Jumaat, 15 Mei 2009

biarku menjadi lilin lagi.......


Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku
berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatanKeikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri


Hari ini - terima kasih kepada cgu Abdullah Sek Agama Integrasi Kuala Selangor kerana kita berurusan - dan terima kasih kepada yang lain.

dan terima kasih kepada PELATIH KPLI - Inst Perguruan Bahasa kerana lawatan @ menjengok2 pendekatan lain yang mungkin lebih memudahkan kita berurusan dengan pelajar.

DARI JINGGO

sekali lagi kepada guru2 yang pernah berurusan dengan saya + kami ( dan yang tertinggal nama pada N3 lepas ) - semuga kerja dan usaha kita dipermudahkanNya dan seterusnya diberkatiNya.

Selasa, 12 Mei 2009

selamat hari kita......

16.Mei.2009
hari ini baru 12 - kenapa awal sangat nak mengucapkan
SELAMAT HARI GURU.
kerana saya mungkin tak sabar untuk memberi penghargaan kepada semua guru - guru yang terlibat secara terus @ tidak dengan saya + kami.
kerana saya juga dipanggil ' cgu '.
maka saya nak sertai semangat kawan2 yang lain yang menjadi cgu di media biasa
dan tentunya kami menjadi cgu di media lain.
latihan di PLKN
latihan di Kem Pendidikan Luar.
sama sahaja.
KITA MENJADI LILIN
untuk menerangkan kehidupan orang lain.
semuga hari ini dan seterusnya kita dipermudahkan dalam segala urusan.
khas untuk
cgu zaba.cgu azza.cgu yop brahim.cgu sharifah.cgu yong.cgu azlanlin.cgu jane.cgu catzana.cgu su.cgu su putrajaya.cgu june.cgu 2-one.cgu wakuba.cgu sonata.cgu anis.cgu rasyid.cgu asyik.cgu ShahMario.cgu Azzah AR.
dan cgu2 yang mendatangi Kem EcoKids.
KENAPA AWAL SANGAT.
kerana saya teruskan akan menjadi lilin 13 - 17 mei 2009.
semuga kita dipermudahkan walaupun situasi kita berbeza
dihujungnya sama.

hidup kita ditangan kita

cgu faizal : PK HEM Sk Seri Murni.

Sudikah engkau katakan, jalan mana yang harus aku tempuhi dari sini ?
itu bergantung kesepakatan arah mana yang ingin engkau tempuhi
Saya tidak peduli kearah mana
Kalau begitu , tempuh saja jalan yang engkau suka

Seorang pendita tinggal dikawasan pergunungan
Kehebatan pendita ini dia dapat meneka apa
sahaja soalan yang diberikan kepadanya.
Datang seorang pemuda yang mahu menguji kehebatan pendita ini.Pemuda itu membawa seekor burung
lalu bertanya kepada pendita tersebut
samada burung ditangannya hidup ataupun mati.
Pendita tidak menjawab. Pemuda ini mencabar pendita tersebut.
Akhirnya Pendita itu menjawab “
kalau saya kata....
burung itu hidup kamu akan meramas burung itu ( hingga mati ) sekiranya aku menyatakan burung itu mati – kamu akan melepaskan burung tersebut.
Jawapannya : di tangan kamu
kamu yang menentu burung itu hidup @ mati.
moral untuk kita
untuk kita adalah pilihan kita - kita yang menentukan : mungkin kadang2 kita terkeliru.tersasar.kemana harus dijadikan pilihan.hitam @ putih.
UNTUK ITU : MARI KITA BUKA SELUAS RUANG UNTUK MENERIMA HAKIKAT
kita tidak sempurna untuk membuat pilihan.
cari kekuatan dan kelemahan diri untuk kita mulakan cerita yang kita memang tidak sempurna membuat pilihan.semuga hari ini pastinya lebih baik dari semalam

Isnin, 11 Mei 2009

teman orang perak...

