Rabu, 30 November 2011

itu lah lelaki kita.

ADAKAH pada zaman remaja anda sering dimomokkan dengan tanggapan tiada siapa yang akan 'berkenan' dengan anda dan apabila berada di kalangan khalayak, anda berprasangka tiada seorang pun perasan dengan kehadiran anda?
Mungkin juga anda sering berasa keseorangan dan berasa rendah diri disebabkan kekurangan dari segi fizikal berbanding rakan-rakan lain.Sebenarnya, bukan semua daripada kita dilahirkan istimewa dengan memiliki wajah yang mempesona.

Namun, sekiranya difikirkan lebih mendalam, mungkin bagus dilahirkan 'kurang sempurna' dari segi penampilan wajah agar tidak terasa riak dengan kecantikan yang dianugerah Tuhan.

Siapa kata insan yang tidak dianugerahkan dengan raut wajah yang kurang sempurna tidak boleh menambat hati orang lain?

Apa yang pasti, setiap insan di bumi ini memiliki keistimewaan masing-masing.Sesungguhnya tarikan kecantikan itu satu perkara yang subjektif.

Cantik pada mata anda, mungkin tidak pada mata orang lain.

Banyak kajian menunjukkan biarpun golongan lelaki dikatakan makhluk yang akan tertarik dengan kecantikan fizikal, namun bukan semata-mata itu saja yang memikat hati mereka.Ini dibuktikan apabila ramai pasangan yang berkahwin dengan pasangan mereka yang sama cantik tetapi akhirnya bercerai dan sebaliknya berlaku.

Rahsia di sebalik kata orang bijak dahulu kala ialah dalam setiap perhubungan, ia bukan bagaimana cara anda kelihatan (kecantikan) tapi bagaimana lelaki itu rasa terhadap anda, itu yang penting.

Panduan-panduan ini mungkin boleh menjadikan anda seorang wanita yang dapat menambat hati lelaki:

Beri perhatian penuh

Golongan lelaki sukakan wanita yang sering memberi perhatian penuh kepadanya, mendengar cita-cita dan impiannya, keraguannya, hatinya dan selalu memberinya keyakinan.

Anda penghibur yang baik

Ramai di kalangan wanita yang kehilangan cinta mereka kerana membawa terlalu banyak akses bagasi beremosi selain ada agenda yang tersembunyi dan perengus. Jadilah individu yang menyenangkan pandangan pasangan anda dan melembutkan jiwanya.

Boleh memasak biarpun sedikit

Memang benar, memikat lelaki menerusi perutnya. Ambil kelas memasak atau bertanyakan kepada ahli keluarga mengenai hidangan masakan kegemarannya.

Boleh masuk dalam semua keadaan

Sekiranya anda boleh menyesuaikan diri dalam setiap kegemarannya, mempunyai bakat dan boleh pula bergaul dengan semua orang termasuk rakan-rakan si dia tanpa masalah, ini lebih bagus. Menjadi seorang rakan kongsi kepada si dia bukannya seperti tunggul yang tiada berfungsi.

Jadi seorang yang 'pandai'

Lelaki sebenarnya sukakan wanita yang cerdik dan pandai menguruskan diri dan adakalanya mereka akan kagum dengan anda namun janganlah anda berlagak, meninggikan diri dan sering bercakap besar dengan kebolehan anda itu.

Jadi diri anda sendiri dan jangan jadi orang lain ketika bersama golongan ini serta anda perlu baik dengan semua insan penting bagi dirinya seperti ibunya, adiknya, kawan-kawan dan sebagainya. Sekiranya anda seorang perempuan, jadilah seorang perempuan yang feminin dan bukannya maskulin.

Cari persamaan

Persamaan itu menimbulkan tarikan. Apabila anda berjaya menampakkan diri anda sebagai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya, ini akan menjadikan si dia tertarik untuk mendekati dan mengenali anda dengan lebih mendalam.

Hampir dengannya

Orang yang paling hampir dengan kita, selalu berada dekat dengan kita, adakah kita mudah melupakannya? Mungkin tidak. Selain persamaan, ahli psikologi menjelaskan bahawa kita mudah tertarik dengan orang yang berada dekat atau hampir dengan kita. Jadi, usahakanlah agar anda selalu berada hampir dengannya.

Selasa, 29 November 2011

JANGAN PUTUS HARAP.


Alkisah, ada seorang pemuda yang hidup sebatang kara.
Pendidikan rendah, hidup dari bekerja sebagai buruh milik
tuan tanah yang kaya raya.

