Jumaat, 3 Disember 2010

kecewa..............

Pernahkah anda merasa kecewa?
Pernahkah anda merasa hampa?
Pasti, selagi kita bernama manusia,
selagi sampan kehidupan ini kita dayung di lautan
kehidupan di dunia yang penuh dengan dengan
ombak dugaan dan taufan ujian,
semestinya rasa yang menyakitkan itu
pernah hinggap di dalam hati kita,
Mengapa harus ada rasa kecewa?
Mengapa perlu ada airmata duka?
Dan bagaimana pula kecewa itu boleh lahir?
Bukan kah indah hidup ini seandainya tiada derita?
Pertanyaan-pertanyaan sedemikian
selalu benar mengetuk pintu benak kita,
di saat kita dilanda rasa kecewa.
Benar, bukan?
Dan memang benar juga,
bahawa tidak ada kecewa
yang menggembirakan atau diundang.
Kecewa berasal kegagalan
kemahuan ditunaikan.
Dengan adanya tuntutan, kemahuan ataupun kehendak
diri dan hati yang tidak dipenuhi ataupun tidak
dipenuhidengan sempurna.
Tuntutan, kemahuan ataupun kehendak
dalam diri manusia
adalah tidak ada batasnya.
Adakalanya, kita meletakkan harapan kita
pada sesuatu ataupun pada
sesama manusia, yang mana kemudiannya
kita dihempap rasa hampa kerana
harapan kita itu tidak terlaksana.
Maka dengan itu, sebaik-baik tempat untuk kita gantungkan
sejuta harapan adalah kepada Allah s. w. t. Kerana
Dia tidak pernah menghampakan kita hambaNya
yang lemah tak bermaya. Sekalipun apa yang
diberinya tidak seiring dengan apa yang kita idamkan,
namun, bagi mereka yang telah tanamkan pohon taqwa
dan harapan kepada Allah s. w. t., akan menyedari
dan memahami bahawasanya, Allah itu, Maha Mengetahui....
tidak akan diberikan sesuatu, melainkan hanya untuk
kebaikan kita, hambaNya yang hina...

1 ulasan:

Asyraf Alpandi berkata...

sesungguhnya dengan mengingati Allah..jiwa akan menjadi tenang..~

Eco Kid Adventure on Facebook