Isnin, 20 September 2010

semuanya ada mulanya....

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut.di perah.dan di ambil santannya.
lepas itu hampasnya di buang.
Yang kedua.
kamu menjadi sebutir mutiara.
berada di dasar lautan.tersimpan rapi.di lindungi kulit.
bukan senang nak melihat.apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah.berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya
Jadi.
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan.menjadi penyedap makanan.
di perah segala kenikmatan.
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..
Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam.
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana ia dilapisi kulit yang keras menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..
Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian
tapi hanya sebentar jadi santapan
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi mutiara
sukar di temukan
namun bila di hias indah gadis perawan.
hilanglah ia.

tangisan mengiringi berzaman
DARI JINGGO
kehidupan hari ini - dimana persekitarannya amat2 rapuh.
dimana2 hasil tindakan kita hari ini akan menentukan siapa kita hari esok.
dimana mulanya
KELAPA
MUTIARA
tentunya semua bermula dari apa yang
dizahirkan depan mata sewaktu

' pengisian demi pengisian dimasukkan ' dalam minda.
semua dibutirkan dalam bentuk tindakan.
semua rentaknya bermula disitu.

4 ulasan:

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam...sungguh mendalam maksud kelapa dan mutiara.... rasanya anak2 sekarang banyak kelapa dari mutiara... mintak dijauhkan lah anak2 kita....

Kamsiah yusoff berkata...

salam
kelapa...huhu tingat pepatah kelapa ditebuk tupai...

Rashid berkata...

iya.. satu renungan yang baik sekali. Sesungguhnya dalam kehidupan ini perlu kita buat satu pilihan yang terbaik ..

Brahim Nyior berkata...

Salam lebaran,

Ingat lagi pesan ayah saya dulu,..

"Pelepah kelapa tua gugur, pelepah muda jangan gelak.."

Kami tanya,"pelepah buleh gelak ke, ayah?"

"Itu perumpamaan," katanya.

Sekarang, saya faham maknanya..

Eco Kid Adventure on Facebook