Jumaat, 30 Januari 2009

ini kisah kita dan kawan2 kita...

sedang mencari dimana silap gambar2 ni..

Kita biasa berhadapan dengan orang yg menjadikan kritikan sebagai kerjaya.
Mereka menjadikan kritikan seolah - olah mereka akan memenangi hadiah dalam peraduan. Mereka akan mencari dan terus mencari.
menjaja dan terus menjaja dan menyalah dunia atas semua kerumitan.
siapa mereka ini
orang yang tidak merasa gembira apabila tidak ada masalah untuk diperkatakan
berasa terganggu apabila mereka berasa baik , kerana takut mereka akan merasa lebih teruk apabila mereka lebih baik.
menhabiskan sebahagian besar hidup dikaunter aduan
selalu mematikan lampu untuk melihat bagaimana gelapnya keadaan
selalu mencari keretakan pada cermin kehidupan
berhenti tidur atas katil apabila mereka mendengar bahawa kebanyakan orang mati di katil
tidak dapat menikmati kesihatan yang baik kerana mereka memikirkan mereka mungkin akan mati esok hari
bukan sahaja menjangkakan keburukan malah menjadikan keadaan lebih teruk apabila sesuatu berlaku
TIDAK NAMPAK KUIH DONAT - HANYA LUBANGNYA.
percaya bahawa matahari bersinar hanya untuk menhasilkan bayang
lupa bersyukur dan sentiasa mengira masalah

dari Jinggo
itu cerita kita.orang2 sekeliling kita dan mungkin kita.
mengikut Shiv Khera dalam buku YOU CAN WIN
amat mudah untuk memusnah hubungan sosial.
BERDEBAT
BERTENGKAR
MENGKRITIK ( yg tidak membina )

setelah kita tahu ini adalah diri kita dan mungkin orang sekitar kita bagaimana untuk BERTINDAK...semuga kerjaya pengkritik bukan kita dan orang sekitar kita

20 ulasan:

kuIna Jentayutiara berkata...

apabila kita melihat sesuatu dgn keburukan maka akan bertambah bruklah ia..

~Insan Biasa~ berkata...

saya dan kawan2 ade seorang teman yang begini. Sentiasa melihat side yang negatif. Berkata-kata selalu nak menang. Merendah diri tapi kami tak nampak begitu....
akhirnya kami biarkan....x larat nak berdebat.

Suka..Sentiasa menimbulkan isu, buat hati panas.

Akhirnya kami sepakat,kita dengarkan sahaja.
Bagaimana ya, nak switch sikit pandangannya supaya dia tidak terlampau ke arah side negatif tu?

Mak Su berkata...

banyak mulut kasik penampaq, gi duduk dalam jamban sowang sowang

kan?

kalau aku....berapa lama aku boleh layannn? aku pun jemu gaks, biar orang macam tu mati bercakap sowang-sowang.

- jinggo - berkata...

kulna

bayangkan dalam kertas putih - letakkan satu titik hitam.

apa yg kita nampak
tentu titik hitam.....
itu juga dengan kita dan kehidupan....

- jinggo - berkata...

cgu anis

kita luaskan skop sikit : macam orang politik.kadang2 pembangkang menang bukan sebab dia kuat...
tapi sebab orang menyampah dengan kerajaan - komen demi komen yang semua orang lain salah.....

ini pandangan saya.
untuk itu : kita kena belajar untuk menkritik..bukan sekadar nak cari salah

- jinggo - berkata...

Mak Su

orang2 macam tu biar duduk kat zoo - biar dia kritik beruk.monyet.orang utan.siamang - sebab itu selayaknya....

macam dekat TV sekarang.....
semua asyik cari salah orang.....

siti_m berkata...

nak tanya dalam seminggu jinggo baca berapa buah buku?? bila selalu dengan internet nie kadang-kadang lupa nak baca buku. kat tempat saya nie buku-buku ilmiah susah sikit nak cari paling dekat kena pegi ipoh cari kat mph...

ujie berkata...

kita kat bumi ni mmg perlu diajar n belajar...

kita x selalu yer betol..n kita x selalu yer salah...

