Rabu, 25 Mei 2011

GEMUK....


KUALA LUMPUR 16 Mei - Malaysia merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk obes atau gemuk di Asia Tenggara, menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun lalu.Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kajian yang dijalankan itu mendapati, sebanyak 16.3 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti.Di peringkat Asia, Malaysia berada di kedudukan keenam di belakang Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait dan Jordan, yang merupakan negara-negara Asia Barat."Arab Saudi berada di tempat pertama dengan 35.6 peratus diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (33.7 peratus), Bahrain (28.9 peratus), Kuwait (28.8 peratus) dan Jordan (19.5 peratus).

"Hanya Malaysia negara dari Asia Tenggara yang berada di tempat keenam bagi seluruh Asia," katanya ketika dihubungi, di sini baru-baru ini.Sementara itu, WHO turut menyenaraikan 10 'negara paling gemuk' di dunia.Negara-negara tersebut ialah Samoa iaitu 93.5 peratus daripada rakyatnya obes diikuti Kiribati (81.5 peratus), Amerika Syarikat (66.7 peratus), Jerman (66.5 peratus) dan Mesir (66 peratus).Lima lagi negara ialah Bosnia-Herzegovina (62.9 peratus), New Zealand (62.7 peratus), Israel (61.9 peratus), Croatia (61.4 peratus) dan United Kingdom (61 peratus).

DARI JINGGO

JANGKAAN bahawa 25 peratus pelajar akan mengalami obesiti menjelang 2020, bukan sesuatu yang mustahil sekiranya gaya hidup kebanyakan masyarakat masih tidak berubah. Kajian yang dijalankan pada 2007 menunjukkan 12 peratus daripada kira-kira lima juta atau hampir 600,000 pelajar menjadi obes disebabkan kegagalan ibu bapa membentuk kehidupan lebih sihat serta mengamalkan pemakanan seimbang.

Realitinya, Malaysia telah pun mencipta nama sebagai `negara obes.’ Ini berdasarkan kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang mendapati bahawa Malaysia merupakan negara paling ramai penduduk obes di Asia Tenggara.

SAYA ADA ANAK YANG GEMUK.

Tiada ulasan:

Eco Kid Adventure on Facebook