Nak tumpang sekaki dikala ramai orang hari ini sibuk bercerita tajuk sama.
RASANYA KETINGGALAN SEBAGAI ANAK PERAK
KALAU TAK TUMPANG SEKAKI.
secara praktikalnya saya bukan duduk dalam mana2 kumpulan.
TAPI SAYA MUNGKIN SEORANG YANG TIDAK PERNAH
BERHENTI UNTUK TAHU KENAPA DAN MENGAPA.
hasilnya biar sahaja saya menulis dari pandangan orang yang tidak berpihak .
tapi apa yang berlaku
amat2 lari dari mana2 buku kepimpinan @ politik
KUASA
ada diantara kita mahukan kuasa untuk berkuasa
ada diantara kita mahukan kuasa untuk bersosial
apa yang berlaku seakan2
KUASA INI UNTUK AKU BERKUASA.
kita menhalalkan semua cara untuk berkuasa.
DAN HARI INI
kembali hak kami ( kembali ) untuk memilih.
SEMUGA PERAK TERUS MAJU DAN HARMONIS DIBAWAH KEPIMPINAN DULI TUANKU DENGAN DIBANTU OLEH SEORANG MENTERI BESAR YANG MELETAKKAN AGAMA SECARA TOTAL : TANPA MEMBELAKANGKAN KEPERLUAN KAUM LAIN.

terlalu mengejar kesempurnaan...

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ........Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL...

Ahad, 10 Mei 2009

KUASA KEPERCAYAAN

seharus kita percaya : pembanggunan manusia seharus selari dengan pembanggunan fizikal

melakar impian berdasarkan apa yang kita fikir dan percaya

Sehabis ceramah malam tadi seorang remaja bertanya soalan begini.
Macamana cgu , mak dan ayah saya selalu kata saya bodoh , anak tak guna , dan mereka selalu bandingkan saya dengan orang lain.
Menurut Glenn Doman dalam buku hebatnya : how to teach your baby to read menyatakan
' setiap anak2 pada detik dilahirkan mempunyai bakat lebih besar daripada Leonardo da Vinci....Tetapi apabila semakin dewasa kepandaian mereka kelihatan hanya sedikit ..
Mungkin benar kata Dr Richard Buckminster " anak2 yang dilahirkan dengan penuh kepintaran , namun ibubapa telah menggunakan enam tahun pertamanya untuk membuang kepintaran mereka..
KEPERCAYAAN - BELIEF :
BE bermadsud sisi , had @ sempadan LIEF bermaksud keadaan kepercayaan.
Kepercayaaan menandakan tanggapan yang diterima sebagai benar
pada mula kepercayaan mungkin terkeluar dengan kata - kata yg spontan seperti
' engkau ni bodoh '.
Perkataan yg sama di ulang akan membentuk KEPERCAYAAN.dan begitulah seterus KEPERCAYAAN itu akan tertanam terus dalam Minda DiBawah Sedar - aku bodoh.aku tak guna.aku seterusnya.
Itu cerita kita setiap apa yang kita cakap akan membentuk kepercayaan.Dalam satu kajian besar menyatakan kita boleh menerima ( membenarkan ) kritikan daripada siapa sahaja kecuali dari mak dan ayah.
sebab apa yang lahir dari mak dan ayah akan membentuk KEPERCAYAAN.
kita fikirkan bersama
KADANG2 JAUH DARI LINGKUNGAN PENGETAHUAN KITA
APA YANG KITA CAKAP SETERUSNYA MEMBENTUK KEPERCAYAAN
YANG TENTU TERUS MEMBIAK2.
kita adalah apa yg kita percaya
kita adalah apa yg kita fikirkan.
PENGALAMAN BERSAMA ' ANAK2 ' YANG DATANG DARI KELOMPOK ( mak ayah ) yang bertahun menanam kepercayaan yang salah pada anak2.
sebagai seorang pendidik apa lagi kuasa yg kita ada untuk ' mengawal ' kesan dari tindakan yg diluar kapasiti kita.

Jumaat, 8 Mei 2009

selamat hari ibu


Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Selamat Hari Ibu
puan tirana.puan aryani.cgu sonata.cgu sharifah.cgu jane.mak su.uji.cgu su.cgu azza.cgu asyik.kak yong.lepidoptera
SEMUGA KITA DIPERMUDAHKAN DALAM SEGALA URUSAN.
Eco Kid Adventure on Facebook