Isnin, 20 Jun 2011

satu lagi cerita


Latihan + Jinggo + Kem
ini bukan sekadar satu cerita
ada cerita didalam cerita
TIDAK SEKADAR MAHU
menjadikan ini ruang untuk berkerjaya
ada cerita lain
CERITANYA SEAKAN2 BEGINI
seorang lelaki yang menjual belon
dan melepaskan belon naik ke atas
untuk menarik perhatian ramai
YANG DIA MENJUAL BELON
biasanya dia akan melepaskan belon yang berwarna
kuning.merah dan jingga.
TIDAK PERNAH WARNA HITAM
seorang budak memerhati dan bertanya
pak cik hari2 lepaskan belon
tak pernah lepaskan belon warna hitam
adakah belon warna hitam tak akan naik
JAWAB PAK CIK .
anak - percayalah yang menaikkan belon
bukan disebabkan oleh warnanya
TAPI ISI DALAM BELON
dari jinggo
ingin memberi isi.
semuga kita sesama naik keatas
tanpa mempersoalkan apa warna kita.

1 ulasan:

Ary berkata...

saya sangat setuju dengan cikgu...

Eco Kid Adventure on Facebook