Pada suatu ketika, si pemuda merasa jenuh dengan kehidupannya. Dia tidak mengerti, untuk apa sebenarnya hidup di dunia ini. Setiap hari bekerja di ladang orang demi sesuap nasi. Hanya sekadar melewati hari untuk menunggu kapan akan mati. Pemuda itu merasa hampa, putus asa, dan tidak memiliki erti.

"Daripada tidak tahu hidup untuk apa dan hanya menunggu mati, lebih baik aku mengakhiri saja kehidupan ini," katanya dalam hati.
Disiapkannya seutas tali dan dia berniat
menggantung diri di sebatang pohon.


Pohon yang dituju, saat melihat gelagat seperti itu,
tiba-tiba menyapa lembut.

"Anak muda yang tampan dan baik hati, tolong jangan menggantung diri di dahanku yang telah berumur ini. Sayang, bila dia patah. Padahal setiap pagi ada banyak burung yang hinggap di situ, bernyanyi riang untuk menghibur siapapun yang berada di sekitar sini."


Dengan bersungut-sungut, si pemuda pergi melanjutkan memilih pohon yang lain, tidak jauh dari situ. Saat bersiap-siap, kembali terdengar suara lirih si pohon,

"Hai anak muda. Kamu lihat di atas sini, ada sarang helang yang sedang dikerjakan oleh begitu banyak lebah dengan tekun dan rajin. Jika kamu mau bunuh diri, silakan pindah ke tempat lain. Kasihanilah lebah dan manusia yang telah bekerja keras tetapi tidak dapat menikmati hasilnya."


Sekali lagi, tanpa menjawab sepatah kata pun, si pemuda berjalan mencari pohon yang lain. Kata yang didengarpun tidak jauh berbeda,

"Anak muda, kerana rindangnya daunku, banyak dimanfaatkan oleh manusia dan hewan untuk sekadar beristirahat atau berteduh di bawah dedaunanku.
Tolong jangan mati di sini."


Setelah pohon yang ketiga kalinya, si pemuda termenung dan berpikir,
"Bahkan sebatang pohonpun begitu menghargai kehidupan ini. Mereka menyayangi dirinya sendiri agar tidak patah, tidak terusik, dan tetap rindang untuk bisa melindungi alam dan bermanfaat bagi makhluk lain".


Segera timbul kesadaran baru. "Aku manusia; masih muda, kuat, dan sehat. Tidak pantas aku melenyapkan kehidupanku sendiri. Mulai sekarang, aku harus punya cita-cita dan akan bekerja dengan baik untuk bisa pula bermanfaat bagi makhluk lain".
Si pemuda pun pulang ke rumahnya dengan penuh semangat dan perasaan lega.

FIKIRKAN BEGINI


Kalau kita mengisi kehidupan ini dengan menggerutu, mengeluh, dan pesimis, tentu kita menjalani hidup ini (dengan) terasa terbeban dan saat tidak mampu lagi menahan akan memungkinkan kita mengambil jalan pintas yaitu bunuh diri.
Sebaliknya, kalau kita mampu menyEdari sebenarnya kehidupan ini begitu indah dan menggairahkan, tentu kita akan menghargai kehidupan ini. Kita akan mengisi kehidupan kita, setiap hari penuh dengan optimisme, penuh harapan dan cita-cita yang diperjuangkan, serta mampu bergaul dengan manusia-manusia lainnya.

Maka, jangan melayani perasaan negatif. Usir segera. Biasakan memelihara pikiran positif, sikap positif, dan tindakan positif.
Dengan demikian kita akan menjalani kehidupan
ini penuh dengan syukur, semangat, dan sukses luar biasa
!

Isnin, 28 November 2011

kongsi buku...........

ceritanya begini
KERAP SEKALI BERJUMPA
dan ditanya
CIKGU BAGAIMANA UNTUK
MENINGKATKAN KUALITI DIRI.
melalui keyakinan diri.
ramai yang tidak yakin.
kita rendahkan diri.
sehinggakan kita menutup
semua potensi diri.
takut.malu.
DARI SEBUAH BUKU DIKONGSIKAN
BEBERAPA TIPS UNTUK
MENAIKKAN KEYAKINAN DIRI.
biasakan duduk dihadapan
bersuara dimana2 ada peluang
berkomunikasi - dan beranikan tengok mata.
berjalan laju 25 % dari kebiasan
TERSENYUM.

mari kita praktiskan
mulakan
duduk dihadapan
tukar postur badan - tegak dan laju
bersuara - jadilah orang pertama mengeluarkan suara
tersenyumlah.

