Isnin, 29 November 2010

kita kadang2 tidak dipedulikan..

Luka yang paling menyakitkan
dalam hidup bukanlah kematian,
namun menjadi orang yang diabaikan.
Kehilangan orang yang sangat kita cintai,
yang berubah menjadi seseorang yang tidak peduli
denganmu sama sekali.
Ketika orang yang sangat kau sayangi mengadakan pesta ....
dan tidak mengundangmu sama sekali.
Ketika orang yang paling kau
sayangi di dunia .....
dengan sengaja tidak mengundangmu
menghadiri perayaannya,
sehingga membuat orang
berfikir kamu tidak peduli.
Luka yang paling menyakitkan dalam
hidup bukanlah kematian,
namun menjadi orang yang dilupakan.
Menjadi orang yang dilupakan setelah
kita memberikan yang terbaik.
Menjadi orang yang tidak mempunyai kawan,
walau hanya sekadar untuk saling menyapa.
Ketika kau melihat orang yang ada dilubuk hatimu
yang paling dalam mentertawaimu didepan wajahmu.
Ketika kau memerlukan seseorang untuk
memacu semangatmu,
tapi kau menyedari bahawa hanya seseorang
yang masih peduli denganmu iaitu
kamu sendiri.
Hidup memang penuh penderitaan,
tapi akankah ini membaik???
akankah semua orang saling peduli,
dan menyediakan waktu untuk
mereka yang memerlukan ?
Setiap orang mempunyai peranan untuk
dimainkan di panggung yang besar
yang kita sebut kehidupan.
Setiap orang punya kewajipan terhadap
lingkungan sekitarnya untuk mengatakan
bahawa kita menyayangi mereka.
Kau tidak akan mendapat hukuman jika kau
tidak mempedulikan kawan-kawanmu.
Kau hanya akan diabaikan
dilupakan.
KITA TIDAK DIPERDULIKAN
BERMULA BILA
KITA TIDAK MEMPERDULIKAN

6 ulasan:

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

saya disini sering tidak dipedulikan rakan sekerja... sebab saya seorang perempuan... semua juruteknik disini adalah lelaki..... huhuhuhu

Hazlin Nazri berkata...

tidak diperdulikan lebih baik daripada tidak memperdulikan...

http://hazlinnazri.blogspot.com/

Hana Nasir berkata...

Benar sekali puisi ini. Kehilangan kerana kematian tidak sesakit kehilangan kerana tidak dipedulikan oleh insan tersayang.
Adakalnya kita sentiasa cuba sebaik mungkin untuk kebahagian seseorang, malah kita tidak pernah meminta minta, yang diingini hanyalah.. sedikit ruang waktu untuk bertemu. Dan permintaan yang satu itulah yang tidak dipedulikan..

Unknown berkata...

alimaz
sesekali mari kita masuk ' dalam kasut ' gender yang berbeza....
akan kita terus dipedulikan.

Unknown berkata...

cgu hazlin
terima kasih kerana kita terus berurusan

Unknown berkata...

hana
terima kasih kerana pandangan....

Eco Kid Adventure on Facebook