Rabu, 22 Oktober 2008

kisah cicak untuk kita.


Cerita dari Negeri Binatang. Sambutan Hari Kemerdekaan berlangsung dengan meriahnya , dimana banyak acara perlumbaan diadakan. Salah satu acara yang paling menarik adalah acara Panjat Pinang di adakan khas untuk cicak – cicak . Batang Pinang dilimuri dengan getah dan tidak seperti pertandingan Panjat Pinang yang sebelumnya , pertandingan kali ini tidak menyediakan hadiah di bahagian atas pokok pinang untuk di rebut dan para peserta juga tidak perlu bekerjasama. Peraturan perlumbaan mudah sahaja , iaitu siapa yang sampai dahulu kepuncak dulu akan di istiharkan sebagai pemenang. Syarat seterusnya , sekiranya ada cicak yang jatuh , dia masih diberi peluang sebanyak tiga kali untuk memanjat pokok pinang itu. Sekiranya ada cicak yang sudah berjaya sampai kepuncak , maka pertandingan berakhir dan cicak yang pertama sampai akan menjadi pemenangnya ( hadiahnya ada Rumah Cicak ).

Jumlah peserta cicak yang mengambil bahagian adalah 25 ekor yang datang dari berbagai wilayah. Apabila wisel di bunyikan , kesemua peserta cicak itu pun berlumba – lumba memanjat pokok pinang. Baru beberapa minit pertandingan , beberapa ekor cicak sudah tergelincir jatuh. Penonton begitu ghairah , ada yang memberi semangat tetapi lebih ramai yang mengkritik serta mengarah. Dalam hal ini ,penonton jauh lebih handal daripada peserta.

Akhirnya tinggal enam ekor cicak yang masih berjuang untuk sampai ke punjak. Kali ini apa yang aneh penonton tidak lagi memberi semangat , tetapi mencemuh yang mereka tidak mungkin dapat mencapai puncak yang begitu tinggi memandangkan badan mereka yang kecil.

Para penonton menjerit “ sudahlah , tidak mungkin awak boleh sampai keatas , turun sajalah “.

Para pembesar Negeri juga turut bersuara “ sudahlah cicak , kami mengadakan pertandingan ini hanya untuk bergembira dan memang pertandingan ini hanya untuk bergembira dan memang pertandingan ini susah di memenangsi , turunlah. Tidak mungkin awak akan dapat sampai ke puncak pokok tu !! “

Mendengar perkataan itu , beberapa ekor katak patah semangat , daya saing mereka semakin kurang dan satu demi satu cicak cicak itu jatuh ke tangan. Melihat keadaan itu pennonton semakin lantang bersorak.Namun pertandingan belum selesai , kerana ada tinggal seekor lagi cicak yang masih terus merangkak naik , perlahan2 tetapi dengan gigih. Akhirnya cicak yang gigih ini sampai ke puncak pokok.

Dia dibawa turun , dan ramai wartawan negeri binatang mula mengerumuni cicak tersebut : alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati cicak yang menang itu tidak boleh mendengar sama sekali ( pekak ).

Moral untuk aku dan kita : itu lazimnya kehidupan – sifat manusia suka mencerita perkara2 negetif berbanding positif.

Menurut Shian Khera dalam buku hebatnya – rata2 orang benci kepada orang yang berjaya ( sbb tu ramai yg tak suka MAWI !!! ) – HANYA SATU CARA UNTUK MENGELAK DI KRITIK – TAK BUAT APA2.

Kritikan datang dari dua punca : KEJAHILAN + CEMBURU.
Jika kritikan datang dari orang yang cemburu , terima lah ia sebagai pujian yang tersembunyi ( macam cerita cgu azza ) – kritikan yang tidak adil kerana orang tersebut ingin berada ditempat anda – pokok yang menhasilkan buah yang lebat juga mesti selalu dilontar dengan batu…

26 ulasan:

Qiuty Girl berkata...

