Isnin, 12 Ogos 2013

kisah helang

Helang merupakan jenis unggas yang mempunyai 
umur paling panjang didunia. 
Umurnya dapat mencapai 70 tahun. 
Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu
seekor helang harus membuat suatu keputusan
yang sangat berat pada umurnya yang ke 40. 
Ketika helang berumur 40 tahun, kukunya mulai menua, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyulitkan waktu terbang.
Pada saat itu, helang hanya mempunyai dua pilihan:

Menunggu kematian, atau 
Mengalami suatu proses transformasi
yang sangat menyakitkan
suatu proses transformasi yang
panjang selama 150 hari. 
Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang k eatas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi jurang , 
berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung. 
Pertama-tama, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, ia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kuku yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu.
Suatu proses yang panjang dan menyakitkan. 

Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mulai dapat terbang kembali. Dengan paruh dan kuku baru, helang tersebut mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh bertenaga!

DARI JINGGO

 Dalam kehidupan kita ini, kadang kita juga harus melakukan
suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan.
Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang konservatif, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan. 

Kita harus rela untuk meninggalkan perilaku lama kita agar kita dapat mulai terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan. Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar hal- hal yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah keahlian baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.

 Halangan terbesar untuk berubah terletak
di dalam diri sendiri dan andalah
sang penguasa atas diri anda. 

Jangan biarkan masa lalu menumpulkan rasa 
dan melayukan semangat kita.
Anda adalah helang-helang itu.
Perubahan pasti terjadi.
Maka itu, kita harus berubah!

selamat hariraya.....

Lama tidak kesini.
singgah untuk mengucapkan 
SELAMAT HARIRAYA.
kepada semua rakan2 blogger.

Selasa, 11 Jun 2013

darah tinggi

TEKANAN darah tinggi atau hipertensi bukan sahaja dialami oleh golongan dewasa bahkan remaja.
Namun, remaja yang menghidap penyakit ini didakwa lebih bijak serta pintar di sekolah berbanding rakan sebaya yang normal.
Ini berdasarkan penyelidikan sekumpulan pakar perubatan di Universiti Gottingen, Jerman terhadap 7,688 remaja lelaki dan wanita yang berusia antara 11 hingga 17 tahun.
Sebanyak 11 peratus responden menderita tekanan darah tinggi.
Pelajar sekolah yang menghidap hipertensi lebih aktif dalam olahraga dan semasa di dalam kelas.
Terdapat satu teori mengatakan kepintaran mereka didorong tekanan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sehingga mereka mendapat penyakit tersebut.



Rabu, 5 Jun 2013

kita bebas..

seorang ahli falsafah kongsikan begini
MANUSIA DILAHIRKAN BEBAS
AKAN TETAPI MEREKA TERBELENGGU
kita bebas.
bebas untuk menjadi siapa kita.
berdasarkan satu pandangan lain jadilah
GIVE YOURSEFT
KNOW YOURSEFT
BE YOURSEFT
itu sepatutnya.
PERSEKITARAN
telah menjadikan kita terbelenggu
menjadi orang lain.
tidak lagi bebas.
pelajar tidak lagi mampu bebas menentukan matlamat diri.
kita tidak lagi mampu bebas hidup dengan kemampuan diri.
kita terperangkap dengan kehendak persekitaran.
KITA TIDAK LAGI BEBAS.
satu pandangan lain menyatakan
ALANGKAH MALANG KITA
SEANDAINYA KITA HIDUP DENGAN
' MEMBELI ' MATLAMAT ORANG LAIN.



Isnin, 3 Jun 2013

cantiknya hidup ini.

lama tidak menulis.
banyak cerita.
ALASAN.
mungkin itu jawapan kenapa tidak kesini.

hari ini suka mahu terus menulis.
CERITA JINGGO
terus terusan begitulah hidup.
melihat hidup ini adalah satu proses
kita diajar dan kita belajar.
BANYAK CERITA.
jalan  terus kehadapan.
kita dihadapkan cerita demi cerita
YANG KADANG2
kita tidak mampu hadap.
tapi percayalah
BUAH TIDAK AKAN BERBUAH
DIDAHAN YANG RAPUH.
kita belajar dan diajar
kadang2 kita tidak mampu tafsir.
KITA SEDANG DIAJAR


Rabu, 30 Januari 2013

jangan marah saya..........


