Ahad, 16 Januari 2011

kisah tempayan..

Seorang tukang air di India memiliki dua tempayan besar;
masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan,
yang dibawanya menyilang pada bahunya.
Salah satu dari tempayan itu retak, sedangkan
tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak
itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang
dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu
hanya dapat membawa air setengah penuh.
Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari.
tukang air hanya dapat
membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya.
Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga
akan prestasinya, kerana dapat menunaikan
tugasnya dengan sempurna.
Namun si tempayan retak yang malang itu
malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan
merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan
setengah dari paras yang seharusnya dapat diberikannya.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini,
tempayan retak itu berkata kepada si tukang air,
"Saya sungguh malu pada diri saya sendiri,
dan saya ingin mohon maaf kepadamu."
"Kenapa?" tanya si tukang air.
"Kenapa kamu merasa malu?"
"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini,
membawa setengah paras air dari yang
seharusnya dapat saya
bawa kerana adanya retakan pada
sisi saya telah membuat air
yang saya bawa bocor sepanjang
jalan menuju rumah majikan kita.
Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi,"
kata tempayan itu.
Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak,
dan dalam belas kasihannya, ia berkata,
"Jika kita kembali ke rumah majikan besok,
aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga
indah di sepanjang jalan."
Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak
memperhatikan dan baru menyedari bahawa ada
-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu
membuatnya sedikit terhibur.
Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih
kerana separuh air yang dibawanya telah bocor,
dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada
si tukang air atas kegagalannya.
Si tukang air berkata kepada tempayan itu,
Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga
di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga
di sepanjang jalan di sisi tempayan yang
lain yang tidak retak itu?
Itu kerana aku selalu menyedari akan
cacatmu dan aku memanfaatkannya.
Aku telah menanam benih-benih bunga
di sepanjang jalan di sisimu,
dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air,
kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun
aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk
menghias meja majikan kita.
Tanpa kamu sebagaimana kamu ada,
majikan kita tak akan dapat menghias
rumahnya seindah sekarang."

Pengajaran:

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri.
Kita semua adalah tempayan retak. Tuhan maha bijaksana,
tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu.
Kenalilah kelemahanmu dan Ketahuilah
di dalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita.

5 ulasan:

therosputih berkata...

bagus lah cerita ni, pernah terbaca, tp hari ini, diingatkan lagi sekali...terima kasih jinggo sudi share...

Ruby berkata...

kerana kekurangan itu juga kita berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik...

kerana kekurangan itu juga kita berusaha untuk menjadi orang yang luar biasa... walau pun kita hanya orang biasa...

kerana kekurangan itu juga kita terus belajar dan belajar...

Kunang-Kunang berkata...

Salam Cikgu Jinggo,

Setiap kekurangan ada kelebihannya, apa lagi pada manusia.

ZOOL@TOD berkata...

Subhanallah,

cerita yang sangat memotivasikan saya. Terima kasih di atas perkongsian ini.

PrinZeAlfiE berkata...

thanks for sharing the story =)

Eco Kid Adventure on Facebook