Isnin, 30 Mei 2011

jom hisap rokok

PUTRAJAYA: Jumlah perokok wanita di negara ini semakin meningkat kepada tahap yang membimbangkan, terutama di kalangan remaja perempuan berusia antara 13 tahun hingga 15 tahun. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Tinjauan Tembakau Belia Global (Global Youth Tabacco Survey), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2009 menunjukkan peningkatan peratusan perokok remaja perempuan iaitu 12.4 peratus berbanding 11.5 peratus dalam kajian pada 2003.
Katanya, jumlah perokok wanita secara keseluruhan juga menunjukkan peningkatan iaitu 5.3 peratus dalam kajian 2009 berbanding 4.2 peratus pada 2003. “Ini berbeza dengan peratusan perokok remaja lelaki yang menunjukkan penurunan iaitu 46.7 peratus dalam kajian 2009 berbanding 54.5 peratus pada 2003 manakala peratusan perokok lelaki secara keseluruhannya juga susut daripada 36.3 peratus pada 2003 kepada 30.9 peratus tahun 2009.
“Bagaimanapun, secara keseluruhan, jumlah perokok di kalangan remaja adalah berkurangan iaitu 30 peratus pada 2009 berbanding 33.1 peratus pada 2003,” katanya.

DARI JINGGO
Persoalan kenapa
Dimana mulanya.
Tentunya bermula dari persekitaran
RUMAH
KAWAN
PENGARUH SEMASA
Berdasarkan pembacaan mengenai sikap
Menyatakan 70 % pembentukan kelakuan kita
Bersumberkan persekitaran

2 ulasan:

Unknown berkata...

remaja la ni nak tunjuk sangat perangai depa.... atau pun ibu bapa yang tiada masa menjenguk perangai anak2.... ishhh takut jugak ya... anak2 saya nanti bagaimana ya....mintak simpang ...

Unknown berkata...

tunjuk macho ja... tp penyakit yg dapat

Eco Kid Adventure on Facebook