SETIAP hari kita berdepan dengan pelbagai pengalaman yang mungkin boleh mencabar kesabaran.
Melayan kerenah anak-anak yang degil, tersangkut dalam kesesakan lalu lintas berjam-jam lamanya, menurut kehendak bos yang keras kepala atau beratur di barisan kaunter pasar raya terlalu panjang kadangkala boleh membuat seseorang hilang rasional berfikir.
Namun, mungkin ramai yang tidak tahu beberapa episod ketidaksabaran 
 akan mencetuskan tindak balas fisiologi yang menjejaskan kesihatan anda.
Menurut Dekan Program Siswazah di Pace University, New York City, Amerika Syarikat (AS), 
Daniel Baugher, ketidaksabaran boleh menyebabkan keresahan dan permusuhan.
Beliau yang mengkaji psikologi personaliti dan sosial memberitahu, 
jika seseorang itu sentiasa gelisah, tidurnya boleh terjejas.
"Hidup dalam persekitaran yang segalanya bergerak pantas dan taksub 
 teknologi pada abad ke-21 ini membuatkan seseorang itu kurang sabar.
"Mereka mahu segala-galanya dengan segera dan menjangkakan
 perkara-perkara perlu dilakukan dengan lebih cepat," katanya.
Sesetengah individu memang secara semula jadi tidak sabar.
"Tahap toleransi setiap orang berbeza," katanya.

Personaliti jenis A berisiko tinggi
Selalu mudah terasa dan bersikap kompetitif, individu berpersonaliti jenis A suka mendesak. Mereka tidak mampu bertoleransi apabila sesuatu itu tidak dilakukan mengikut cara mereka.
"Individu dengan personaliti ini cenderung meluahkan kemarahan apabila mereka tidak sabar," kata Dr. Redford Williams yang merupakan Doktor Siswazah di 
Duke University Medical Center di Utara Carolina, AS.



Williams menganggarkan lebih kurang 25 peratus warga AS mempunyai personaliti jenis A. 
Ia secara tidak langsung meningkatkan risiko kepada masalah 
kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Kajian pada tahun 2003 yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association,
 para penyelidik melaporkan ramai individu yang tidak sabar dan 
pemarah berkemungkinan menghidap darah tinggi pada masa akan datang.

Ketidaksabaran jadi stres

Apabila seseorang kerap hilang sabar dan marah, tubuhnya bertindak 
balas kepada tekanan tersebut dengan melepaskan hormon seperti adrenalin atau kortisol.
Paras kortisol dan adrenalin yang tinggi akhirnya boleh 
menyebabkan pertambahan berat badan, gula dalam darah dan tekanan darah tinggi.

Dalam satu kajian, penyelidik mendapati bahawa golongan 
dewasa yang mempunyai paras 'permusuhan' tinggi berisiko 
mempunyai pembentukan plak di arteri koronari.
"Hormon-hormon stres akan merangsang platelet hingga membuatkannya membeku pada arteri yang sudah mengecil kerana penyakit jantung. Ia satu proses 
yang boleh mengakibatkan serangan jantung. 
Hormon tersebut juga menyebabkan sel-sel lemak 
melepaskan lemak ke dalam aliran darah," 
Jelasnya, lemak tersebut akan terenap pada plak di dalam
 arteri yang akhirnya membesarkan plak sekali gus 
meningkatkan risiko arteri tersumbat.

Mengatasi ketidaksabaran

Beberapa kajian menunjukkan bahawa program pengurusan 
tekanan boleh membantu orang mudah baran.
Mengajar seseorang bagaimana mengawal perasaan marah dan permusuhan boleh mengurangkan tekanan darah serta berat badan dari semasa ke semasa.
"Bukti yang diperoleh daripada latihan tekanan sangat menggalakkan, namun kajian belum menunjukkan bahawa ia boleh menyelamatkan nyawa," katanya.
Cara terbaik bagi orang ramai untuk mengendalikan situasi mengundang kemarahan dan respons negatif adalah dengan menarik nafas sedalam mungkin dan nilai apa yang mereka rasa.
"Tanya diri anda. Adakah ini penting untuk saya? 
Adakah munasabah untuk saya rasa marah? Adakah ini semua berbaloi?
"Secara asasnya, cuba bercakap pada diri sendiri jauh daripada perasaan marah," pesan Redford.

Ahad, 20 Januari 2013

cinta semakin pudar....

HAMPIR semua orang pernah merasai penangan cinta. Kuasa cinta menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja. Berjumpa setiap hari, bercakap berjam-jam di telefon, 
jaga sehingga lewat malam, meminjamkan wang dan sebagainya.
Pendek kata sewaktu dilamun cinta, semuanya
terlalu indah dan membahagiakan. 
Tetapi kenapa kenapa kehangatan cinta tidak kekal lama? 
Keterujaan cinta bagi sesetengah orang hanya berlangsung sementara. Ada yang mungkin mencecah setahun tetapi banyak yang tidak 
sampai angka 12 bulan pun.

