Khamis, 5 Januari 2012

DI HUJUNG SAMA KITA SAMA....

FAKTA 1

Ada pasangan berbelanja RM5,000 ke 10,000 untuk hantaran sahaja. Majlis kenduri jika berlangsung di hotel, kosnya kepada berapa jemputan dan jenis makanan yang dihidangkan dan tidak kurang daripada RM50,000.

FAKTA 2

Jika tamat belajar mereka berumur 24 tahun dan dengan gaji RM3,000 ke 4,000 sebulan, dengan membayar PTPTN, pinjaman kereta dan perbelanjaan harian, mereka mungkin dapat menabung RM1,000 sebulan. Jika perbelanjaan perkahwinan (hantaran sahaja RM15,000) mereka perlu menabung 15 bulan. Jika anggaran perbelanjaan perkahwinan itu RM50,000 maka mereka hanya boleh berkahwin selepas 50 bulan bekerja (iaitu empat tahun) dan tentulah usia perkahwinan menjadi 28 tahun.Alangkah baiknya simpanan RM50,000 itu dijadikan wang muka membeli rumah dan pasangan boleh terus tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin.

CERITA YANG TAK DAPAT DIELAK LAGI
bila perkahwinan sudah menjadi macam satu perniagaan
cerita perkahwinan sudah menjadi lambang status

DIHUJUNGNYA SAMA
perkahwinan melibat hidup bersama
hidup bersama melibatkan kos
hidup bersama melibat akan ada anak2
hidup bersama melibat catuan dua nilai yg berbeza
WALAU BAGAIMANA CERITA PERKAHWINAN
DI HUJUNGNYA SAMA.

2 ulasan:

Tirana berkata...

bertambah sedih kalau ada pasangan yang sampai buat personal loan untuk perbelanjaaan perkahwinan.. Lepas kawin macam-macam hutang kena bayar.

Unknown berkata...

dan cerita itu ada juga berlaku dlm keluarga terdekat saya...
sampai hutang sana hutang sini
sampai sekarang pun tak selesai....

Eco Kid Adventure on Facebook