Isnin, 11 Mei 2009

teman orang perak...

Nak tumpang sekaki dikala ramai orang hari ini sibuk bercerita tajuk sama.
RASANYA KETINGGALAN SEBAGAI ANAK PERAK
KALAU TAK TUMPANG SEKAKI.
secara praktikalnya saya bukan duduk dalam mana2 kumpulan.
TAPI SAYA MUNGKIN SEORANG YANG TIDAK PERNAH
BERHENTI UNTUK TAHU KENAPA DAN MENGAPA.
hasilnya biar sahaja saya menulis dari pandangan orang yang tidak berpihak .
tapi apa yang berlaku
amat2 lari dari mana2 buku kepimpinan @ politik
KUASA
ada diantara kita mahukan kuasa untuk berkuasa
ada diantara kita mahukan kuasa untuk bersosial
apa yang berlaku seakan2
KUASA INI UNTUK AKU BERKUASA.
kita menhalalkan semua cara untuk berkuasa.
DAN HARI INI
kembali hak kami ( kembali ) untuk memilih.
SEMUGA PERAK TERUS MAJU DAN HARMONIS DIBAWAH KEPIMPINAN DULI TUANKU DENGAN DIBANTU OLEH SEORANG MENTERI BESAR YANG MELETAKKAN AGAMA SECARA TOTAL : TANPA MEMBELAKANGKAN KEPERLUAN KAUM LAIN.

14 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

Kuasa...kuasa memang penting. Asalkan tidak salah guna kuasa.Kerana adanya kuasa maka bermacam agenda dapat dilaksana. Macam tu kan? Tapi kerana kuasa juga kita boleh musnah....

ONE ZABA berkata...

Moga negeriku Perak sentiasa mendapat rahmatNYa.

Wakuba Today berkata...

semoga kita semua tetap dberkati dan dirahmati allah swt.

arryani berkata...

Jinggo

kalo opah saya ada lagi, ada hati gak nak jenguk Perak ...Tak nak ketinggalan dalam peristiwa yg mencatat sejarah negara ni...

Apa pun, semua org mengharapka Perak terus makmur...

mountdweller berkata...

Salam sdr. Jinggo.

Saya bukan orang Perak tetapi isteri saya orang Perak. Jadi Perak adalah negeri kedua saya. Saya rasa kita belum boleh bergembira selagi Sultan masih belum memperkenankan pembubaran DUN.

Kita hanya boleh bergembira bila DUN dibubar dan kuasa memilih/mandat dikembalikan kepada rakyat Perak.

kakyong berkata...

Apa pun tahniah buat semua pengundi negeri perak...

- jinggo - berkata...

cgu anis

itu yang kita kejar - kuasa.
sebab memang manusia ( berdasarkan karektor ) ada yg dilahir untuk berkuasa...
ketidakmampuan @ kebijaksanaan menafsir kuasa itu sendiri yg memberikan kita...

- jinggo - berkata...

cgu one..

apa lagi selepas ini.
pastinya
kita berkiblat arah yg sama...

- jinggo - berkata...

cgu wakuba

pada apa yg berlaku kita jadikan pengajaran - untuk kira kongsikan pada generasi akan datang.
power !

- jinggo - berkata...

puan aryani.

saya membaca seterusnya apa yg berlaku.
perak tidak akan damai selagi tidak dipulangkan hak ramai.....

bayangkan rayuan BN menang - bertukar lagi MB...
lawan lagi
bertukar lagi...

pening !

- jinggo - berkata...

tuan

saya amat setuju dengan pandangan itu.
selagi hak tidak dipulangkan - macam2 boleh berlaku.
yang seronoknya adalah suratkabor......

mari2...
baca kita orang bergasak lagi.

- jinggo - berkata...

kak yong.

teman mengundi di perak sekali.
di selangor sekali....
.......
sekarang macam nak tukor balik mengundi kat perak gamaknya....

Marzalina berkata...

Semoga negeri perak kembali aman seperti sediakala.

- jinggo - berkata...

intan
segan nak mengaku orang perak dah......
jadi orang penang lagi baik....
tak habis2 !
hari ni dah cerita lain

Eco Kid Adventure on Facebook