Isnin, 8 Disember 2008

Erti PENGORBANAN kepada NORMAN HAKIM

Cerita - basi.Tak habis2.Dimana dan bagaimana kesudahnya cerita yang semakin ' seronok ' untuk dibaca. ......
Langkah itu mungkin ada kaitan dengan kes penangkapan tersebut kerana Norman yang memegang watak Cif Inspektor Haris dilihat telah mencalar imej pasukan polis.
Dan yang ketiga, ketika orang asyik membicarakan perkara itu, tiba-tiba muncul Abby Abadi dengan seorang pelakon baru bernama Zulkifli Arifin.
Pemuda berusia 22 tahun itu dikaitkan mempunyai hubungan dengan Abby.
Peliknya Zul tidak menganggap Abby sebagai kakak sedangkan wanita itu sembilan tahun lebih tua daripadanya tetapi menganggap dia sebagai kawan - petikan Mingguan Malaysia.


Sedikit pandangan kepada :
Norman : Nampaknya En Norman cuba bertindak cukup ' adil ' berdasarkan situasi yang tidak banyak ' memenangkan ' dia. Satu demi satu aib yg di ' selak ' menjadikan En Norman semakin tidak boleh mengelak. Jalan harus ke depan Norman - tahniah kerana ada beberapa ' part ; saudara cukup matang melunasi pandangan. Semuga Allah memberkati En Norman - dan melihat apa kehidupan yang saudara telah pilih sebelum ini.
Abby : Rasanya puan bertindak atas kapasiti Puan seorang yg ' menjadi mangsa ' kepada persekitaran puan dan suami. Puan berhak diatas semua keputusan. Dengan membenarkan media ' turut ' menyelak aib keluarga puan rasanya tidak molek untuk dijadikan perbandingan. Maaf kalau dikatakan : kehadiran Zul seakan mengundang keadaan yang lebih tidak molek.
Diharap puan - mengelak dendam ada diantara keputusan - keputusan yang mahu di zahirkan.
Untuk Norman & Abby : Rasanya berbincangan seharusnya diakhiri dengan keputusan. Dengan membenarkan aib yg ' telah ditutup ' dibuka rasanya tidak molek untuk kehidupan seterusnya.
Kepada aku dan kita : Itu pengorbanan Norman dan Abby yang mereka hanya yang tahu : kami hanya seronok mentafsir cerita berdasarkan berita yang tidak boleh pertikaikan betul @ salahnya. Kepada En Norman & Abby : Menjadikan cerita ini untuk disensasikan adalah sesuatu yang tidak molek. Diharap di bulan PENGORBANAN ini ada ruang untuk kita sesama mencari ruang agar tidak ada MENANG - KALAH.

12 ulasan:

erisya nor berkata...

erisya setuju ngan jinggo, ramai pihak menangguk di air keruh jer...bukan ikhlas ingin membantu.Apapun, anak2lah yang akan menjadi mangsa ...

- jinggo - berkata...

erisya - itulah sebahagian daripada cerita : sejahil2 lelaki dia akan tewas dengan anak2....kadang2 kita melihat betapa tidak adilnya. itu cerita mereka - mereka yg tahu A-Z. kita semakin seronok melihat cerita demi cerita....semakin sensasi.

kenapa mesti ada orang yg mengambil kesempatan dari cerita dia org. yang pasti : masalah mereka semakin kusut.......dan di hujungnya yg laku adalah AKHBAR.

Brahimnyior berkata...

Bro Jinggo, ikhlas teman katakan, sebenonya teman tak seghonok dengan kisah artis cerai berai ni.

Pertama, ia menyebabkan kedua-dua pihak sama ada si lelaki, mahu pun perempuan akan 'menelanjangkan' satu pihak lagi.

Kedua, ia melambangkan kehidupan artis sebenonya tak bahagia, dan siapa yang jadi artis tentu akan terasa-rasa, bila pulak deme nak bercerai.

Mike tau, ghamey orang nak tengok sejauh mana Datuk K boleh membahagiakan CT Nurhaliza, bila Mawi-Ikin akan berantakan, dan pelbagai lagi pasangan artis dengan 1001 ceghite.

Kata oghang negeri kita, "apa ke henye artis di Malaysia ni?"

Brahimnyior berkata...

Bro Jinggo, nak tambah ckit lagi..

Cuba tengok camaner berakhirnya perkahwinan Seri Bayu-Erema.. Apa cite dan kesudahannya?

Erema nekad mintak cerai, Seri Bayu tak nak lepaskan.

Erema kata Seri Bayu hipokrit, Seri Bayu lak kata Erema pernah kasar terhadapnya yang sudah sedia kurang upaya..

Memalukan jer..

mountdweller berkata...

Sdr. jinggo.

Maafkan saya kalau saya dikatakan jenis tidak ambil kisah.

Memang dari dulu hingga sekarang saya tidak pernah ambil kisah tentang artis. Berzina, bersekedudukan, kawin, cerai dan macam-macam lagi yang dia orang buat. Mereka macam bangga pula apa yang telah mereka lakukan. Kebanyakan mereka memang rusak akhlak.

Perkara yang orang biasa tidak buat, mereka buat. Saya pernah ada pengalaman dengan mereka sebab saya kenal Mustafa Kamal.

~mardihah~ berkata...

erm, halus sekali entry ini,
selamat berkorban dan salam aidiladha ya.....

saya pun tak seronok dengar citer artis-artis ni..buhsannyaaa

- jinggo - berkata...

betui yop brahim : rasanya kalau CT dan Datk K bercerai akan dibuat siaran secara langsung macam tu juga Astro buat kenduri besor kalau mawi bercerai dengan ikin..........apa dah jadi ni yop....nak runtuh apa lagi gamaknya !!!!

- jinggo - berkata...

Tuan Mount : yang membezakan semua tindakan kita dengan dia orang tu adalah ; dibelakang dia orang ada media yg memang mencari2 ruang untuk di buka2 semua apa yg boleh di buka.........

- jinggo - berkata...

Dihah - seronok tengok kehidupan jiran saya : ustaz asri rabbani.....inilah ada perjuangan kerana Allah cgu....cuma media sahaja berbeza itu kata ustaz asri....

Mak Su berkata...

hhhmmpphh, pandai ler depa mengatur hidup gamaknyer, ek...

tapiiii, saya pernah gaks, dgn budak yg lebih muda, dan katanya usia tak menjadi penghalang, dan tak pernah anggap saya kakak... saya takut plaks, nanti dia masih kiut, saya plaks dah ganyut. so gitu ler. selamat jalan dan selamat tinggal diucapkan, tanpa ucapan

- jinggo - berkata...

selambanya mak su ni.......

Sharifah Hassan berkata...

Salam,

Saya buat-buat tak tahu, tak ambil tahu dan sememang tak teringin nak tahu..

Apa yang saya tahu ialah kedua-duanya telah merasa sakit dan kini mencari pengubat...

Dan kita pulak pandai-pandai nak jadi doktornya...heheheh

Eco Kid Adventure on Facebook