Isnin, 26 Mac 2012

KISAH ANAK2 KITA.

Lari dari rumah
KENAPA
duduk kat rumah tidak seronok.
duduk kat rumah disekelilingi orang yang tidak faham
JAWAPANNYA
lari mencari orang yang boleh memberikan keseronokan
lari mencari orang yang boleh faham.
RATA2 YANG HILANG ADALAH REMAJA
kembali melihat beberapa fakta akademik
menarik untuk dikongsikan
R.E.M.A.J.A.
R
risiko
E
emosi
M
manja
A
angan2
J
juvana
A
agresif.

ITU REMAJA
yang dalamannya ceritanya sama
manusia remaja mahukan 3 P dalam hidupnya

PENERIMAAN

PERSETUJUAN
PENGHARGAAN.


dan semua mungkin tidak ada dalam
persekitaran terdekat
jawapanya

LARI

Jumaat, 16 Mac 2012

cerita kita.


Lidah merupakan penghubung antara akal dan hati - apa yg dikatakan
oleh lidah adalah cerminan apa yg ada dalam akal dan hati.
KITA FIKIRKAN BAGAIMANA
segalanya dikaitkan dengan apa yang kita fikirkan
satu pandangan akademik menyatakan
JATUH BANGUN KITA
bergantung kepada apa yang kita fikirkan
APA YANG KITA FIKIRKAN
akan membutirkan arahan dalam bentuk tindakan.
KERANA KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN.

Isnin, 5 Mac 2012

CERITANYA SAMA...




17 tahun sudah berlalu
CERITANYA SAMA
seorang jinggo
ceritanya sama
mencari kepuasan melalui aktiviti begini.
keinginan besar untuk berkongsi cerita
BAGAIMANA HIDUP INI
kadang2 kita lupa
disekolah kita pelajar exam kemudian
diluar sekolah - kita diajar dulu exam kemudian.
DAN KAMI BERADA DILUAR SEKOLAH.

Isnin, 27 Februari 2012

LAMA TIDAK KESINI

Lama tidak kesini
SIBUK MUNGKIN SATU ALASAN
TAK MINAT MENULIS LAGI - JUGA SATU ALASAN
TAK ADA CERITA - JUA SATU ALASAN.
alasan.
ramai diantara kita terperangkap dalam
KEPULAUAN NANTI LAH.
kita menanti saat ' terbaik ' untuk melakukan.
NANTI KALAU ADA MASA
masa hari ini adalah hari yg dinanti
menjenguk kembali ke blog...mengalih cerita.

CERITANYA.
terlalu banyak cerita disini
bangun dan jatuhnya seorang jinggo
hari ini adalah masa untuk
MEMBUAT TAFSIRAN DARI CERITA YANG PANJANG
mengambil sikap tanggungjawab dari cerita.
mengambil manafaat dari cerita
YANG SETERUSNYA
dikongsikan di media latihan
ITULAH CERITA TERBARU JINGGO.

Rabu, 15 Februari 2012

SUSAH NAK PILIH

Ada satu kisah disebuah negeri yg ramai perempuan melebihi lelaki : satu agensi mencari jodoh membuat bisnes mencari jodoh.dia menyediakan bangunan 5 tingkat - dan pada setiap tingkat tersebut ada gambar wanita2 yg berbeza ...masuklah seorang lelaki.dilalui tingkat demi tingkat mencari wanita idaman.lelaki ini tidak puas hati dan mencari kesempurnaan wanita pada setiap tingkat.

tingkat 1 : wanita berkerjaya berusia 30 an.
 dan matang dari segi emosi.
 

tingkat 2 : wanita yang menyukai kanak2 .
 sanggup tinggal dirumah.sanggup kerja sambilan dan sayangkan mentua.

tingkat 3 : wanita daripada keturuhan yg baik2 ,
memiliki kesihatan yg baik tanpa penyakit keturunan.
berwajah keibuan dan rajin beribadat.

tingkat 4 : sanggup merawat ibupada dan mentua , 

yg sudah lanjut dan boleh tinggal serumah 
dengan mereka.memiliki kesihatan dan jiwa yg baik ,
 rajin beribadat.sayangkan kanak2 , bekerjaya .

tingkat 5 : KAMU TERLEPAS PELUANG MENENTUKAN PILIHAN HIDUP PILIHAN HIDUP.tanpa kamu sedari kami telah menolak ratusan wanita kerana ingin mencari pasangan hidup yg sempurna. kami tidak akan bertemu wanita yg 

sempurna selagi diri kamu sendiri tidak sempurna.

DARI JINGGO 

Bagaimana kita memandang diri sendiri
akan mempengaruhi cara kita
memandang orang lain.