bertindak guna kan akal fikiran yg waras...bersyukur la dgn apa yg kita ada..ada mulut kita jaga..ada maruah pon kita jaga..kita ada hak untuk bersuara..cuma gunakan kebijaksanaan..:)

- jinggo - berkata...

cgu ct m

kat mana2 tempat yg saya duduk adalah rak buku saya....
tgk TV kat tangan ada buku
lampu merah dlm kereta buka buku

sebab apa : itu aja MODAL saya.saya nampak gagah kalau bercakap soal ilmu dan buku...

buku kegemaran : pembanggunan insan..

kalau sekolah cgu dekat : nak aja pergi sembang 2 dgn anak murid cgu : modal kita adalah ilmu.

- jinggo - berkata...

ujie..

masa terlalu panjang untuk uji.
dapat zuriat yg terbaik bersama ibu-ayah yg terbaik.
zahirkan mereka menjadi insan yg terbaik......

semuanya bermula dari paluan kompang....

ujie berkata...

terima kasih untuk jinggo...semoga kita semua mendapat rahmatNYA n mndapat yg terbaik...

- jinggo - berkata...

uji

itu juga harapan untuk semua yang lain....
kita bersangkabaik untuk semua kehidupan...

sonata anak kancil berkata...

berhati2 bila nak cek orang lain, cek diri dulu...muhasabah diri, ok ke ko...cari salah diri dulu, sebelum cari salah orang lain...

- jinggo - berkata...

cgu sonata

teringat kata org dulu : satu cari pada orang lain bermakna yang lain menuding diri sendiri...

kita ambil iktibar dari cerita ni...jangan jadikan kerjaya

nurdaniella berkata...

cikgu, jika kita memang berniat untuk melihat yang buruk sahaja, memang itulah yang akan kita lihat.. cuma keburukan.. mana ada yang sempurna di dunia ini.. cukup tak gemar dengan orang yang suka mengkritik tapi tak boleh dikritik..

- jinggo - berkata...

Nur..

memang : nak buruk yg kita cari buruklah yg kita akan jumpa...

Tirana berkata...

Jinggo..

memang dah jadi lumrah manusia sekarang..dalam apa keadaan sekali pun, pertama yang terlintas bila lihat seseorang adalah yang negatif..dia sombong..dia kedekut..dia ego..padahal belum kenal rapat lagi..hehehe.. Itu kritikan yang bersifat peribadi..kritikan jenis ini yang kita tak mahu..

Sebaliknya kritikan yang membina boleh membawa kebaikan pada kita..tapi berapa kerat daripada kita yang boleh memberi kritikan dan teguran yang membina dengan niat yang ikhlas..? Dalam sepuluh orang sahabat kita, mungkin cuma sorang dua aje yang ikhlas...

- jinggo - berkata...

Puan

itulah yg kita rimas hari.
kalau dipadankan dengan situasi hari terutama dalam politik ( sebab itu yg kita nampak ).

kalahnya UMNO bukan kerana Pakatan bagus ( maaf ) tapi meluatnya orang dengan kesombongan yg ada...kalau begini seterusnya kita akan terus memberi undi pada niat yg tidak betul.

nak mengkritik bukan dengan menjatuhkan orang.
macam saya katakan : jam yg mati pun ada betulnya.

saya sedang memperkemaskan modul untuk skill begini.
sebab risau dengan kuanliti yang kita zahirkan....kita semakin menjarakkan diri diantara kita dan kita...

mountdweller berkata...

Saya teringat kata-kata Datuk Lowrence Chan seorang motivator tahun 70'an. "Sekiranya ingin menjalin yang baik, elak tiga perkara dari dibincangkan iaitu Politik, Agama dan Bangsa"

Bila saya renung, memanglah tiga perkara ini akan mengeruhkan suasana.

- jinggo - berkata...

Tuan

satu ilmu baru : politik.agama dan bangsa - kerana 3 faktor ni menjadikan kita berbeza dan amat berbeza...

saya akan lebarkan pengatahuan ini - terima kasih.

Eco Kid Adventure on Facebook