Selasa, 28 September 2010

ini kunci pada hubungan kita....

MEMILIH pasangan hidup yang
benar-benar serasi dan sesuai
merupakan keputusan penting bagi individu yang
memutuskan untuk hidup berumahtangga.
Kebanyakan individu cenderung memilih
paras rupa, status dan ada pula yang melihat
ketebalan poket bakal pasangan.
Namun, adakah semua itu menjamin
kebahagiaan yang berkekalan?

Sememangnya jodoh dan ajal itu di tangan Tuhan,
namun kita juga perlu berusaha mencari
pasangan yang sesuai.
Perkara yang perlu diambil kira dalam mencari
pasangan ialah mencari keserasian antara dua jiwa.
Tetapi bagaimanakah caranya untuk mengetahui
sama ada pasangan itu serasi atau tidak?
Menurut Pensyarah Jabatan Psikologi dan
Pembangunan Manusia,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail,
keserasian ditentukan berdasarkan personaliti seseorang
.
Berikut tip panduan
mencari pasangan serasi:

Komunikasi
Komunikasi yang berkesan amat penting dalam perhubungan
kepada pasangan bercinta mahupun
yang sudah berumahtangga.
Inilah faktor utama yang memupuk keserasian.

Saling percaya
Kepercayaan antara kedua-dua pasangan salah
satu faktor menyuburkan keserasian antara
dua hati yang sedang bercinta.
KESERASIAN berubah seiring
dengan peningkatan usia.
Jangan terlalu berahsia kerana ia tidak bagus dan
ia akan memburukkan lagi keadaan
akibat pasangan menaruh syak wasangka.
Sifat terbuka
Berterus-terang dan berfikiran terbuka merupakan
sesuatu yang dicari-cari dalam setiap pasangan.
Ini salah satu perkara membuktikan keikhlasan dan
kejujuran dalam sesuatu perhubungan.
Anggap sebagai kawan
Melayan pasangan sebagai kawan merupakan salah
satu pendekatan yang baik bagi merapatkan
lagi sesuatu hubungan.
Apabila kita menganggap pasangan sebagai kawan,
kita tidak akan segan atau malu bercerita tentang masalah
yang dihadapi kerana tiada jurang di antara anda berdua
.
Persamaan
Persamaan sesama pasangan juga menyumbang
kepada keserasian.
Persamaan dalam aktiviti yang dilakukan membuatkan
anda berdua sering meluangkan masa bersama dan
secara tidak langsung ia akan mengeratkan
hubungan serta menyuburkan rasa cinta.
Saling melengkapi dan memerlukan
Anda pernah merasakan hidup tidak
lengkap jika tidak berjumpa
atau mendengar suaranya?
DARI JINGGO
T
trust
R
respect
A
admire
C
caring

ini merupakan satu lagi pandangan
yang boleh kita jadikan sandaran
T.R.A.C

kesemuanya ada kaitan antaran satunya
mana2 ketidaksempurnaan boleh menjadi
hubungan sosial kita hampar.

Tiada ulasan:

Eco Kid Adventure on Facebook