Sabtu, 3 Oktober 2009

layakkah kita...

Bila satu tugasan diberi kepada seorang yang bukan ahlinya , tunggulah saat kebinasaannya.
Begitu , maksud hadis Rasullah saw . Kita tertanya tanya :
siapakah yang ‘ bukan ahli ‘ itu dan apakah pula
kebinasaan yang bakal berlaku…..
Persoalan ini sangat kritikal untuk ditangani , justeru sedang berlaku pelbagai ‘ keruntuhan ' sama ada berbentuk spiritual mahupun fizikal.
Keruntuhan akhlak adalah masalah yang tidak dapat dinafikan.
Ringkasnya , inilah kebinasaan yang telah terjadi sekaligus petanda semakin ramai yang ‘ bukan ahli ‘ sedang memegang jawatan @ tugasan penting dalam masyarakat.
Ketika mencadangkan Nabi Musa A.s diterima bekerja , anak gadis Nabi Syuib telah meletakkan dua ciri utama
pertama
AL QAWI
( kekuatan )
kedua
AL-AMIN
( amanah ).
hal ini diabadikan oleh Allah menerusi firmanNya :
sesungguhnya orang yang paling baik untuk diberikan kerja ialah orang yang kuat lagi amanah
( surah al-qasas )
kepakaran = ilmu dan Amanah
madsudnya keikhlasan + kejujuran dan ketelusan
DARI JINGGO
MELAHIRKAN ORANG YANG JUJUR LEBIH SUKAR
BERBANDING MELAHIRKAN ORANG YANG BIJAK
layakkah kita menjadi pemimpin
SEKURANG2 DIRI SENDIRI

16 ulasan:

zan-xray berkata...

persoalan yang perlu dijawab tu.
yang pentingnya kena bertanggungjawab kepada diri sendiri

saya- lebih selesa menjadi orang bawahan.

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

tanggungjawab yang maha berat...menjadi pemimpin. tetapi sekarang, ramai orang2 'pandai' sekarang merasakan menjadi pemimpin itu keistimewaan

ari berkata...

Kesilapan itu dtgnya daripada manusia...
Kesempurnaan itu dtgnya daripadaNya..

~Insan Biasa~ berkata...

manusia itu dikatakan khalifah di muka bumi.
jadinya..tentu sahaja Dia mencipta dengan ada sifat kepimpinan dalam diri setiap insan.
Cumanya bagaimana yang dipanggil insan itu mengaplikasikan bakat kepimpinan yang dibekalkan...

pada saya , setiap kita 'layak' kerana kita manusia...
tapi....

erm...

Abd Razak berkata...

assalamualaikum...

Ditakuti terhadap golongan kita ialah dari kalangan pemimpin-pemimpin yang menyesatkan...

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…” (QS al-Nisa :58)

ONE ZABA berkata...

aku ni cuma layak menyampuk je....

Teja berkata...

aku tk nak buat perbandingan la... tp aku percaya setiap manusia ada keistimewaan trsendiri.

chimera berkata...

menjadi ketua tu satu tanggungjawab yg memang Allah dah tentukan. Satu masa Allah akan soal jugak mcmana cara kita memimpin, kenapa jadi mcm ni... kenapa jadi macam tu... semua atak kepala kita... adil atau tak adil...

tapi sekarang ni org melihat pemimpin ni sebagai satu peluang. nakjadi kaya, nak kumpul hrta byk2... tak kira lah cara betul ke salah...

- jinggo - berkata...

brozan...

menjadi orang bawah - juga satu tangungjawab kan..
saya - selalu menjadi diri sendiri.....

- jinggo - berkata...

cgu kl..

kepimpinan dikaitkan dengan kuasa..
kuasa politik
kuasa sosial..
kita lihat kedua2nya bergerak dalam pakej yg berbeza

- jinggo - berkata...

cgu ari..

terima kasih kerana ingatan..
semua yg berlaku - adalah nikmatNya...gunakan sebaiknya

- jinggo - berkata...

cgu anis

apa yg tapi..
mungkin tapi itu adalah - manusia menggunakan keistemewaan tu untuk ' merosakan ' sesama manusia...

- jinggo - berkata...

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…” (QS al-Nisa :58)

en razak

semuga kita dijauhkan dari kelompok manusia yang dilaknatNya

- jinggo - berkata...

cgu one

saya - layak - jadi penyampai aja kut...

- jinggo - berkata...

cgu teja..

kerana kesedaran itu lebih penting.....

- jinggo - berkata...

chimera..

kerana apa yg kita nampak secara zahir - semua orang nak jadi pemimpin..........

layakkah mereka !

Eco Kid Adventure on Facebook