Ahad, 26 Disember 2010

dimana hujungnya...

Apakah kita sudah lupa pesanan agung Rasullullah SAW
seperti mana yang diriwayatkan oleh Al Imam Ahmad
dari Anas Ibnu Malik r.a,
bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda
yang bermaksud
“Tidak akan lurus keimanan seorang hamba
sehingga lurus pula hatinya,
dan tidak lurus hatinya, hingga lurus pula lidahnya.
Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga,
selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.”
Al Marhum Said Hawwa pernah
menyatakan besarnya
bahaya lidah hingga tiada
siapa yang mampu selamat
darinya kecuali dengan diam.
Bertepatan dengan apa yang disebutkan di dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Al Imam Al Bukhari dari
Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW
bersabda yang bermaksud,
“Barang siapa beriman dengan Allah dan hari qiamat,
maka berkatalah yang baik atau pun berdiam saja.”
Bahaya fitnah
Al-Quran yang diturunkan Allah SWT sebagai manual
yang memandu hidup manusia telah
mencatatkan bahawa di dalam
surah Al-Hujurat ayat 12,
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Dan janganlah kamu mengumpat
setengah yang yang lain.
Adakah seorang kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati,
tentulah kamu sekalian benci memakannya.”
Ibnu Abi Dunya meriwayatkan dari Al-Barra beliau berkata
bahawa Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami
hingga terdengar oleh kaum wanita di rumah-rumah mereka.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud,
“Wahai orang-orang yang beriman dengan
lidahnya tetapi tidak beriman dengan hatinya,
janganlah kalian mengumpat orang-orang muslim
dan mencari keaibannya. Sesungguhnya orang yang
mencari-cari keaiban saudaranya, maka Allah akan
mencari-cari keaibannya. Dan siapa yang
keaibannya di cari-cari Allah, maka pasti
Allah akan membongkarnya di tengah rumahnya.”
Tentang keburukan orang lain.
Seringkali kita mendengar pihak-pihak
beralasan dengan menyatakan
“Saya tidak mengumpat
atau memfitnahnya,
saya berkata yang benar!
Saya punya bukti itu dan ini!.
Pernyataan yang seolah-olah ingin
menghalalkan perbuatan mereka.
Al Marhum Sa‘id Hawa menyebutkan
bahawa Al-Hassan berkata yang bermaksud,
“Mengatakan tentang hal orang lain
itu terbahagi kepada tiga :
ghibah
iaitu kamu menyatakan apa
yang ada pada dirinya
buhtan
iaitu kamu menyatakan
apa yang tiada pada dirinya
ifkun
iaitu kamu menyatakan apa yang
kamu dengar tentang dirinya.”
DARI JINGGO
hari ini secara sedar @ tidak
kita berhadapan dengan satu budaya yang
semakin memualkan
dihidangkan dimedia kita.
demi menyempurnakan
politik menang - kalah
kita berhadapan dengan
cerita demi cerita
AIB DEMI AIB
untuk itu
sekadar untuk diajar berfikir
dimana hujungnya.

1 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

ada mata lihat - ada telinga dengar - ada mulut diam ! bercakap benar pada yang sebenar2nya @ yang dilihat sendiri...

Eco Kid Adventure on Facebook