Isnin, 5 Oktober 2009

ini sebenarnya niat saya....

saya percaya kalau kita berkehendak, amat berkehendak, Allah akan permudahkan yang lain.
SAYA PERCAYA KEPADA TEORI ITU
sejauh mana kehendak itu bergantung kepada diri masing2.
dalam banyak hal begitu. saya seorang yang berkehendak.
SAYA BERJUMPA BEBERAPA BUAH BUKU YANG ORANG LAIN
MUNGKIN TIDAK DIDORONGKAN.
kita kongsikan buku yang pertama
KEKUATAN EMOSI
ini merupakan sebuah buku wajib baca- dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna P.Pinang.
kajian berdasarkan keluh kesah manusia.kenapa ada keluh kesah yang mendorong kemurungan yang kita sukar leraikan - berdasarkan ketidakmampuan kita dari segi ilmu.
kajian menyatakan purata 21 % penduduk M'sia mengalami masalah kejiwaan.
Purata 7 % daripada kita membunuh diri setiap hari.
tajuk demi tajuk menjuruskan kepada penyelesaian akademik
SEKS DAN PSIKOLOGI
tajuk nampak ganas.tapi itu sekadar tajuk yang menjuruskan kepada perbezaan kehendak lelaki dan perempuan dari sudut keperluan jiwa. ini bukan buku sex. kajian Prof Abdullah amat detail kenapa begini dan begitu.dalam konteks hubungan sosial.
saya tertarik dengan beberapa tajuk yang mungkin ramai yang tidak pernah ' pusingkan ' selama ini - tafsiran cinta dan keperluan nya dari perbedaan jantina.
MASAM2 MANIS
RAGAM DARA TIKA BERCINTA
juga buku yang dijuruskan kepada kajian daripada sudut :
bagaimana dara seharusnya melihat teruna.lengkap untuk dijadikan bahan.
DARI JINGGO
kenapa dengan buku2 ini.kenapa saya ' suka ' membaca buku2 begini sejak akhir2 ini.
jawapannya begini.
saya berhadapan dengan remaja yang sedang membesar dalam bidang latihan -
dari simpulkan satu jawapan
REMAJA CUKUP SENANG MENDENGAR CERITA MENGENAI
DIRI MEREKA SENDIRI.
apa sahaja yang dikaitkan dengan kejiwaan.
identiti.
masa depan
pasangan.
bagaimana untuk keluar dari kepongpong.
saya masukkan semua ilmu2 ini bawah satu tajuk - softskill + komunikasi.
DAN SAYA MENCARI BUKU2 YANG MENYAMAI KEINGINAN ITU.
dan saya dipermudahkan.
moralnya
KALAU KITA BERKEHENDAK - ALLAH AKAN PERMUDAHKAN YANG LAINNYA.

16 ulasan:

ONE ZABA berkata...

ingatkan nak niat pose 6 tadi...ahakkk!!!

zai berkata...

Salam Jinggo..

Wanita dan Lelaki..

Ibarat irama dan lagu..tidak mungkin dapat dipisahkan selagi ada CINTA terukir dikalam Allah.. tetapi Allah melebihkan lelaki dari wanita kerana lelaki mempunyai kekuatan akal dan lebih bersikap rasional dan tidak emosional kerana itulah Pemimpin Dunia yg berjaya kebanyakannya dimonopoli oleh kaum lelaki..

Tetapi jangan lupa tangan yg menggoncang buaian juga mampu menggoncang dunia kalau tahu caranya..

Sebenarnya gabungan lelaki dan perempuan sangatlah indah lelaki 9 akal dan 1 nafsu dan wanita 9 nafsu dan 1 akal..bukankah harus bergandingan..?

Pn Kartini berkata...

Salam..
Satu usaha yg murni ke arah mendidik para remaja yg memerlukan bimbingan yg kena dgn caranya....
Semmgnya kefahaman & kehendak remaja perlu didalami agar kita lebih disenanginya nanti..

Abd Razak berkata...

Salam...
Mendidik itu perkara yang sangat murni asalkan tidak bercanggah dgn syariat...moga Allah permudahkan

teachersepum berkata...

bagus2..
x nafikan remaja mmng tertaik dengan bnda2 yg cikgu mention..
teruskan usaha mendidik =)

2_one berkata...

kita berkehendak, amat berkehendak, yg lain diprmdhkan oleh NYA..truskan..salam perjuangan cgu...

- jinggo - berkata...

cgu one

he...saya berniat nak kena kari kambing tak dapat2

- jinggo - berkata...

kak zai

setelah membaca buku ni - patutlah macam tu
macam ni.
apa2 pun terima kasih kerana sokongan.

- jinggo - berkata...

PnKartini

ini berdasarkan kepada pembacaan - manusia suka orang bercerita mengenai diri sendiri...
hasilnya - saya kenalah membaca buku yang remaja suka nak tahu.....

- jinggo - berkata...

enrazak

kita disini pun - mendidikkan.
semuga kita dipermudahkanNya

- jinggo - berkata...

miza..

tahu tak apa
nanti kita kongsikan

- jinggo - berkata...

2 one

terima kasih kerana sokongan...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

apa sahaja kalau kita nak dengan kemahuan kita sendiri.. ketulusan.. keikhlasan hati.. sudah pasti Allah akan permudahkan segalanya.. janji "kejujuran"
mendidik remaja kini memerlukan sebegitu.. tapi bukan sahaja untuk remaja malah untuk kita juga..

dunia ini sangat indah jika kita tahu menilai jg menghargai..

semoga sentiasa di permudahkan.. InsyaALLAH...

-maiza-

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

ni yag dikatakan juga Law of Attraction

Allah akan bantu, kalau ia baik dan kita mahu

- jinggo - berkata...

maiza..

semuga kita dipermudahkan dalam segala urusanNya.

- jinggo - berkata...

cgu kl citezan..

kerana itu teorinya - praktikal sedang saya nikmati

Eco Kid Adventure on Facebook