGALAN TIDAK MENJERIT
tanda amaran memberitahu kita
SETERUSNYA
kegagalan dikaitkan dengan keputusan dan pilihan.

Selasa, 22 Mei 2012

suka diri sendiri..

Setiap daripada kita tahu bahawa agama melarang kita mengumpat atau memperkatakan hal buruk orang lain. Bagaimanapun, menceritakan keburukan orang lain selalu sahaja terjadi dalam kehidupan manusia.
Kita cenderung untuk membincangkan keburukan pihak lain. Sebaliknya, jarang sangat manusia membincangkan keburukan diri sendiri.

Dalam psikologi, hal ini dikenali sebagai bias balik diri (self-serving bias). Semua ini merupakan lumrah bagi sesiapa sahaja. Apabila kita dipuji majikan atau dinaikkan pangkat kerana prestasi yang baik, kita percaya bahawa penilaian yang dibuat majikan itu betul. Sebaliknya, kalau kita dinilai buruk,
kita percaya bahawa majikan melakukan hal yang silap.

Ahli sukan seperti pemain bola sepak terkenal dunia pun ada kecenderungan bias balik diri. Apabila mereka menjaringkan gol walaupun dalam keadaan ofsaid, tetapi dipersetujui oleh pengadil, mereka yakin bahawa pengadil membuat keputusan yang betul. Mereka seolah-olah percaya bahawa apa yang dilakukannya itu memang betul, apatah lagi apabila pengadil telah mengesahkannya.
Begitu juga dengan pelajar. Apabila mereka lulus cemerlang, mereka tidak
merasa sebarang cacat celanya dengan soalan peperiksaan.

Mereka cenderung menerima keputusan itu. Sebaliknya, jika gagal mereka akan mengkritik pihak lain, misalnya guru yang tidak mengajar dengan baik. Ada juga yang menyatakan bahawa soalan peperiksaan yang diberikan terlalu susah. Banyak kajian dilakukan bagi melihat fenomena itu.

Contoh kajian global

1. Majoriti usahawan merasakan mereka melakukan urusniaga mengikut etika yang betul, walaupun kenyataannya mungkin tidak begitu.

2. Di Australia, 86 peratus pekerja menilai prestasi mereka lebih baik daripada kebanyakan orang. Hanya 1 peratus sahaja menilai diri di bawah paras purata.

3. Di Belanda, kebanyakan pelajar sekolah tinggi menilai diri mereka sebagai lebih jujur, amanah, mesra dan boleh dipercayai berbanding purata pelajar lain.

4. Kebanyakan pemandu, bahkan mereka yang sedang berada di hospital kerana kemalangan jalan raya merasakan diri mereka lebih cekap dan selamat berbanding rata-rata pemandu lain.

5. Ramai orang percaya bahawa diri mereka lebih cerdik, kurang prejudis dan merasakan diri mereka lebih menarik berbanding ahli masyarakat lain.

Perasaan dan ilusi

Hakikatnya, ia hanya ilusi atau sebuah perasaan semata-mata. Semua ilusi ini sedang kita alami setiap hari lalu menjadikan manusia cenderung mencari kesalahan orang lain, berbanding mencermin diri sendiri.
Kajian juga mendapati manusia tidak adil dalam menilai diri sendiri. Manusia cenderung menilai diri sendiri sebagai berubah-ubah mengikut keadaan, sebaliknya menilai orang lain sebagai bersifat kekal dalam sebarang keadaan sekalipun.Misalnya, apabila melihat salah laku atau kesilapan orang lain, manusia cenderung menyatakan bahawa orang tersebut mempunyai sifat negatif tadi dan ia wujud secara berkekalan.

Sebaliknya, apabila diminta menilai diri sendiri, manusia akan menyatakan bahawa sifat negatif tersebut hanya wujud dalam keadaan tertentu.Sebagai contoh, sifat pemarah. Kita cenderung menyatakan bahawa kita hanya menjadi pemarah dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan.

Semua ini menjadikan, dalam kehidupan sebagai manusia, kita lebih banyak menghabiskan masa dengan membincangkan keburukan pihak lain berbanding mencari kebaikan mereka. Manusia juga sibuk memperkatakan mengenai kehebatan diri sendiri berbanding memperkatakan tentang sifat buruk yang ada.

Mengapa hal ini terjadi?

Ini diasaskan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah ilusi positif iaitu manusia
cenderung untuk mempunyai ilusi positif terhadap diri sendiri.
Misalnya, kita tidak akan mati muda, walaupun kita tahu ramai orang lain yang mati muda.
Kita juga percaya tidak akan diserang kanser walaupun kita kuat merokok. Bagaimanapun, kalau diminta menilai orang lain yang merokok, kita cenderung berkata mereka akan diserang penyakit.
Kita juga cenderung menilai kita sebagai orang baik, walaupun orang lain mungkin menilai kita sebagai sombong. Sebaliknya kita menilai orang lain sebagai sombong,
walaupun orang itu menilai diri mereka baik.

