Selasa, 6 Oktober 2009

dia aja yg betul

Ada tak sifat2 disini ada pada kita.
sinis dan membuat jenaka yang menyakit hati orang
gemar mengkritik orang lain.
tidak percaya orang lain
terlalu fokus pada diri sendiri
tidak mengambil berat masalah orang lain
tidak gembira dengan layanan negetif yg diterima
mudah melenting
meradang dengan ketidakadilan dalam hidup
gemar berselindung
SEPERTI BOM JANGKA
jika ada sifat2 tu pada kita - kita kongsi seterusnya :
kita mungkin mengalami ' sindrom bermusuhan '
kita suka bermusuh.mencari musuh.dan suka bermusuh
KESANNYA.
sikap begini akan menyebabkan kejang rahang + berpeluh berlebihan + keletihan.
kajian dari UT Southwestern Medical Center di Dallas
wanita sihat yg mudah meradang akan mengalami pemasalahan kesihatan yang
dikaitkan dengan marah.
wanita yang cenderung marah mempunyai kadar degupan
jantung dan tekanan darah lebih tinggi.
kesimpulan dari beberapa kajian lain.
cukup menyatakan : kesan pada fizikal cukup membebankan.
sakit jantung.berat badan naik.alah pada insulin
dengan lemak berkumpul dalam abdomen.
KESAN NEGETIF LAIN
susah didekati oleh orang lain.orang macam ni susah untuk menjalinkan persahabatan malah tidak dicari sebagai rakan.mereka kadang2 terperangkap dalam diri sendiri - tidak dapat memuaskan keinginan diri sendiri , merasa gagal , tewas , ditolak , pandangan tidak diterima dan kurangnya kejayaan diri
DARI JINGGO
saya pernah jumpa orang yang macam ni.dia bukan nak ' cari ' musuh - sikapnya kadang mengundang musuh.ada buku lain menyatakan
orang begini berpenyakit - perlu di rawat.
tetapi bagaimana kalau dia sendiri tidak merasa dirinya sakit.
sikap yang sentiasa menjadi orang penting
sikap yang sentiasa mahu menjadi suara dan idea dominan.
sikap yang mengharapkan orang lain sahaja yg kena faham dia.
APA TINDAKAN KITA
cara mengawal
terdapat 3 pilihan
mengubah
mengelak
menyesuaikan diri.
PILIHLAH YANG MANA SATU BILA BERHADAPAN DENGAN ORANG YG MACAM NI.

33 ulasan:

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

saya suka bergurau.. ntah la org suka atau tak..hrp2 tak menyakitkan hati sesiapa(sy pling takut sakitkan hati org.. buat org marah.. hati sndiri sakit tak apa.. sbb org tak tau). mengambil berat.. saya la tue he.. layanan negetif yg di terima.. xkisah la janji saya tak suka marah.. (sbb klu sy dh marah susah,sy lbh suka elak dr marah) suka mengalah "sentiasa bersangka baik" tapi kadang trlepas marah jg.. sebabnya sy hanya manusia biasa..
"tidak sempurna"

harap2 org2 brsama sy "kwn2" senang dng kehadiran sy... begitulah hendaknya...

*takut sakit jantung, darah tinggi.. mcm2 so.. jng marah...

-maiza-

ari berkata...

Sedang dan pernah berdepan dengan manusia "dia saja yg betul".. pilihan saya..
1. Cuba utk menyesuaikan diri - menasihat bila ngam situasi.
2. Mengelak - mengelak utk tidak lebih rapat- takut saya pula jadi sepertinya hanya utk membalas.
3. Mengubah? - Tidak akan mengubah sikapnya cukup utk membantu. Cukup dewasa utk dia berfikir sendiri. Cukuplah utk saya mengubah diri sendiri @ sedaya tidak sepertinya. Cermin diri.

-Dia saja yg betul-Namun ada perlunya kita "menyakitkan" dia utk dia sedar diri...
****apapun check2lah hormon..manatau kena serang sakit "kecelaruan hormon". Lelaki kena faham ler yerrr...

Pn Kartini berkata...

Salam..
ehem..mengajar kelas terakhir mmg sukar utk elak dari sikap marah ..
MARAH bukan pd ketdk cerdasan tp Marah kerna sikap tidak mementingkan pelajaran....tdk sayangkan masa depan...Marah krn guru beria mengajar,pelajar beria bermain..aduss..

Tirana berkata...

Orang yang merasa dia aje yang betul, kerap meletakkan kesalahan di bahu orang lain walaupun sudah terang lagi bersuluh, itu memang salah dia.

Saya selalu buat silent treatment aje dengan orang yang macam ni..sebab dah puas menegur sikapnya itu tapi selagi dia "percaya" dia betul, selagi itulah sukar sikap itu untuk diubah. Kita kena cari jalan untuk mengubah kepercayaannya itu.

ASE1 berkata...

sedang berhadapan dgn org yg begini ..
mula2 saya cuba menyesuaikan diri , kemudian cuba mengubah dan akhirnya saya mengelak ...
susah2 jika bersikap diri aje yg betul , akhirnya sorg demi sorg kwn2 mengelakkan diri .
Hanya mampu berdoa agar dia berubah !

zai berkata...

Salam Jinggo...

Kak Zai mempunyai ramai rakan2 spt ini ttp bagus juga kerana utk mendekati rakan2 spt ini memerlukan skill kemahiran pertuturan dan adakalanya memerlukan kepakaran psikologi utk menundukkan ego mereka..

sebenarnya itulah kelebihan disebalik kekurangan krn ia akan mendidik jiwa insan sekeliling agar menjadi seorang yg lebih sabar (apabila menangani orang2 spt ini)..

Abd Razak berkata...

salam...

