Sabtu, 17 Julai 2010

kita kongsikan....

Ingin cemerlang, anak tertekan
Ingin cemerlang, anak tertekan
Sebenarnya tidak terlalu mengejutkan apabila laporan
akhbar baru-baru ini menyebut bahawa semakin
ramai kanak-kanak dan remaja dikesan
mengalami penyakit berkaitan mental atau psikiatri.
Melihat daripada keadaan keperluan kepada
kecemerlangan akademik,
persaingan dengan rakan-rakan,
harapan melampau ibu bapa pada pendidikan anak-anak,
menyebabkan golongan muda ini menjadi
mangsa kepada keadaan.
Dalam laporan itu juga menyebut apa yang lebih
membimbangkan ialah salah satu punca kepada
fenomena tersebut ada kaitannya dengan tekanan yang
dihadapi golongan tersebut ketika menghadapi peperiksaan.
statistik Kementerian Kesihatan yang menunjukkan bahawa
sejak lima tahun lalu kira-kira 11.2 peratus penduduk
berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah berkaitan psikiatri.
Data statistik itu juga menunjukkan sebanyak 20.3 peratus
kanak-kanak dan remaja berusia antara lima dan 15 tahun
mengalami masalah yang serupa dan dilaporkan
menteri itu turut bimbang sekiranya statistik itu terus meningkat.
Mengulas topik berkaitan peningkatan
penyakit berkaitan psikiatri
di kalangan kanak-kanak ini, Pakar Psikologi
Kanak-Kanak dan Kaunseling,
Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling,
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya,
Profesor Madya Dr. Mariani Md. Nor berkata,
perkara itu timbul apabila kanak-kanak terlalu
diberi tekanan mengenai kemajuan mereka dalam
bidang pelajaran sejak dari usia kecil lagi.
Mariani berkata, fitrah kanak-kanak yang dunia
mereka lebih cenderung kepada alam permainan
digantikan secara 'paksa' dengan perkara-perkara
yang mereka tidak gemari dan memerlukan
mereka berfikir secara serius.
''Apabila mereka tidak dapat bermain,
tenaga dalaman yang ada di kalangan
kanak-kanak itu tidak dapat dibebaskan.
Kanak-kanak sebenarnya aktif bermain
untuk melepaskan tenaga tersebut,
sebab itu kita tengok mereka tidak
boleh duduk diam.
''Bila mereka tidak boleh bermain,
mereka akan jadi
stres atau tertekan,'' katanya.
KESANNYA
Pemberontakan dalaman ini akan dilepaskan pada waktu
ketikanya apabila mereka semakin dewasa dengan
melakukan gejala sosial
lain untuk melepaskan tekanan.
Gejala sosial yang dilakukan itu seperti melepak,
malas belajar, merempit dan sebagainya
adalah salah satu alternatif untuk cara mereka
melepaskan tekanan yang dibebankan kepada mereka
dalam kehidupan normal kanak-kanak.
DARI JINGGO
ini berdasarkan pengalaman.
ini adalah kajian
ini adalah satu kemestian untuk kita tahu
MENDAPAT ANAK2 YANG BANYAK A..
merupakan satu lagi lambang keegoaan kita
TERUTAMANYA DARI
kelompok golongan pertengahan
pada kelompok ini.
A nya anak2 merupakan satu lagi status
dalam kelompok sosial.
lambang kepada ' kebagusan ' diri
berdasarkan kepada keperluan semasa
TIDAK UNTUK KELOMPOK ' DIATASNYA '
( didasarkan dari status sosial
ekonomi.pendidikan dan persekitaran )
dari pergaulan dan sembang2.
A bukan jaminan untuk mempastikan
keseluruhan hidup ini mampu disempurnakan.
DAN SETERUSNYA DARI JINGGO
berdasarkan kepada keperluan kerjaya
saya meletakan diri saya didalam
beberapa kelompok berdasarkan keinginan
untuk tahu dan melihat sejauh mana
keperluan A diatas segalanya.
CUKUP UNTUK DISIMPULKAN
semuga perkongsian ini
menjadi satu lagi titik tolak
kepada keinginan kita sebagai
makayah untuk sama2 melihat anak
mampu untuk mempastikan
hari ini lebih baik dari semalam.

7 ulasan:

Brahim Nyior berkata...

Salam Bro Jinggo,

Adakalanya orientasi peperiksaan ni jadi bahan eksperimen KPM.. Akhirnya yang merana tentulah pelajar. Yang makan hati adalah guru.. Terkejar2 silibus... Akibatnya, kebencian pelajar untuk ke sekolah semakin membuak2..

ONE ZABA berkata...

ada satu lagi spesis...

mesti nak dapat no 1 ( walau pun tak da A)

Cikgu Yang berkata...

Salam!!! Baik sekali maklumatnya.. diharapkan ramai yang menatapnya untuk kebaikan semua. Thanks.

Cikgu Yang berkata...

inggo ~ Salam, Terima kasih Ucapannya... kebetulan pada saya, kalau orang lain berada di sekolah itu pun mungkin mereka juga menerimanya. Takdirnya untuk saya, Syukur Alhamdulillah.

Unknown berkata...

yong brahim
apa2 pun tentu sahaja apa yg dirancang untuk menampahbaikkan dalam sistem sedia ada....

Unknown berkata...

cgu one
sebagai bapa
anak nak ambil UPSR ni
mesti 5 A....

Unknown berkata...

cgu cik yang
kalau didasarkan pada pengalaman bersama sekolah cgu dulu.....
budak2 tu supper hebat
cuma kita kena masukkan input2 lain...
softskill diantaranya.

Eco Kid Adventure on Facebook