Khamis, 23 Disember 2010

kita macamana

KADANGKALA, berbicara dengan rakan sendiri pun
boleh menimbulkan pergaduhan.
Ini mungkin terjadi disebabkan penggunaan
perkataan yang kurang sesuai,
sekali gus membuatkan rakan berkecil hati.
Hubungan persahabatan yang telah lama terjalin juga
menjadi salah satu faktor mengapa kita
kurang peka dengan perasaan rakan.
Komunikasi sangat penting
dalam kehidupan
manusia kerana ia merupakan
proses penyampaian
atau pemindahan mesej dari
seorang kepada yang lain.
Komunikasi boleh terdiri daripada pelbagai
bentuk sama ada secara lisan atau sebaliknya.
Sebagai contoh, bahasa badan,
bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata,
penulisan dan sebagainya.
Berikut ialah beberapa maklumat yang boleh
dijadikan panduan berguna untuk meningkatkan
kemahiran berkomunikasi antara
ahli keluarga dan rakan-rakan.
Tunjuk minat ketika berbual
Setiap kali berkomunikasi dengan rakan atau orang lain,
lihat ke dalam mata mereka dan
tunjukkan minat yang mendalam.
Ingat, jadikan suasana komunikasi dalam
keadaan santai agar mereka bebas
mengeluarkan pendapat dan pandangan.
Jangan menunjukkan perasaan jemu jika
rakan kerap bertanya atau berbicara
mengenai perkara yang sama.
Sentiasa beri tumpuan
Sabar dan luangkan masa untuk
berkomunikasi antara satu sama lain.
Jika rakan menceritakan sesuatu perkara,
jangan mencelah dengan cerita anda.
Biarkan dia menghabiskan ceritanya dahulu,
kemudian barulah anda pula memulakan cerita.
Melalui tumpuan yang anda berikan,
ia membuatkan rakan merasa dihargai.
Berhenti bercakap
Anda tidak dapat mendengar apa yang
dibicarakan oleh rakan sekiranya
anda juga ingin bercakap.
Malah, komunikasi yang terjadi antara
kedua-dua belah pihak juga akan
menjadi hambar dan dingin.
Ini menimbulkan rasa kurang senang
kepada salah satu pihak.
Tidak mustahil mereka akan mencari
rakan lain untuk mewujudkan
komunikasi yang lebih berkesan.
WALAUPUN anda mungkin bosan
dengan apa yang dibualkan,
tunjukkan sedikit minat terhadap
rakan yang asyik bercerita.
Pendengar yang aktif
Pendengar yang baik mampu menyimpulkan
fakta-fakta untuk pemahaman mereka.
Jangan teragak-agak bertanya
semasa perbualan tersebut. Dengan banyak bertanya
anda akan lebih memberi tumpuan kepada
perbincangan tersebut. Selain itu, ia akan menggalakkan
rakan meneruskan perbincangan dan
menunjukkan anda ialah seorang pendengar yang setia.
Menyesuaikan diri
Anda boleh membantu rakan-rakan
untuk berasa selesa dan diterima jika
anda mampu menyesuaikan diri
dengan emosi mereka. Jika rakan menceritakan
perkara sedih, cubalah beri semangat
atau menunjukkan mimik wajah yang sedih
bagi membuatkan mereka berasa lega.
Secara tidak langsung, anda membawa mesej
bahawa anda memahami apa yang
diluahkan dan mengenal pasti masalah dengan jelas.
Sabar dan kawal emosi
Kemarahan boleh menyebabkan berlakunya
salah faham terhadap apa yang sebenarnya
ingin rakan anda luahkan. Anda harus memberi masa
untuk bertindak balas. Ini akan membuatkan anda lebih
tenang dan dapat mengekalkan kesabaran.
Prihatin
Walaupun berada dalam keadaan bosan,
tunjukkan bahawa anda masih berminat dan
prihatin dengan topik yang dibualkan.
Galakkan mereka meneruskan perbualan
dengan cara berdiam sejenak. Tetapi bukan berdiam secara
berterusan kerana ia mungkin
akan menyebabkan komunikasi itu tidak menjadi.
Gembira
Jadikan perbualan positif dengan menyatakan
bahawa anda mahu membantu
menyelesaikan masalah mereka.
Pandangan yang positif akan
membuatkan perbualan itu lebih
produktif serta membina.
DARI JINGGO
sudah menjadi
fitrah manusia
suka dianggap penting
semua berpusat pada diri sendiri
sehinggakan kadang2 kita lupa
kita mahluk sosial.
KADANG2 ADA URUSAN
kita sesama tidak sempurna
disebabkan sentiasa mahu
dianggap penting.
ORANG LAIN PUN PENTING.

1 ulasan:

Mak Su berkata...

sy ada masalah berbicara ngan beberapa jenis kawan, lama kelamaan sy berhenti mencuba, saya just giveup.

p/s: hari ni bukan besday saya, ceritanya sy tak tahan makan gaji dan nak cari duit dgn bisnes, tp takut jika tiba2 jadik tak sihat, itulah yg menghasilkan sajak itu.

boleh saya add fb? rasa2nya ada bnda nak tanya ler.... nanti approve ek, gambar kucing tak sikat rambut tau, bukan nama mak su

Eco Kid Adventure on Facebook