Khamis, 29 Julai 2010

untuk diri sendiri - seorang lelaki


Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Kepada wanitalah lelaki memanggil
ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus,
tak mungkin mampu untuk meluruskan mereka.
Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan
bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah,
kerana mereka dicipta begitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA
DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA
DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.
Yang sementara itu tidak akan
menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah,
zat yang kekal.
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA,
TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SERAPUH KACA,
KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA,
HIASILAH DENGAN AKHLAK.
Suburkanlah, kerana dari situlah nanti mereka
akan nampak nilai dan keadilan Tuhan.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa
kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan.
Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang
mengandungkan lelaki-lelaki negarawan,
karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain.
Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak,
mereka bukan saja tidak boleh diluruskan,
bahkan mereka pula yang
akan membengkokkannya.
LEBIH RAMAI LELAKI YANG
DIROSAKKAN
OLEH PEREMPUAN
DARIPADA PEREMPUAN YANG
DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SEBODOH-BODOHNYA
PEREMPUAN PUN DAPAT
MENUNDUKKAN SEPANDAI-
PANDAINYA LELAKI.
Itulah akibatnya apabila wanita
tidak kenal tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri
mereka sendiri,
apalagi mengenal lelaki.
Bila wanita derhaka,
dunia lelaki akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah,
rusaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan
ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya.
Jinakkan diri dengan Allah,
nescaya akan jinaklah segala-galanya
di bawah kepimpinan kita.
JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI
SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA,
KALAU PERIBADI BELUM LAGI
SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...

7 ulasan:

CITY® berkata...

salam,

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan oleh lelaki,

saya masih mencari lelaki yang ada niat dan usaha utk meluruskan tulang rusuk yg bengkok...

semoga cikgu sentiasa dibawah rahmat allah swt selalu. amin

Tanpa Nama berkata...

Sebagai manusia sama ada lelaki atau perempuan semuanya ada kekurangan dan kelebihan dan mereka memerlukan antara satu sama lain untuk meluruskan yang bengkok supaya tercipta bayang yang lurus.

Unknown berkata...

blue..
saya suka N3 mengenai kisah lelaki ni...
terima kasih kerana msih ada ruang nak mencari...

ada yang mencari kut..

Unknown berkata...

kak hanim
saya percaya kepada komen tu..kita saling lengkap melengkapi....

Ruby berkata...

Salam cgu...

fitrah manusia dijadikan berpasangan... memang memerlukan antara satu sama lain...

kehidupan dipandu dua nakhoda.. akal dan nafsu...

akal yang disuburi dengan ilmu pasti dapat membimbing nafsu yang tiada batasan...

semoga kehidupan kita ditemani dan dikelilingi insan yang boleh membantu kita dalam perjalanan singkat ini...

yang pasti.. kita jaga hak Allah, Allah akan menjaga hak kita sebagai hambaNya..

sekadar satu pandangan..

azlanlin berkata...

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya.

Dalam proses memimpin tangan yang dipimpin, proses KOMUNIKASI memainkan peranan PENTING.

hentian berkata...

salam taaruf. lelaki n wanita saling memerlukan. bak lampu dengan jalan. tiada lampu, gelaplah perjalanan...

Eco Kid Adventure on Facebook