Khamis, 10 November 2011

KITA MEMANG BERBEZA


Falsafah 5 jari dalam kehidupan sosial manusia

1. Ada yang gempal, ibu jari yang selalu berkata baik dan menyanjung.
2. Ada telunjuk yang suka menunjuk dan memerintah.
3. Ada si panjang, jari tengah yang sombong dan suka menghasut jari telunjuk.
4. Ada jari manis yang selalu menjadi tauladan, baik, dan sabar sehingga diberi hadiah cincin.
5. Ada kelingking yang lemah dan penurut serta pemaaf (waktu kecil kalau kita berbaik dengan musuh kita selalunya saling sentuh jari kelingking).

Dengan perbezaan positif dan negatif yang dimiliki masing-masing jari, mereka bersatu untuk mencapai tujuan (menulis, memegang, menolong anggota yang lain,melakukan pekerjaan dan sebagainya).

Kita selalu dengar pepatah satu jari telunjuk di tujukan kepada orang lain tetapi 4 jari menunjuk kepada diri kita sendiri.

Jadi, semasa kita menghalakan 1 jari telunjuk kepada orang lain dengan memaki. Maka secara tidak langsung kita 4x lipat ganda memaki diri kita sendiri.

Kita diciptakan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu, saling menyayangi, saling menolong, saling membantu, saling mengisi, bukan untuk saling menuduh, menunjuk, merosak,menfitnah bahkan membunuh.

Rabu, 9 November 2011

pilih lah.........

Ada 5 perkara berlaku serentak.

1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda
akan 'settle' kan terlebih dahulu?
Anda dikehendaki untuk susun perkara
1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.

Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu. Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.
Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan


Fikir... Fikir... Fikir... Fikir... Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda...
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan
pentingkan dalam memilih pasangan anda.


* Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih :
menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan
'si dia' untuk membimbing anda.


* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air :
menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.


Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis :
menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.


Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi :
menandakan anda mementingkan akhlak,budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.



* Kalau anda memilih untuk membuka pintu :
menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Sabtu, 5 November 2011

manusia memang macam tu...........


Kembali merujuk
SETELAH MELIHAT DAN MEMBACA
cerita2 orang yang berbual
di media terbuka
di media sosial
SATU PERKARA YANG MENARIK
cerita politik di media massa
kepada orang2 politik
dimana2 haluan pun.
dihujung kepuasannya.
ADALAH
mempengaruhi orang lain
satu cara untuk mempengaruhi
ADALAH KECANTIKAN SOSIAL
disebalik banyak faktor2 lain
faktor kekayaan
faktor kepintaraan
faktor kuasa
faktor kecantikan
faktor glamor
INI DIKAITKAN DENGAN
pengaruh terbina.
kalau kita tidak ada semua faktor diatas
SATU YANG KITA ADA
mulut + telinga.
terpengaruhnya manusia
berasaskan
KETERAMPILAN SOSIAL
dan kemampuan untuk tahu
SEMUA MANUSIA
sentiasa mahu
dianggap
BETUL
PENTING.

Jumaat, 4 November 2011

JANGAN MARAH

CERITANYA BEGINI
2 situasi yang berbeza
orang sedang marah
orang sedang berkasih
DUA KEADAAN BERBEZA.
keduanya mencipta jarak - hatinya
orang marah
berkomunikasi seakan berteriak
walaupun dekat.
orang berkasih
jauhnya jaraknya
tapi kehalusan komunikasinya.
( ada kala ketikanya bahasa badan sahaja )
APA BEZANYA
jarakkan hati.
orang marah menjarakkan hati
orang berkasih mendekatkan hati.

INI SOAL HUKUM BIOLOGI
MARAH MESTI TINGGIKAN SUARA
SEMAKIN MARAH SEMAKIN TINGGI SUARA
dimana kesannya
TERINGAT SATU CERITA
seorang pemuda - pemarah mendatangi seorang
ahli sufi bertanya
bagaimana harus ku salurkan kemarahan ku ni
dan apakah kesan kemarahannya
BEGINI LAH
setiap kali kamu marah
ambil paku
dan ketukkan kedinding.
MAKA BEGITULAH SETERUSNYA
sehinggalah dia berjaya
mengawal marahnya
dan dia mendatangi ahli sufi kembali
dan bertanya mengenai kesan
KEMARAHANNYA
kamu lihat paku yang kamu ketukkan itu
cabut dan lihat kesanya pada dinding tersebut
ADA KESANKAN.
maka begitulah kita dalam
hubungan bersama.