Selasa, 14 Februari 2012

KOMITMEN DITERUSKAN



ceritanya sama
SEBAGAIMANA TAHUN2 DAHULU
media latihan ini
merupakan satu komitmen
yang bukan sekadar mesti disempurnakan
atas tuntutan kerjaya.
TUNTUTAN FITRAH KEMANUSIAN
TUNTUTAN IBADAH PASTINYA
maka begitu.
bersama 3 buah sekolah dalam tempoh 4 hari
satu pengalaman yang berbagai.
DARI SEKOLAH
diluar bandar
ditengah bandar
ceritanya berbeza.
pandangan berbeza.
YANG PASTI
kita dan anak2 kita bergerak
berdasarkan apa yang kita install kan.
PERCAYALAH.

Khamis, 9 Februari 2012

tekanan.........

Menghadapi tekanan secara Islam

Berdasarkan personaliti serta cara seseorang menangani sesuatu tekanan, ada yang merasakan kehidupannya sudah tidak bererti, menjadi panik dan merasakan yang dunia ini kejam terhadapnya.

Situasi ini akan lebih menyakitkan apabila ada pula insan sekeliling yang memberi ulasan-ulasan negatif.Sering dikatakan musibah didatangkan sebagai hukuman atau peringatan daripada Allah SWT tetapi hakikat dan tujuan yang sebenar, hanya Allah yang maha mengetahui.

Bolehkah kita mentakrifkan apa yang ditentukan Allah SWT mungkin benar atau sebaliknya?Lupakah kita ujian-ujian yang dilalui oleh para sahabat Rasulullah dan para nabi jauh lebih hebat dan apakah mereka ini melakukan banyak kesalahan serta kita lebih baik daripada mereka?Tetapi sebagai seorang Islam, kenapa kita tidak melihat dan pelajari akan apa yang difirmankan Allah SWT di dalam al-Quran serta sunah Rasulullah melalui hadisnya.

Allah SWT menegaskan dalam surah al-Baqarah ayat 286, bahawa Dia tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Ini bermakna setiap individu yang mengalami musibah tersebut akan mampu mengatasinya .

Kerap seseorang individu menjadi kecewa, marah dan susah hati apabila sesuatu hajat yang diingini tidak berjaya atau sesuatu perkara lain pula yang berlaku.Mereka lupa akan firman Allah SWT; ”Adakalanya sesuatu itu tidak baik bagimu meskipun kamu begitu menghendakinya dan adakala pula sesuatu itu baik bagimu meskipun kamu tidak menyukainya, sesungguhnya aku mengetahui tetapi kamu tidak mengetahuinya”.Kita terlalu mengharapkan keseronokan, kemudahan serta kenikmatan dunia, sudah tentu ia tidak salah kerana itu adalah sifat naluri seseorang manusia.

Allah SWT juga menyuruh kita berbuat demikian seperti firmannya; “Dan hendaklah kamu mencari kebaikan akhirat dan jangan lupa habuan kamu di dunia.”Masalahnya, ramai di antara kita tidak mempedulikan janji Allah SWT tentang kehidupan akhirat yang mana ia adalah kehidupan yang kekal sebenarnya dan lebih baik.

Jika kita benar bertakwa dan yakin, majoriti daripada tekanan yang kita alami tidak memerlukan kita bersedih dan merasa kecewa yang melampau bahkan dapat melihatnya secara lebih positif.Pun begitu, janganlah ada antara kita beranggapan kita tidak memerlukan rawatan dan ubat-ubatan bahkan menasihati ahli keluarga atau rakan yang mengalami tekanan untuk tidak mendapatkan rawatan memadai hanya dengan reda.Ramai antara kita yang tersalah faham mengenai konsep reda dalam Islam. Reda pada Islam bukan bererti menyerah bulat-bulat kepada takdir tanpa disusuli dengan usaha dan ikhtiar.

Sikap terbuka

Ubat-ubatan dan kaunseling akan melengkapkan proses pemulihan emosi seseorang individu.Dapatkan nasihat daripada mereka yang mempunyai pengalaman mengatasi masalah tersebut, berkongsilah masalah anda dengan saudara-mara atau rakan karib atau mana-mana individu yang anda percaya dapat membantu.

Cubalah amalkan mengambil sikap terbuka dan fikirlah secara positif dan objektif dalam usaha menyelesaikan sesuatu kesulitan.Bermula sekarang, kita harus mengambil pendekatan tidak mengeluh bahkan banyakkanlah menyebut Allahuakbar, Subhanallah, Astaghfirullah berulang-kali kerana jika kita mengeluh, memaki hamun contohnya apabila terpijak paku, kita meneriak celaka sambil memaki hamun, percayalah kita akan lebih merasa sakit.

Tetapi jika kita ingat dan yakin akan apa yang diberitahu Allah SWT dan ajaran Rasulullah, kita akan merasa kurang sakit, reda serta mendapat limpahan keampunan dan rahmat Allah SWT. Kita hendaklah bersabar dan banyak berdoa serta dapatkan rawatan dan pertolongan supaya kita beroleh kejayaan, di dunia apalagi di akhirat.

Eco Kid Adventure on Facebook