Cite nie best giler cikgu.Mana cikgu dapat cite-cite nie semua.Best giler

JINGGO berkata...

puteri - cgu kan orang hutan ( negeri binatang ), duduk dalam hutan tgk kat kem.apa cerita kawan2.gang 3G ok - best sangat , itu memori terindah kut...kirim salam kat kawan2.Farhana tension lagi ke..he...lawaknya...kenal cgu onezaba ke....

azza_irah berkata...

salam cikgu..
terima kasih utk cerita ini.
buat sy berfikir lagi..
muhasabah diri yg serba kekurangan. banyak betul perkaitan alam dengan hidup kita seharian..apa yg terjadi banyak timbal baliknya.

rasanya ramai dari kita yg bsifat spt cicak yg smpai ke puncak itu. kelebihan di dalam kekurangannya..

kelebihan ia krana tidak mendengar segala kritikan dan cemuhan orang yang ingin mematahkan semangatnya. kerana kekurangan nya lah (pekak) maka dia boleh smpai ke puncak dengan jaya..

jika dia boleh dgr..tntu sedikit sebyk semangatnya kan goyah..maka dia akan jd spti cicak2 lain..
jatuh sebelum smpai ke destinasi..

Tirana berkata...

Jinggo..semalam cerita kupu-kupu, hari ni cerita cicak.. Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia..macam-macam kita boleh kutip pengajan asalkan kita rajin meneliti dan berfikir.

Orang-orang yang berada di sekeliling kita sedikit sebanyak mempengaruhi cara kita berfikir dan cara kita membuat tindakan. Teringat kata-kata seorang kawan, kalau kita di kelilingi oleh orang-orang yang bersikap negative maka sedikit sebanyak kita pun akan jadi negative dan begitu jugak sebaliknya. Moral untuk saya..jadilah seorang yang bersikap positive pada orang lain dan pada diri sendiri..Nabi pun ada pesan..jika kita tidak dapat berkata sesuatu yang baik, lebih baik kita diam..

JINGGO berkata...

cgu azza : begitulah fitrah kita - kajian besar menyatakan secara praktikal manusia ni malas...nak pandai tanpa belajar , nak senang tanpa susah...dan nak orang yg rajin pun akan dikritik si malas.jadi untuk jadi orang yg rajin kita mesti ' pekak ' kan diri.itu kronologinya sekarang - untuk saya dan kita. biar apa pun cerita persekitaran seharusnya niatnya diatas.hidup umpama main boomerang - kita memberi dan menerima...

JINGGO berkata...

to tirana : itulah kehidupan , sebab kita dipengaruhi besar oleh persekitaran.menerimaan terhadap kritikan bergantung kepada filter yg kita ada. mungkin saya tidak kuat untuk itu - jadi , hari ini saya AMAT menjaga persekitaran saya...bersama sabahat2 yg berkuanliti untuk naik ke puncak.

dan terima kasih untuk itu...saya suka ayat yang terakhir...

azlin hashim berkata...

Salam, terima kasih siarkan cerita ni, sy setuju kata kak azza. pg ni sahaja membuatkan sy terfikir lagi, pertamanya bila baca artikel pasal cicak ni, keduanya pg td.. kisah semut jek..

Cikgu mesti dah biasa nmpk semut ( biasa kat sini panggil semut laju @ semut mayat)..

bila sy perhati kan, setiap kali semut2 tu berselisih mesti dia akan berhenti sekejap dgn semut2 yg lain. sy terkedu tau masa tu. byk yg sy fikir, tp sy nak tahu pendapat cikgu dulu.. kalau tak caya g cari semut yg byk sekarg...

lepastu, cikgu buat huraian dlm post akan dtg k.. kalau ada masa lah,

JINGGO berkata...

azlin - cgu teringat masa di PLKN kami ada game semut.senaman semut..yang seronoknya psal game semut ni : kami akan meletakkan banyak barang2 ( kecil2 ) - dan pertandingan pun bermula dengan semua ' semut2 ' kena sentuh barang tu....markah akan di potong kalau tak sentuh - pasal dia berhenti tu kenapa yek....tanya khabar kut !!!! ataupun yg berhenti tu semua jantan - mahluk tuhankan...

azlin hashim berkata...

