Jumaat, 6 Julai 2012

hitam putih kehidupan.........


Manusia , daripada semua mahluk , dari segi fizikalnya paling tidak lengkap dalam dunia ini. Manusia tidak boleh terbang seperti burung , tetapi boleh dibunuh oleh serangga yang sangat kecil , tidak boleh berlari lebih laju daripada seekor harimau bintang. , tidak boleh berenang seperti seekor buaya , tidak boleh memanjat pokok seperti seekor monyet , tidak mempunyai mata seperti helang , dan tidak pulaklah dia mempunyai kuku dan gigi seekor kucing liar. Dari segi fizikal , manusia tidak berdaya dan tidak berupaya mempertahankan diri.

Tetapi alam ini bertimbang rasa dan murah hati. Hadiah terbesar kepada manusia adalah kemampuan berfikir. Manusia boleh mewujudkan persekitaran sendiri , sedangkan haiwan menyesuaikan diri kepada persekitaran mereka. Yang menyedihkan pula , sangat sedikit individu menggunakan hadiah yg terbesar itu –
kemampuan untuk berfikir .........

Renungkan : Kehidupan ini ibarat kaferia. Kita ambil dulang , pilih makanan kita dan bayar dihujungnya. Kita boleh mendapat apa – apa sahaja yang kita mahu asalkan kita sanggup membayar. Di dalam kafetaris , sekiranya kita menunggu seseorang menhidangkan kita , kita akan menunggu buat selamanya.
Dan itu lah hidup kita. Kita membuat pilihan dan membayar harganya.
Akhirnya semua ditangan kita : Kita berhak memilih hidup bagaimana untuk seterusnya...

Tiada ulasan:

Eco Kid Adventure on Facebook