Isnin, 15 November 2010

lihat dari sudut lain....

semua kita berbeza.
BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim)
mendapati perkahwinan dalam tempoh
10 tahun pertama amat terdedah kepada
keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim,
Othman Mustapha berkata,
kajian Jakim pada 2008 itu mendapati, pada tempoh
berkenaan perkahwinan menghadapi cabaran
hebat seperti rumah tangga mudah
goyah sehingga berlakunya perceraian.
Dalam pada itu, katanya, dalam kajian pada
2007 pula mendapati
32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh
lima tahun pertama mengalami perceraian.
Selain itu, katanya, 27.7 peratus perceraian berlaku untuk
tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan.
"Kajian juga menunjukkan 44.9 peratus perceraian
berpunca daripada pasangan gagal menjalankan
tanggungjawab masing-masing selain
masalah akhlak, kewangan, seksual dan
campur tangan orang ketiga," katanya.
DARI JINGGO
kita lihat dari sudut begini
bersosial dan berpasangan dan seterusnya
BERKAHWIN
bukan lagi sekadar memenuhi fitrah
keperluan kemanusian.
perkahwinan bukan lagi sekadar memenuhi
keperluan biologi sahaja.
ADA CERITA LAIN MUNGKIN
YANG KITA TINGGALKAN
persoalan
karektor
nilai
kepercayaan
YANG MEMBENTUK
seluruh perlaksanaan tindakan kita.
ini mungkin persoalan yang kita abaikan
DIMANA MULANYA
mulanya dari dimana kita dibesarkan
siapa yang membesarkan
taraf sosial dimana kita dimulakan
cerita apa yang membentuk kita
SEMUANYA AKAN MEMBENTUK
NILAI
KEPERCAYAAN
UNTUK ITU SAYA YAKIN
penyelesaiannya adalah
NIAT.

2 ulasan:

Mak Su berkata...

alam perkahwinan sgt luas, bukan hanya tersekat di bahagian biologi saja, ia pergi jauh jauh hingga ke peringkat a/bangsa, cuma berasal dari penyatuan 2 jiwa

Shahir berkata...

betul tu encik jinggo.

setiap perbuatan itu bermula dari niat.niatlah yang membawa halatuju kita,ke mana kita akan bergerak.

jalan bahagia atau sengsara? niat adalah pemandu kita.

Eco Kid Adventure on Facebook