Ahad, 20 Januari 2013

cinta semakin pudar....

HAMPIR semua orang pernah merasai penangan cinta. Kuasa cinta menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja. Berjumpa setiap hari, bercakap berjam-jam di telefon, 
jaga sehingga lewat malam, meminjamkan wang dan sebagainya.
Pendek kata sewaktu dilamun cinta, semuanya
terlalu indah dan membahagiakan. 
Tetapi kenapa kenapa kehangatan cinta tidak kekal lama? 
Keterujaan cinta bagi sesetengah orang hanya berlangsung sementara. Ada yang mungkin mencecah setahun tetapi banyak yang tidak 
sampai angka 12 bulan pun.

Selepas itu, kehangatan dan keterujaan cinta semakin pudar. J
ika cinta masih kekal pun, ia tidak sehangat dulu. 
Tetapi lebih menyedihkan lagi, ikatan cinta berakhir dengan perpisahan.

Selain tiada persefahaman, ramai juga yang menyatakan mereka mudah
 bosan selepas tempoh masa tertentu perhubungan.
Benarkan keghairahan hubungan cinta tidak dapat dikekalkan?
Atau adakah sememangnya menjadi lumrah kehangatan cinta 
hanya berlangsung dalam tempoh tertentu?

Apatah lagi selepas menjengah ke alam rumah tangga,
 kehangatan cinta akan semakin pudar.
Hakikatnya, bagi kebanyakan pakar psikologi, keterujaan dan
 kehangatan hubungan percintaan bergantung kepada pasangan terbabit.

Tatkala itu, kehambaran cinta akan menerpa dan banyak 
yang tidak dapat menyelamatkan hubungan itu.

Berikut adalah antara beberapa tip ringkas untuk 
mengekalkan kehangatan dan keterujaan hubungan percintaan.

Situasi spontan

Jangan sesekali merendah-rendahkan nilai spontan dalam sebuah perhubungan. Biasanya kebosanan timbul dalam sesuatu perhubungan kerana rutin harian yang dilakukan hampir sama dan sudah boleh dijangkakan.

Jangan takut untuk mencadangkan aktiviti-aktiviti 
baru yang boleh dilakukan bersama.
Atau lakukan kejutan-kejutan tertentu seperti lelaki boleh cuba 
memasak satu resipi baru untuk makan malam.
 Elakkan terlalu merancang situasi spontan.

Teroka lokasi baru

Pernah anda makan malam di sebuah kedai yang hampir 
sama saban hari dengan kekasih anda? 
Ada pula yang hanya membeli-belah di pasar raya yang serupa.
 Tidak kurang pula asyik bercuti di tepi pantai.

Pelbagaikan dan terokailah lokasi baru bersama untuk menambahkan keterujaan dalam hubungan. 
Terdapat ribuan kedai makan, ratusan pusat beli-belah dan
 pelbagai destinasi percutian di dalam dan luar negara.
 Mengapa perlu begitu sterotaip?

Hadir kelas atau kursus bersama

Apa kata hadir satu-satu kelas baru secara bersama.

Jika selesa dengan kelas masakan anda boleh mencuba kelas itu.
 Atau jika tidak terdapat banyak kelas lain termasuklah tarian, gim, pilates, hasil seni dan banyak lagi.

Aktiviti baru yang dilakukan bersama menyebabkan anda 
mewujudkan satu hubungan saling bergantung dan interaksi yang lebih kerap.

Tidur di hotel atau resort

Atmosfera yang baru akan menambahkan lagi romantis dalam hubungan. 
Jangan terlalu terikat – suami isteri perlu tidur dalam bilik di rumah.

Sesekali cuba atmosfera di hotel, resort atau berkhemah di tepi pantai. 
Ia akan membuatkan anda tidak terlalu bosan.

Beri hadiah tanpa sebab

Ini adalah antara cara untuk mengembalikan hubungan kembali ke landasan yang betul. Pada awal hubungan anda kerap menghadiahkan si dia hadiah, tetapi selepas beberapa lama ia tidak lagi berlaku. Hadiah yang kecil sudah cukup kerana ia menjadi satu tanda atau isyarat si dia sentiasa bertakhta di hati anda. Tidak perlu menunggu hari jadi, hari kekasih atau hari ulang tahun untuk melakukan perkara itu. Bosan bukan?

Berpegang tangan

Ramai yang mengambil sikap sambil lewa pada pergerakan semudah berpegangan tangan. 
Ramai pasangan hanya berpegangan tangan semasa awal hangat 
bercinta sahaja tetapi tidak selepas itu. 
Kenapa begitu? Malu?
Kenapa perlu malu apatah lagi sekiranya hubungan anda itu sudah menginjak ke alam perkahwinan? Memegang tangan, mengusap jari-jemari dan mencium tangan pasangan anda walaupun nampak mudah, tetapi ia satu tindakan yang menyenangkan dan menunjukkan anda ikhlas berkongsi hidup dengannya.


sumber : harian kosmo.

Tiada ulasan:

Eco Kid Adventure on Facebook