Khamis, 28 Oktober 2010

jangan ada benci...

Harun guru pendidikan luar - menganjurkan satu permainan
yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.
Setiap murid diminta membawa beg plastik yang
berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling
mereka benci ke kelas pada esok hari.
Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung
kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa
beg plastik berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji
dan paling banyak lapan biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang
paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu.
Jangan lupa bawa ke mana sahaja
kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya.
Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya"
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang
masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula
berbintik-bintik
dan akhirnya menjadi busuk .
Kanak-kanak itu mula merungut dan marah.
Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana
selain beg berat, badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid sudah bersorak.
Permainan sudah tamat.
Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa
pisang dalam
beg ke sana ke mari
selama seminggu?"
Semuanya serentak mengatakan
mereka benci permainan itu.
Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir.
Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi,
bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan
perasaan benci pada orang lain dalam hati.
Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati
dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi.
Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan
bau pisang busuk hanya untuk seminggu,
cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu
simpan kebencian sepanjang hidup kamu"
cgu haun mengingatkan anak muridnya supaya
membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik.
Menyayangi lebih baik
darpada membenci. !

7 ulasan:

faizal yusup berkata...

good analogi cgu... saya suka..

ZaridaIshak berkata...

benci itu membuatkan hati kita sakit dan hilang nikmat hidup...

Unknown berkata...

enfaizal
terima kasih kerana pandangan

Unknown berkata...

yong yang baik...

semuga ada penambahbaikkan dengan cerita tu

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

benci..... silap hari bulan jatuh cinta....

Tanpa Nama berkata...

Salam Cikgu Jinggo,

Memang benci sesuatu yang tak baik di simpan dihati. Hati akan rasa sakit tak menentu.

Lebih baik maafkan jika terluka dan cuba belajar menerima seseorang dengan hati yang positif.

ZOOL@TOD berkata...

Menarik, cerita berbeza, makna yang sama.

Eco Kid Adventure on Facebook