Marah menjauhkan sahabat dan saudara mara...Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w “Berilah saya nasihat.” Beliau bersabda, “Jangan marah.” Lelaki itu terus mengulang-ulang permintaannya dan beliau tetap menjawab, “Jangan marah.” (HR. Bukhari).

- jinggo - berkata...

maiza

nak pastikan kita disenangai.ingat : hubungan sosial umpama macam melabr ' di bursa saham '...

semua nak untung.
keuntungan emosi....

- jinggo - berkata...

cgu ari..

semasa saya di PLKN.
kami bekerja dibawah sistem - aku aja yg betul -
apa yg saya lakukan.
ubah suai : terpaksa
mengelak : tak boleh elak sebab boss
mengubah : tidak sama sekali..

akhirnya.
keluar sistem - elak dari berurusan dengan org2 yg sombong ni....

- jinggo - berkata...

PnKartina.

tidak normal kalau tidak marah.
sebab marah fitrah kita...
tapi sebaiknya...
elakkan sebab kajian menjuruskan kepada kesan negetif.
tetapi bergantung kepada nada marah...betul tak

- jinggo - berkata...

puan tirana
menurut dale carnigei - ada beberaopa step lain.bila berurusan dengan ketidaktentuan dengan org macam ni...

jadikan sahaja org itu penting.

yang pasti : itu tindakan yg tdk menguntungkan

- jinggo - berkata...

cgu asyik.
saya kesian pada org bodoh sombong ni..
dekat blog ni pun ada seorang yg telah saya abaikan..
semua cerita yg dia aja bagus dan betul..

nak minta pandangan.
tapi dia dah ada jawapan....

- jinggo - berkata...

sebenarnya itulah kelebihan disebalik kekurangan krn ia akan mendidik jiwa insan sekeliling agar menjadi seorang yg lebih sabar (apabila menangani orang2 spt ini)..

kak zai

saya suka ayat ni.

- jinggo - berkata...

enrazak

terima kasih kerana pandangan dari sudut agama...

ONE ZABA berkata...

sesuaikan diri je la...dapat peluang hantam dia balik.

ujie berkata...

elakkan je la..abaikan mana2 yg meyakitkan jiwa dan x mendatangkan ape2 faedah..

- jinggo - berkata...

cgu one

sesuaikan diri.
dpat peluang..........
ajak aja di pekena roticanai kambing...

- jinggo - berkata...

betul uji...
kalau abang misai macam tu - macamana...
nak lari mana.
ejas jangan tak ejas...he..
abang misai tak gitu.

Sasha berkata...

Sha selalunya menggunakan pendekatan Mengelak & Memekakkan telinga... Kita tak dapat nak mengubah & yg pasti Sha memang tak boleh nak menyesuaikan diri ngan org yg begitu... kalau Sha menyesuaikan diri, Sha pasti hanyut & jadi seperti mereka juga... so pendekatan terbaik mengelak or buat tak dengar (muka tu konon2 mcm layan jer lah)... sambil melemparkan senyuman sekali sekala bila perlu...

- jinggo - berkata...

shasha..

sebab tu tuhan bagi kita.
dua telinga - satu mulut.
telinga untuk mendengar..
dan mulut...
keganasan mulut ni impak terlalu memudaratkan..
sebaiknya - kit layan ajalah..

ujie berkata...

mmg sungguh...abg misai bukan begitu..kalau begitu nampak ye tido luar la huhu...

- jinggo - berkata...

ha...
tidur luar - kesian abang misai..
tapi dia tak macam tu..
kalau macam tu..
tarik aja misai dia..
he...

~Insan Biasa~ berkata...

orang macam nie..sesuaikan diri..kalau tak pun ...buat bodo je...

- jinggo - berkata...

orang macam nie..sesuaikan diri..kalau tak pun ...buat bodo je...

saya ada seorang kawan kat blog ni...
dah diabaikan dah....

Mak Su berkata...

sy pun ada gaks perangai buruk mcm tu kekadang...tapi yg baiknya, saya ni suka mengalah... so senang ler. lepas saya fikirkan diri sendiri, saya fikir bab orang, lepas tu saya mengalah. lepas tu saya geram, makan hati dan pendam perasaan jer. sbb saya selalu deal dgn org yang tak penah fikir ttg org lain

blueCITY berkata...

tak normal ke kalo saya ada ?
sakit ke saya? jika saya ada

sikap suka bergurau?
sikap marah kerana bersebab?

erkkkkkkkk

zan-xray berkata...

wah suka marah pun badan leh naik gak. ingatkan hati senang badan leh naik.
kadang2 nak jawab gak macam ni "dah ko rasa ko betul, ko buat lah semua ni!!"
tapi apa kan daya dia boss kita hehe..
terpaksalah jawab "baik boss, boss memang betul, boss pandai" ahakz

- jinggo - berkata...

MAK SU

semua kita dipermudahkan....
orang2 macam tu sekeliling kita.....dengan ilmu yang ada mungkin mampu kita jadikan sempaan

- jinggo - berkata...

cik bluecity

kita bersangka baik ajalah dengan persekitaran...
berpada2...he

- jinggo - berkata...

Bro Zan..

kita terima semuanya ni dari sudut ilmu...he...

catz_mafia berkata...

Cikgu Jinggo,
Kebinasaan mulut melebihi alam besar atau tsunami di Sumatera nun..

Bencananya merosakkan hati dan jiwa..

- jinggo - berkata...

cgu cat

hanya orang yg mengalami keadaan tu yg tau kan.....

GBSM berkata...

Suka dgn n3 ni... Memang susah jika ada penyakit 'dia aje yang betul'... Lagi susah kalu dia boss kita pula tu...
~ikut saja yang disuruh~ kekdang salah juga...

Eco Kid Adventure on Facebook