Iye cikgu, terima kasih sbb menjawab soalan sy, mula2 yg terlintas kat fikiran sy pun mcm tu jgk, bertanya khabar @ bersalaman, itu semut kan cikgu, knp kita manusia yg dikurniakan akal yg bijak pandai ni tak boleh ikut mcm semut..

Malah sy tgk, ada gak manusia yg sengaja mengelak dr bertegur sapa, paling teruk ada yg memalingkan muka bila bertembung.. dunia... dunia..

JINGGO berkata...

azlin - sebab manusia ada akal - tak sedar hidup bawak TAIK . taik mata.taik hidung.taik telinga.taik gigi....tapi sombong dengan pinjaman tuhan - terutamanya orang2yg ada kuasa diatas...nak kuasa untuk berkuasa ( bukannya untuk bersosial ) - dan pada kita sedayanya jadilah macam semut.jumpa tegur.setidaknya senyum.sebab yg menhubung terus kita dengan orang adalah mata dan bibir kita......senyum.

Tirana berkata...

Hehehe..saya tergelak sorang-sorang bila jinggo kata hidup kita bawak TAIK..hehehe..

Manusia ni dilebihkan tahapnya dari binatang sebab kita diberi AKAL oleh Allah tapi kalau kita tak menggunakan akal dengan bijak atau salah menggunakannya, tahap kita akan jatuh menjadi lebih rendah dari binatang so tak payah la nak rasa ego jadi manusia kerana bila kita diberi akal oleh Allah, maka ada tanggungjawab tertentu yang kita kena laksanakan dengan sempurna..Itu syaratnya.

Bila ada rasa ego yang tinggi..maka timbulkah rasa-rasa negative yang lain seperti hasad dan dengki..bila rasa ego tercabar..habis orang di sekeliling menjadi mangsa...dan mulalah timbul tindakan-tindakan yang negative yang kadang-kadang mempengaruhi pulak orang lain. Kritikan tentu boleh diberikan tapi kena ada cara dan diberi secara berhikmah..macam menarik rambut dalam tepung..rambut berjaya ditarik tapi tepung tidak berselerak.

JINGGO berkata...

to tirana - ayat terakhir menarik perhatian saya , memang kita tidak pandai menkritik.lazimnya kita menkritikan orang tidak pada subjek tetapi pada emosi. ( tgklah parlimen kita ) - emosi dikaitkan dengan ego.bila ego tercalar impaknya berbeza...

untuk itu belajar menkritik ( peringatan untuk diri sendiri ) : sebab fitrah manusia suka di anggap penting - lihat kelebihan dahulu...sebab jam yg mati pun akan betul 2 kali...( mati pukul 11.tentunya 11 pagi dan 11 malam betul ).

Tirana berkata...

Jinggo..nanti kongsi ilmu bagaimana memberikan kritikan secara positif.. Saya perlu belajar juga untuk berhadapan dengan anak-anak. Silap mengkritik anak-anak, bimbang ada kesan negatif yang timbul... Nak kritik ni pun kena ada seni dan gaya..

JINGGO berkata...

Puan tirana - kita kongsi ok ( dari apa yg saya pelajari ) sebab anak2 membesar dengan ' apa yang ditanam ' oleh kita samada verbal @ non - verbal.perkataan
( tindakan ) biasanya mereka akan install dalam minda dibawah sedar - yang akan mengukuh membentuk satu kepercayaan. Betul kata Puan - nak kritik ini kena ada seni terutamnya anak2....

kritikan dikaitkan dengan emosi - samada yg mengkritik dan yg menerima krtikan - berbeza mengikut karektor ( agresif , asertif , pasif )- impak berdasarkan 3 karektor diatas.

Puan ni kena buat kelas ni......panjang kalau mahu di huraikan....sebab 3 karektor itu menghasilkan kesan yg amat berbeza..

Tirana berkata...

Saya dah ada sikit-sikit basic pasal karektor anak-anak..dan cara kita berkomunikasi pun kena ikut rentak karektor mereka..cara kita mendisiplinkan mereka pun semua bergantung kepada karektor mereka.. dan kita pun sebenarnya ada karektor juga so kena tune in dengan masing-masing punya karektor... Kita berhadapan dengan anak manusia yang kreatif. Kalau anak kita macam robot, tentu tak susah..program kan aje macam yang kita suka tapi anak-anak ada minda dan emosi mereka yang tersendiri.. Ibubapa kena ada skill untuk menangani mereka.

