Ahad, 14 November 2010

jom minum kopi

Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya
di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul
untuk melawat pensyarah universiti yang
pernah mengajar mereka.
Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama
mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat
menemui pensyarah universiti yang selama
ini telah banyak membantu mereka
ketika menuntut ilmu di universiti yang
menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.
Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan
tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam
kehidupan seharian yang disuarakan
oleh beberapa bekas pelajar ini.
Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau
ke dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.
Beliau kemudiannya keluar dengan membawa
satu bekas besar yang berisi
air kopi dan beberapa jenis cawan.
Ada cawan itu diperbuat daripada
porselin, plastik, kaca dan kristal.
Ada yang kelihatan ringkas sahaja, ada yang kelihatan murah,
ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.
Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya
agar melayan-diri.
Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan air kopi itu
dan menuangkan sendiri air kopi ke dalam cawan yang
berbagai-bagai bentuk dan buatannya itu.
Setelah semuanya mengambil
secawan kopi, pensyarah itu berkata:
Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang
kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil,
tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah
tiada sesiapa yang mahu mengambilnya.
Biasalah tu, memang semua nakkan yang
terbaik untuk diri sendiri kan…”
Beliau kemudian menyambung.
“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda.
Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa
tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.
“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan
apa-apa nilai kepada air kopi yang anda minum.
Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu
hanya membuatkan kopi yang diminum
itu lebih mahal harganya.
Dan di dalam situasi yang lain,
cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”
“Apa yang anda semua betul-betul
mahukan adalah air kopi itu,
bukan cawannya.
Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya,
dan kemudian anda memandang dan menjeling
ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat
siapakah yang memiliki cawan yang
paling cantik atau paling bagus.”
“Sekarang, cuba anda fikirkan:
KEHIDUPAN adalah air kopi.
Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan
di dalam masyarakat adalah cawan.
KEHIDUPAN!”
“Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna
atau mengubah nilai
KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini.
Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan
kepada rupabentuk
CAWAN, kita gagal untuk menikmati AIR KOPI itu.
Jadi, nikmatilah AIR KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

5 ulasan:

IMANSHAH berkata...

mai secawan..haha pekena kopi jantan bro.

apapun, itulah lumrah hidup, yang cantik, elok dan nampak ekslusif itu yang direbutkan

Hazlin Nazri berkata...

sedapnya kopi kawww!

mknace unlimited berkata...

:):):)

Unknown berkata...

iman
jom kita mengete..
secawan kopi....

Unknown berkata...

cgu hazlin
jom..dimana...secawan kopi

Eco Kid Adventure on Facebook