Khamis, 12 Januari 2012

MESTI BERUBAH.


Jangan bercakap soal berubah diri seandainya tidak komited untuk bertindak.
Dan fitrah kita akan menentang perubahan kerana :
KURANGNYA KEINGINAN UNTUK BERUBAH
KURANGNYA DISIPLIN UNTUK BERUBAH
KURANGNYA KEPERCAYAAN YANG KITA BOLEH BERUBAH
KURANGNYA KESEDARAN KENAPA MESTI BERUBAH.

DARI JINGGO

kita perlu berubah
walaupun itu bukan fitrah kita
fitrah kita duduk dan berada dalam zon kebiasan kita
KITA KALAU BOLEH
nak pandai tanpa belajar
nak wangi tanpa mandi
nak kaya tanpa susah2.
ITULAH KITA
untuk berjaya
KITA PERLU ADA KOMITMEN DAN DISILPIN
layang2 akan dapat terbang dengan melawan angin.
nak naik kita mesti ' melawan '.
itu yang pasti.

Rabu, 11 Januari 2012

Universiti Malaya dan Saya


SEMUA ORANG ADA IMPIAN
seketika dulu2
rombongan sekolah dari kampung
ke Universiti.dan tentunya disinilah.
UNIVERSITI MALAYA.
sudah bertahun2 impian ini pernah dibutirkan
aku akan masuk Universiti Malaya.
ini berdasarkan reputasi Universiti ini sendiri.
cerita bertukar bersilih ganti.
umur bertukar bersilih ganti
HARI INI SAYA SUDAH BERADA DISINI.
menyambung cerita impian.
IMPIAN
semua orang ada impian
samada mampu kita zahirkan
atau kita kuburkan ditutup oleh impian2 lain.
saya merujuk kepada beberapa pandangan
akademik bagaimana untuk menjadikan
IMPIAN SATU KENYATAAN.
KUASA
minda dibawah sedar yang akan jadikan
apa yg kita nak jadi
minda yang tidak pernah tidur
minda yang akan proses semua impian kita
dalam bentuk tindakan.
BAGAIMANA NAK GUNA
angan2kan impian kita.
waktu yg paling praktikal untuk kita angan2kan
adalah dikala gelombang otak kita dalam
keadaan Alpha.masa nak tidur.masukkan impian
bayangkan kita sudah berada dalam impian tersebut.
DOMOINASIKAN
PERCAYAKAN.
sebab kegagalan teori ini bila kita
TIDAK PERCAYA
yang kita akan dapat
TIDAK DOMINASIKAN
kita tidak meletakkan komitmen.
selain itu.
TULIS IMPIAN KITA
bercakap secara kendiri.
tanamkan kepercayaaan.
PRAKTIKALNYA
saya sudah membuktikan.
gunakan kuasa angan2
gunakan kuasa impian
BILA KITA PERCAYA
akan ada aliran tenaga yang akan menolak
impian kita menjadi komitmen.


Selasa, 10 Januari 2012

POLITIK BUDAK SEKOLAH

MUNGKIN TIDAK MENARIK
UNTUK DIKONGSI
cerita kita
cerita politik
kalau dilihat pada bahan yang dikongsi disini
ADA MUKA2 YANG MENJADI SATU TANDATANYA
anwar ibrahim dan ceritanya
sekadar gambar
sedikit cerita
CERITANYA BEGINI.
kita telah jenuh
mungkin jauh pada pandangan saya
sebagai aktivis sosial
kita rumuskan semua cerita kita
berdasarkan pandangan politik
sehinggakan sukarnya kita duduk
didalam satu kelompok yang
KOSONG - KOSONG.
bebas untuk bersuara
bebas untuk membuat tafsiran
kita bebas untuk menulis
KITA DISEKAT OLEH
SISTEM LABEL SEMASA.
sehinggakan kita tidak menjadi diri sendiri
DAN SAYA
politik saya
politik budak sekolah
yang pasti melihat tindakan demi tindakan kita.

DIA SEORANG ISTERI DAN IBU...


ABANG Nuar sudah siap berpaka-ian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan.
Saya sekadar memerhatikan.
Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?
"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."
Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.
"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."
Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.
Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini.
Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.
"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."
Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan.
Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.
"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.
Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.
Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada.
Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.
Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar
meneman ayah tersayang

tanpa garis-garis kedukaan.
Melihat mereka, semangat saya datang kembali.
Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.
Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.
Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?
"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan
mengerti kasih sayang antara kami.

Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang.
Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"
Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.
Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan
apa juga keputusan yang memungkinkan.
Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah,
hati saya kembali tidak keruan.

Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan
Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.
Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu.
Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan
keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."
"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.
"Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.
Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.
Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.
Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.
‘Ya ‘ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.
"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.
"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar
dari mahkamah dengan hati gembira."
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.
Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis misih ada.
"Terima kasih Ya ALLAH.
KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami."

DARI JINGGO

ini petikan dari Harian Sinar
sebagai manusia
saya melihat ini
SUARA SEORANG IBU
SUARA SEORANG ISTERI.


Isnin, 9 Januari 2012

CERITA SETERUSNYA

GAMBAR DIATAS MUNGKIN
TIDAK ADA KENA MENGENAI
dengan apa yg nak dikongsikan
ini cerita kita.
ini cerita yang melingkari dunia massa kita
mengenai bahasa dan kita.
SATU CERITA MAHU DIKONGSIKAN
satu kajian pernah dibuat di Monggolia
kenapa disana tidak ada orang gagap
rupa2nya didapati.
disana tidak ada perkataan gagap.
jadi mereka tidak install perkataan itu.
YANG MAHU KITA KONGSIKAN
lihatlah bagaimana terkesanya
pengaruh bahasa terhadap tindakan kita.
KITA MENULIS
KITA BERCAKAP
bahasa minda yang sudah kita simpan.
bahasa minda yang sudah kita install
di dalam minda dibawah sedar.
YANG TAHU KITA.
minda yang akan bertindak bila
diarahkan oleh minda sedar
SETERUS KITA BERTINDAK.
berdasarkan bahasa minda kita
hari ini diruang sosial - fb terutamanya
kita semakin biasa dihidangkan dengan
cerita bahasa minda yang memualkan
senang2 kita menganjingkan orang
senang2 kita membabikan orang
KITA BAURKAN LAGI DENGAN BAHASA CERITA
YANG PENUH DENGAN KEBENCIAN.

secara peribadi saya amat suka dan senang
dengan kesantunan Menteri Penerangan kita
Rais Yatim.Kaya dan Kemasnya bahasa beliau.


SELEPAS 1 JAM

CERITANYA
anwar ibrahim bebas
kita tunggu cerita demi cerita
seterusnya.


CERITA 901




INI SATU TARIKH BESAR
PADA YANG NAK AMBIL TAHU
yang tak kisah.
berlalulah hari macam biasa2
KEPADA YANG AMBIL TAHU.
ini cerita besar.
YANG KITA SUKA NAK TAHU
dimana hujungnya
PERJUANGAN HAMBA ALLAH YANG BERNAMA
ANWAR IBRAHIM
dimana hujungnya.
tentunya tafsiran saya
dan mungkin orang2 yang berada
dalam kelompok akademik
KAMI SEMAKIN TAKUT
DENGAN PROVOKASI YANG TIDAK
NAMPAK DIMANA HUJUNGNYA
dan kesannya provokasi ini
cukup besar terhadap
ketumbukan generasi akan datang.
UNTUK ITU.
HUJUNGKAN LAH PERJUANGANNYA.
setidak2nya kita boleh senyap.
kalau boleh.

Eco Kid Adventure on Facebook