JINGGO berkata...

puan - anak2 bukan robot : saya harap kita dapat buka ruang ni suatu masa untuk kongsikan pada yg lain...sebab cabaran dunia hari ini terlalu menakutkan...kita tidak boleh menharapkan pada APA YG KITA NAMPAK.persekitaran yg dilambak dengan virus2 kehidupan menjadikan kita bukan lagi berada dalam dunia yg selamat ( hari ini ) bagaimana 10 & 20 tahun akan datang......

Tirana berkata...

Mudah-mudahan kita ada ruang untuk berbincang.Saya rasa beruntung bertemu dengan kawan-kawan yang satu hala..dapat berbincang dan bertukar-tukar fikiran. Dulu saya ada mother's group, sekarang saya ada bloggers' group..hehehe

wilda berkata...

cikgu jinggo..saya pernah menerima emel tenteng cerita yang lebih kurang sama, tp pelakonnya adalah katak. apa yang saya pelajari dari cerita cikgu

1. kita terlalu fikirkan apa kata org sehingga takut utk melakukan sesuatu perubahan.
2. utk berjaya perlu fokus. cicak td fokus pada matlamatnya kerana telinganya tertutup dari kata2 negatif cicak lain.
3. terlalu ramai di sekeliling kita yang menunggu saat kita jatuh. jd perlu sentiasa percaya dgn kebolehan diri sendiri.

terima kasih cikgu :)

Brahimnyior berkata...

Bro Jinggo, cerita ni di luar logik, tapi yang penting ialah moral di sebaliknya.

Saya terdiam seketika, apabila bahagian akhir cerita ini, pemenangnya adalah seekor cicak yang tidak boleh mendengar.

Teringat Azza, yang berdepan dengan golongan istimewa saban hari.

Tentu ada kekuatan di sebalik keadaan fizikal pelajar berkenaan.

Hanya Allah yang mengetahui. Bukankah Allah telah menyatakan:

"Telah kami jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian.."
(At-Tin:5)

Moga-moga kita berfikir..

JINGGO berkata...

wilda - memang macam tu..selingkar kisah cerita jinggo ( umpama cicak + katak ) - tetapi matlamat serta niat harus di atas.Komitmen harus kosisten & dan seterusnya tindakan : keputusan. pada wlida - persetankan apa org kata itu dan ini - yang penting jalan mesti ke depan....jalan mesti ke depan....biar pun berliku...

JINGGO berkata...

yob brahim - yang menaikkan belon bukan warnya - tapi isi dalam belon...untuk itu kita semuanya ada peluang untuk naik..kepuncak dan menang.....apa cerita kg kita. MB dah turun ke...kesian miss jue.

Mak Su berkata...

memekakkan diri adalah sihat :), tapi bukan "memekakkk jer". ahaks

JINGGO berkata...

....' memekakkkkkkkk je ' biasanya untuk sape agaknya....dekat2 sama satu panjang ayatnya satu pendek....he.....

azza_irah berkata...

cikgu..
meminjam ruang utk mjawab komen cikgu izzuddin..


kekuatan di sebalik keadaan fizikal..
sbnrnya ramai antara mereka punya kekuatan/kelebihan ..

sy masih mengumpul bahan psl autisme n disleksia utk di postkan..
seolah cermin di depan mata..

JINGGO berkata...

azza - jangan persoalkan kelebihan mereka ( yg kita nafikan ): yang menaikkan belon bukan warnanya tapi isi dalam belon....

semua kita berpeluang untuk naik ; jangan persoalkan dimana dan bagaimana....

Qiuty Girl berkata...

ckgu onezaba tu ckgu Rithuan kan..Kenal sangat..Fahana tak tension dia dah dapat yang baru.Ckgu,Leong tak suke Tan lah ckgu..Tan tu ade banyak makwe..Leong pun tak hingin kat die

Eco Kid Adventure on Facebook