Selepas itu, kehangatan dan keterujaan cinta semakin pudar. J
ika cinta masih kekal pun, ia tidak sehangat dulu. 
Tetapi lebih menyedihkan lagi, ikatan cinta berakhir dengan perpisahan.

Selain tiada persefahaman, ramai juga yang menyatakan mereka mudah
 bosan selepas tempoh masa tertentu perhubungan.
Benarkan keghairahan hubungan cinta tidak dapat dikekalkan?
Atau adakah sememangnya menjadi lumrah kehangatan cinta 
hanya berlangsung dalam tempoh tertentu?

Apatah lagi selepas menjengah ke alam rumah tangga,
 kehangatan cinta akan semakin pudar.
Hakikatnya, bagi kebanyakan pakar psikologi, keterujaan dan
 kehangatan hubungan percintaan bergantung kepada pasangan terbabit.

Tatkala itu, kehambaran cinta akan menerpa dan banyak 
yang tidak dapat menyelamatkan hubungan itu.

Berikut adalah antara beberapa tip ringkas untuk 
mengekalkan kehangatan dan keterujaan hubungan percintaan.

Situasi spontan

Jangan sesekali merendah-rendahkan nilai spontan dalam sebuah perhubungan. Biasanya kebosanan timbul dalam sesuatu perhubungan kerana rutin harian yang dilakukan hampir sama dan sudah boleh dijangkakan.

Jangan takut untuk mencadangkan aktiviti-aktiviti 
baru yang boleh dilakukan bersama.
Atau lakukan kejutan-kejutan tertentu seperti lelaki boleh cuba 
memasak satu resipi baru untuk makan malam.
 Elakkan terlalu merancang situasi spontan.

Teroka lokasi baru

Pernah anda makan malam di sebuah kedai yang hampir 
sama saban hari dengan kekasih anda? 
Ada pula yang hanya membeli-belah di pasar raya yang serupa.
 Tidak kurang pula asyik bercuti di tepi pantai.

Pelbagaikan dan terokailah lokasi baru bersama untuk menambahkan keterujaan dalam hubungan. 
Terdapat ribuan kedai makan, ratusan pusat beli-belah dan
 pelbagai destinasi percutian di dalam dan luar negara.
 Mengapa perlu begitu sterotaip?

Hadir kelas atau kursus bersama

Apa kata hadir satu-satu kelas baru secara bersama.

Jika selesa dengan kelas masakan anda boleh mencuba kelas itu.
 Atau jika tidak terdapat banyak kelas lain termasuklah tarian, gim, pilates, hasil seni dan banyak lagi.

Aktiviti baru yang dilakukan bersama menyebabkan anda 
mewujudkan satu hubungan saling bergantung dan interaksi yang lebih kerap.

Tidur di hotel atau resort

Atmosfera yang baru akan menambahkan lagi romantis dalam hubungan. 
Jangan terlalu terikat – suami isteri perlu tidur dalam bilik di rumah.

Sesekali cuba atmosfera di hotel, resort atau berkhemah di tepi pantai. 
Ia akan membuatkan anda tidak terlalu bosan.

Beri hadiah tanpa sebab

Ini adalah antara cara untuk mengembalikan hubungan kembali ke landasan yang betul. Pada awal hubungan anda kerap menghadiahkan si dia hadiah, tetapi selepas beberapa lama ia tidak lagi berlaku. Hadiah yang kecil sudah cukup kerana ia menjadi satu tanda atau isyarat si dia sentiasa bertakhta di hati anda. Tidak perlu menunggu hari jadi, hari kekasih atau hari ulang tahun untuk melakukan perkara itu. Bosan bukan?

Berpegang tangan

Ramai yang mengambil sikap sambil lewa pada pergerakan semudah berpegangan tangan. 
Ramai pasangan hanya berpegangan tangan semasa awal hangat 
bercinta sahaja tetapi tidak selepas itu. 
Kenapa begitu? Malu?
Kenapa perlu malu apatah lagi sekiranya hubungan anda itu sudah menginjak ke alam perkahwinan? Memegang tangan, mengusap jari-jemari dan mencium tangan pasangan anda walaupun nampak mudah, tetapi ia satu tindakan yang menyenangkan dan menunjukkan anda ikhlas berkongsi hidup dengannya.


sumber : harian kosmo.
Eco Kid Adventure on Facebook