Jumaat, 23 September 2011

CERITA BUKU.........




KUALA LUMPUR – Penuntut institusi pengajian tinggi harus menjadikan tabiat membaca, meminjam buku dan berulang-alik ke perpustakaan sebagai satu kebiasaan dan bukan hanya untuk lulus periksa semata-mata, kata Profesor Diraja Ungku Aziz Beliau berkata, ini penting kerana kalau hendak menjadi seorang yang bijak, mestilah selalu membaca buku kerana tiada cara lain yang boleh menggantikan cara ini dalam menambah ilmu.
"Saya sedih melihat penuntut kini hanya membaca buku untuk lulus periksa malah ada juga yang menggunakan isi buku untuk diplagiat bagi menyiapkan tugasan mereka dan bukannya untuk menambah ilmu pengetahuan,” kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya itu ketika merasmikan Arkib Digital Universiti Malaya


DARI JINGGO

Itu cerita betul
Tapi tidak betul untuk saya sendiri
Saya yakin dan percaya
Kualiti keinsanan saya bermula dengan membaca
CARI DAN MENCARI
RUANG DAN PELUANG
Sebuah buku baru pada setiap minggu
Duduk dan lepak berjam2 di perpustakaan
Menulis mengenai buku
Bercerita mengenai buku
berFB mengenai buku.
BERKERJAYA MENGENAI BUKU.

Tiada ulasan:

Eco Kid Adventure on Facebook