Ahad, 27 November 2011

MAKA ITULAH MANUSIA KITA...

MENGENDALI MANUSIA
bukan semudahnya
kerana kita memang berbeza.
DEWASANYA KITA MENJADIKAN
KITA BERBEZA

psikologi
sosiologi
fasiologi

KITA BERBEZA
tapi yang samanya
semua manusia mahu
EMOSINYA
HARGA DIRI

diletakkan ditempat yang betul
BERDASARKAN
ilmu yang dikongsikan oleh mr dale carnigie
pakar dalam bidang kemanusian
ceritanya mudah
UNTUK MENGUASAI MANUSIA
belai emosinya
naikkan harga diri nya.

itu yg dikisahkan..

KUALA LUMPUR: Lelaki berusia yang berkahwin dengan wanita muda dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan kaunseling seksual daripada pakar.Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga (Kesihatan Lelaki), Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Profesor Madya Dr Shaiful Bahari Ismail berkata, ini penting kerana mereka perlu tahu tahap kesihatan, terutama jantung, tekanan darah dan paras gula dalam darah.“Ada kalanya lelaki lanjut usia akan berdepan risiko jantung akibat terlalu gembira ketika bersama pasangan pada malam pertama.

DARI JINGGO

saya yakin dan percaya
cinta hanya akan bermula dengan
satu perkataan
CARING
mungkin cinta yg didasari dengan
pengalaman
kematangan
ITU YANG MEMBEZAKAN
bila perempuan mula dikatakan
tak kisah paras rupa
tak kisah kedudukan dunia

YANG DIKISAHKAN
sejauh mana perkahwinan ini
selamat dari segi emosinya.

Selasa, 15 November 2011

NILAI KITA BERBEZA

Ada tiga tin Coca-cola dihasilkan dari satu kilang yang sama.
Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza.

Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin coca-cola dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.Tin yang pertama diturunkan di minimarket biasa dan dipamerkan di rak bersama tin coca-cola yang lain dan diletak harga RM1.50.Tin yang kedua diturunkan di sebuah pasaraya besar ternama dan di masukkan ke dalam peti sejuk dan diletakkan harga RM2.00.

Tin yang ketiga dihantar ke sebuah hotel bertaraf lima bintang yang sangat mewah.Tin coca-cola ini ditempatkan di dalam rak atau dalam peti sejuk.Tin ini akan dikeluarkan apabila ada pesanan dari pelanggan.Dan jika ada pelanggan yang memesan coca-cola,air dari tin ini dimasukkan ke dalam gelas kristal ang bercampur dengan ketul-ketulan ais. Ia disediakan dengan cermat dan berhati-hati dan disajikan kepada pelanggan dengan sopan.

Harganya ialah RM15.00

mengapa air tin coca-cola ini memiliki harga yang berbeza sedangkan mereka dihasilkan dari kilang yang sama dan dihantar dengan lori yang sama malah ketiga-tiganya mempunyai rasa yang sama?

Persekitaran Mencerminkan Harga Anda!

Apabila anda berada di persekitaran yang boleh mengeluarkan terbaik dari diri anda,maka anda akan jadi cemerlang.Tapi jika anda berada di persekitaran yang meng’kecil’kan diri anda, maka anda akan jadi ‘kecil’.

Orang yang sama,bakat yang sama,kemampuan yang sama + persekitaran yang berbeza = NILAI YANG BERBEZA.

Isnin, 14 November 2011

ORANG GAGAL


ORANG YANG TAKUT GAGAL
biasanya akan senang menjadi
penonton
pengkritik

YANG HANDAL DIBANGKU SIMPANAN
sedangkan dia sendiri tidak melakukan apa2.
jika kawan2 nya gagal
DIA AKAN MENGEJEK HABIS HABISAN
pengkritik yang paling lantang
datang dari orang yang
KECEWA DAN IRIHATI
dengan kejayaan orang lain
kekecewaan yang berpanjang membuatkan
dirinya semakin takut gagal untuk mencuba.
AKHIRNYA IA BENAR2 GAGAL
sebab takut gagal
merujuk pada buku
don't be afraid
DARI SATU BUKU LAIN
u can win - shane kiera.
PENGKRITIK
asasnya
adalah
CEMBURU
JAHIL


Eco Kid Adventure on Facebook