Rabu, 26 Januari 2011

nak kerja ataupun berhenti

DUNIA pekerjaan memberi pengaruh yang
cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya satu pertiga
daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.
Keadaan ini, jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti
dan motivasi kepada seseorang, tetapi jika sebaliknya akan
memberi impak negatif kepada diri sendiri.
Pakar Psikiatris di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),
Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari menjelaskan,
tekanan sebenar yang dihadapi di tempat kerja
merupakan tindak balas fizikal, emosi dan juga
mental seseorang terhadap sebarang perubahan
atau tuntutan kerja.
'Banyak implikasi negatif berlaku apabila
seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya.
Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, resah,
ketakutan dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.
Dalam laporan yang dikeluarkan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,
tekanan di pejabat dilabel sebagai 'Penyakit' abad ke-20
dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga
melaporkan bahawa tekanan ialah Epidemik Dunia.
Malah WHO juga menjangkakan bahawa tekanan
di tempat kerja merupakan salah satu faktor yang
menyumbang kepada semua lima penyakit utama
di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau,
kemalangan jalan raya, strok dan
penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020.
Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan
(1996) menunjukkan kadar prevalen kemurungan
ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang
tinggi iaitu 2,000 orang setahun dengan purata
7 orang sehari dan 13.7 peratus remaja Malaysia
khususnya pelajar menghadapi masalah
kesihatan berkaitan mental.
DARI JINGGO
satu lagi cerita yang tidak
menarik tapi menarik untuk dikongsikan
TEKAKAN DI TEMPAT KERJA
kenapa tertekan.
dari beban persekitaran
dari beban arahan
dari beban kerja
semua adalah
BEBAN
apa pilihan kita
terus bekerja dan diam
mencari jalan penyelesaian
berhenti kerja
MANA YANG PRAKTIKAL.
mari kita fikirkan.

1 ulasan:

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

tertekan dengan pihak atasan yang kurang kecerdikan....huhuhuhu

Eco Kid Adventure on Facebook