Ahad, 5 September 2010

sapa menang....

suka nak kongsikan
SATU BACAAN YANG MENARIK
MENGENAI KITA
kisah matahari dan angin
masing2 sering bertelagah yang kononnya
mereka lebih hebat diantaranya mempengaruhi
manusia dan ciptaan Allah di bumi.
DISEBABKAN PERTELINGKAHAN TERSEBUT
mereka mendatangi bulan
untuk dirujuk pandangan.
maka bulan mencadangkan.
MEREKA PERLU BERTARUNG
siapa yang dapat mempengaruhi musafir di bawah
sana membuka pakaiannya , dikirakan menang.
PERTANDINGAN BERMULA.
undian dijalankan dan giliran angin dahulu.
dikala itu musafir sedang berteduh dekat sebuah tasik
semasa angin bertiup musafir itu mengilang tangannya
angin bertiup lebih kencang.
musafir semakin merapatkan pakaiannya.
akhirnya angin meniupkan badai
musafir semakin membongkok dan menarik selimut
dan berlindung rapat2 di sebalik pakaian dan selimutnya.
ANGIN GAGAL MEMPENGARUHI
MUSAFIR TERSEBUT.
giliran matahari.
matahari dengan perlahan meningkatkan kekuatan sinarnya
musafir mula mengipas dirinya.
semakin panas sinar matahari
musafir semakin tidak selesa.
DIA MULA MEMBUKA BAJU
kita kongsikan begini
DARI JINGGO
mempengaruhi manusia lain tentunya
sahaja ada kemahiranya.
sebagai pendidikan tentunya tidak mudah
untuk kita mempengaruhi persekitaran kita
sebab amat diyakini.
perubahan bukan fitrah manusia
dia akan berubah kalau dia suka berubah
pendidik harus jadi ' medium ' yang disukai
dan boleh mempengaruhi.
kekerasanya mungkin tidak praktikal dalam
beberapa hal berdasarkan perkembangan persekitaran.
IBARAT MENGELUARKAN AIR YANG
MASUK KE DALAM TELINGA.
air tidak mungkin akan keluar dengan cara
memiringkan kepala.
caranya adalah
MASUKKAN AIR DALAM KEPALA
DAN KELUARKAN.
begitulah hal dalam skop mempengaruhi orang lain.

3 ulasan:

Rashid berkata...

salam
betul tu jingga. Pendidik kena ada cara dan gaya. Tenang..

Satu cara ialah dengan dekati orang itu. Tanya pandangannya .. biar dia rasa dihargai..

Fakeh berkata...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

roha berkata...

Salam.
Andai jarak tak kuasa berjabat,
setidaknya kata masih dapat terungkap.

Jika hati sebening air,
jangan biarkan keruh.

Jika hati seputih awan,
jangan biarkan mendung.

Jika hati seindah bulan,
hiasi ia dengan iman.

Indahnya Ramadhan

lebih terasa dengan hadirnya hari kemenangan,

indahnya hati,

kian terasa dengan saling memaafkan.

Taqaballah hu minna wa minkum.

Syiamana wa syiamakum

Minal Aidzin wal Faizin

Eco Kid Adventure on Facebook