Khamis, 3 November 2011

KAMU CURANG.


DALAM apa jua masalah, isteri tidak boleh menduakan suami dan berlaku curang dengan suami.
"Apa jua masalah berbincanglah dengan cara baik. Jika berdua sudah tidak mampu untuk menyelesaikan cara baik panggil ahli keluarga lain untuk membantu,'' ujar penceramah bebas, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.
Menurut beliau, sudah menjadi lumrah, manusia tidak pernah sempurna. Namun ia bukan faktor yang perlu dijadikan penyebab kepada si isteri untuk berlaku curang kepada suami.
"Biar apa pun alasan sama ada diabaikan, kurang kasih sayang mahupun kesepian ia bukan alasan yang membolehkan seseorang wanita itu berlaku curang.

DARI JINGGO


cerita klasik yang sudah
berlaku bertahun2
KECURANGAN
dari sudut mana pun
hukum sosial tidak membenarkan
TAPI ITULAH BERLAKU
kenapa.
KITA LIHAT DARI SUDUT AKADEMIK
kenapa lelaki berpaling arah
( sebab saya lelaki - sudut pandangan seorang lelaki )
DARI BANYAK BAHAN
YANG DIBACA
berdasarkan juga pengalaman sendiri
KOMUNIKASI ADALAH ASAS
panjang pendeknya
suka dukanya
mana2 perhubungan sosial
kemahuan besar manusia adalah
PENGHARGAAN
dimana2 kita mahu
3 P
penerimaan
persetujuan
penghargaan
SEMENTELAHAN LELAKI
satu entiti yang dibentuk dari sistem nilai
sejak dari zaman batu + gua.
MAHU DITERIMA
MAHU DIHARGAI
yang menghubung keduanya adalah
KOMUNIKASI
ada pandangan yang menyatakan
kita berhubung macam kita melabur saham
pelaburan yang tentu dihujungnya untung
dalam konteks kita - keuntungan emosi
BAGAIMANA MAHU MENERUSKAN HUBUNGAN
kalau ada kerugian emosi
KITA FIKIRKAN.
dikala kita bersama rugi
dikala itu jugalah
ADA ORANG LAIN YG MENJADIKAN
KITA UNTUNG.
akan berlakulah
KECURANGAN.
dari satu sudut.

Selasa, 25 Oktober 2011

sedarlah..........

JANGAN
menyangka bahawa orang lain sepatutnya baik hati dan bersimpati
SEDARLAH
bahawa kebanyakan dari mereka sibuk
dan menumpukan perhatian kepada diri sendiri.
sakit hati dan tersinggung tidak berfaedah
JANGAN
sangka keletihan anda akan hilang
jika anda tidak cuba lupakan
SEDARLAH
bahawa sekiranya berlaku sesuatu yg tidak betul pada diri
kita ataupun cari hidup kita.
satu2nyas cara untuk merasa letih gembira ialah
dengan berusaha memperbaikinya.
JANGAN
menyangka bahawa dengan bersungut atau mengadu atau merintih
akan dapat meringankan beban anda
SEDARLAH
bahawa sikap tersebut tidak akan dapat memperbaiki
yang salah,tetapi mungkin menyebabkan
orang lain semakin tidak sabar dengan anda
JANGAN
menyangka anda dapat bertahan
sehingga anda jatuh
SEDARLAH
bahawa anda terntu tidak akan pulih lebih cepat
selamat dan berkesan dengan menemui
doktor anda dan mematuhi nasihatnya serta
memanjatkan doa
TETAPI
jangan menyangka bahawa sebarang doktor boleh menyembuh
anda secara mendadak , sekira anda berkeras mahu melakukan
sesuatu yg bodoh dan sia2.
SEDARLAH
betapa anda akan merasa lebih sihat , betapa anda tidak
lagi keletihan dengan memilih
perkata2 yg penting dan mengenepikan yang remeh
JANGAN
menyangka bahawa keletihan adalah semata2
apa yang anda rasakan
SEDARLAH
kita adalah
apa yang kita fikirkan.

Ahad, 16 Oktober 2011

Penat lah


Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. "Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?"
"Ha?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?"
"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" tanya si pembuat jam.
"Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.
"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" cadang si pembuat jam.
"Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu" tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.
Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?"
"Oh, kalau begitu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh semangat.
Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.


Moral :

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun.
Eco Kid Adventure on Facebook