Selasa, 22 Jun 2010

mari mengorat

Di zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang diguna pakai generasi sekarang.
Mungkin orang-orang lama lebih romantis,
mereka menggunakan pembayang,
merujuk kepada bintang,
bulan dan matahari.
“Bibirmu merah bak delima merekah,
hidungmu mancung bak seludang...”
dan andai ayat yang sama digunakan oleh lelaki zaman ini, wanita akan terpegun terperanjat kerana anda terlalu jiwang dan mungkin mereka tidak faham akan perkataan delima dan seludang. “Kau cantik bak bulan purnama,” sudah tidak boleh main di zaman ini.
Ayat Mengurat Berlapik
Lelaki yang menggunakan ayat berlapik ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. Lapikan ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti
“Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”. Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.
Ayat Mengurat Romantis
Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting. “I baru faham erti cantik apabila melihat wajah you”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.Dan di zaman ini,
tidak ramai lelaki yang berani untuk
menjadi romantik ketika mengurat.
Ayat Mengurat Terus Terang
“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. . Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga.
DARI JINGGO
satu buku
SENI BUAL
saya memetik satu bahagian.
atas faktor apa kita disukai.
tentunya kita disukai berasaskan berapa2 faktor
DIRI SENDIRI
melibatkan kecantikan fizikal dan sosial
dimana kepentingan keduanya.tidak dinafikan 70 %
kita dilihat berdasarkan apa yang kita zahirkan.
apa yang kita nampakkan itu satu kepentingan.
seperkara lainnya : kecantikan sosial @ emosi adalah
satu yang punya kekuatan untuk mengikat manusia lain.
ini melibatkan kemahiran yang amat tinggi.
HEMOFILLI
kemahiran menyamaratakan nilai
percayalah sistem membentuk sistem nilai
dan tentunya kita suka dan senang bersama
dengan orang yang sama nilai dengan kita.
untuk itu untuk memikat.
cari titik persamaan.
KEKERAPAN
ini merupakan satu faktor yang menjadi
pelangkap kepada faktor2 diatas.
kekerapan berurusan menjadikan hubungan
sosial semakin mudah.
MARI KITA MENGURAT.

4 ulasan:

makdara terdiva berkata...

nak mengurat pun kena ade style..kdg2 bukan paras rupa yg buatkan berjaya @ tak..tapi cara pembawaan diri yg mengorat tu..
pastu barulah keserasian jadi penentu..
cewah..mcm pandai2 jer kan nak bg komen..haha

- jinggo - berkata...

cik diva
amat setuju
paras rupa bukan lagi jaminan...
apa yg dipentingkan
skill @ kemahiran dalam perhubungan......

2_one berkata...

skill mngorat..boleh amik nih..haha..kalo sy pon,soal paras rupa kemudian..yg sy utamakn keserasian,kefahaman,kerjasama n tolak ansur..titik persamaan itu penting..kalo sy,sy ske yg direct tp xlah drastik sgt..kalo sgt berkias, ia merumitkn keadaan..tp sbg permulaan baik berkias terlbh dahulu...huhu. pengalamannye ngak berapa ad..tp ini skdr pndpt.=)

- jinggo - berkata...

2 one
zaman dah berubah
pendekatan juga kena berubah

semuga boleh dijadikan ilmu...

Eco Kid Adventure on Facebook