Faktor kedua ialah penolakan majmuk. Misalnya, manusia cenderung untuk tidak mahu berkawan dengan orang asing (walaupun orang asing itu mahu berkawan dengannya) kerana manusia cenderung untuk menjangkakan bahawa orang asing itu tidak berminat dengan persahabatan.
Namun begitu, pada masa yang sama, kita pula berkata bahawa kita ini sebenarnya seorang yang ingin bersahabat, cuma terpaksa tidak memulakannya kerana bimbang hasrat itu ditolak.
Sebenarnya itulah yang telah terjadi dalam diri kita sebagai manusia.
Sebab itulah, sebagai manusia kita tidak perlu terlalu berbangga dengan
diri sendiri dan menghukum orang lain dengan label yang buruk.

Hakikat sebenarnya, kita sebagai manusia hanyalah sebuah ilusi
yang dimainkan oleh perasaan sendiri.

Rabu, 16 Mei 2012

gagal lagi............

Ramai diantara kita gagal mengambil tindakan
KERANA TAKUT GAGAL
kepada mereka yang berjaya
KEGAGALAN ADALAH
cara mereka belajar
hidup adalah satu proses berterusan
DIAJAR DAN BELAJAR
diajar dan belajar.

Isnin, 14 Mei 2012

kami bekerja...


cerita orang bekerja
SEMUA ORANG BEKERJA
kesan dan hasil pekerjaan
DIMULAI DENGAN NIAT
selain ketahuan mengenai bidang kerjaya.
DAN KAMI DATANG DENGAN
NIAT
KETAHUAN
hasilnya
PERTEMUAN DENGAN BEBERAPA ORANG RAKAN.
enmahadi.en fadhil majid.pak hendry.
KAMI MEMBUTIRKAN SESUATU
untuk diri kami
untuk insan sekitaran.

Khamis, 10 Mei 2012

mari kita merancang


Jangan bercakap soal berubah diri seandainya
tidak komited untuk bertindak.

Dan fitrah kita akan menentang perubahan kerana :

KURANGNYA KEINGINAN UNTUK BERUBAH
KURANGNYA DISIPLIN UNTUK BERUBAH
KURANGNYA KEPERCAYAAN YANG KITA BOLEH BERUBAH
KURANGNYA KESEDARAN KENAPA MESTI BERUBAH
.

Kita mencipta alasan demi alasan sekadar untuk menyedapkan diri sendiri.
Kita semua mempunyai pilihan..
Kita biasa mendengar @ selalu bercakap dengan diri sendiri..

KAMI MEMANG SELALU MELAKUKAN PERKARA ITU…( berlagak tahu aja )
KAMI TIDAK PERNAH PERNAH MELAKUKAN..
ITU BUKAN KERJA SAYA.
SAYA TAK FIKIR ITU BOLEH MEMBAWA APA2 PERUBAHAN
SAYA TERLALU SIBUK…

Betullah kata Dr Hill dalam buku hebat nya dari 100 orang yg berjalan : 95 orang tidak ada MATLAMAT yang jelas. Kenapa :

TIDAK TAHU KEPENTINGAN MATLAMAT
TIDAK TAHU MERANCANG MATLAMAT

Mari kita cuba formula yg biasa pada kita.

Matlamat tidak akan jadi apa2 kalau tidak di tulis.
Matlamat tidak akan jadi apa2 kalau tidak di pamerkan


WHAT
apa matlamat kita.jelas.tepat
WHY
kenapa : ini motivasi kita.ini kekuatan kita.kenapa kita mesti berubah
WHEN
bila : tarikh yg jelas dan tepat.tarikh yang tidak jelas membuang kita tidak komited
HOW
Bagaimana : skill pada tindakan
WHO
Siapa yang akan bantu kita….

TULIS DAN PAMERKAN : DAN GUNAKAN
KUASA KEPERCAYAAN :
install dalam MINDA DIBAWAH SEDAR.

Rabu, 9 Mei 2012

S + T ADALAH H.

Ilmu kita tidak mungkin berkurang ,
sebaliknya bertambah apabila kita belajar.
Saya tahu banyak perkara kerana saya sudah
melakukan banyak kesilapan - buckminster fuller.
CERITA KITA
hidup ini adalah tangungjawab
bagaimana kita mengambil dan melihat
TANGGUNGJAWAB.
ini yang membezakan kita dan kita.
hidup ini juga.
KITA DIAJAR DAN KITA BELAJAR
cuma kadang2 kita tidak sedar.
YANG KITA SEDANG DIAJAR.
mungkin cara kita tidak diajar
memberi kefahaman yang berbeza.
SATU BAHAN MAHU DIKONGSIKAN

S + T : H

situasi + tindakan jawapannya adalah Hasil
situasi berasaskan apa yang kita fikir
dari apa juga situasi yang kita dihadapkan.
kita butirkan situasi dalam minda kita.

KITA ZAHIRKAN SITUASI DALAM
BENTUK TINDAKAN
untuk itu.
semua hasilan kita berdasarkan apa yang kita fikirkan.

Eco Kid Adventure on Facebook