Rabu, 16 Februari 2011

jangan fikirkan sangat....

Masih ramai rakyat Malaysia yang enggan mendapatkan kaunseling apabila menghadapi tekanan. Akhirnya ada yang mengambil keputusan drastik; dan paling membimbangkan ialah membunuh diri. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar tingkatan lima membunuh diri. Dalam kes yang berasingan, seorang ibu telah membunuh diri selepas mencampakkan anak kecilnya dari
tingkat empat sebuah pangsapuri.
Peningkatan taraf hidup dan pembangunan yang pesat negara, kadang-kala telah menyebabkan masalah kepada golongan tertentu. Antaranya masalah tekanan atau stres daripada rutin kehidupan harian sama ada berpunca dari kerja, persekitaran atau individu lain. Namun begitu, masalah ini tidak sewajarnya dipandang mudah dan memendamkannya sehingga boleh mengganggu emosi dan rohani.
Tan Sri Lee Lam Thye, pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menyatakan bahawa seorang daripada empat orang
rakyat Malaysia menderita dari masalah mental.
Antara yang boleh dilakukan bagi menangani
masalah tekanan ialah menjalani hidup sihat ,
seperti bersenam. Apabila bersenam,
badan akan mengeluarkan endorphin -
iaitu hormon gembira dan sekaligus dapat
mempertingkatkan kesihatan fizikal dan mental.
Anda tidak perlu menjadi seorang atlit untuk bersenam.
Mulakan dengan 20 minit berjalan di sekitar rumah anda.
Begitu juga dengan pegangan agama.
Dengan melakukan ibadah atau meditasi boleh
mengurangkan stres. Dengan meletakkan tubuh
badan dalam keadaan tenang,
stres dapat dikurangkan. Berdoa, beribadah atau
bermeditasi adalah latihan kerohanian yang boleh
dilakukan di rumah dengan bersyukur kepada
Tuhan atas segala kebaikan dan rahmat yang anda perolehi.
DARI JINGGO
kita ada apa yg kita fikir
fizikal kita bertindak
atas arahan minda dibawah sedar.
KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN
KITA ADALAH APA YANG PERCAYA

3 ulasan:

Hazlin Nazri berkata...

salam,
b/m ibubapa nak jd kaunselor kepada anak-anak?
ada tips tak?
share la.. :)

Unknown berkata...

cguhazlin
kita kongsikan macam ni..
ada sebuah buku yg amat hebat mengenai tajuk tu
nanti saya dptkan

MulutPayau berkata...

ckg Jinggo..
saya stuju dgn pndapat ckg yg mngatakan ramai rkyat mlysia enggan mndapatkan kaunseling..mreka lebih suka mmndam perasaan dan brtindak mngikut akal fikiran yg kdang2 tidak waras..apatah lagi saat mnnghadapi masalah...tetapi sikap kurang mmprcayai orng d skliling mmbataskan sgalanya...

Eco Kid Adventure on Facebook