Rabu, 21 Julai 2010

suatu ketika

KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah
KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang
untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka
semua dan meminta maaf apabila anda berfikir
untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan
bukan sepasang malaikat.
SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak
melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar
berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia
mendampingi kita semasa menderita
KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa
untuk bangkit secara bertanggung jawab
apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,
tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.
KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah
orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,
kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang
tidak mahu bekerjasama dengan orang tua,
yang ada adalah anak yang merasa tidak
didengar oleh orang tuanya.
KETIKA INGIN
AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

4 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

herm...info yang menarik...TQ

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Terima kasih kerana sudi berkongsi.. :)

Shahir berkata...

tuan..minta izin copy artikel.boleh ya?

Tanpa Nama berkata...

salam Cikgu,

Satu nasihat yang baik dan sangat bergunakan kepada semua peringkat kehidupan kita.

Eco Kid Adventure on Facebook