Selasa, 3 Ogos 2010

Macam tu lah lelaki.....


KEHARMONIAN perhubungan dua orang
insan bercinta berlandaskan

banyak faktor terutamanya kefahaman yang utuh.
Sikap saling bertolak-ansur menjurus kepada perhubungan yang lebih sihat dan kekal lama.
Dalam hubungan pasangan suami isteri mahupun kekasih adalah penting
mengenali suka duka dan pantang
larang sesama sendiri supaya

keintiman dapat diwujudkan secara spontan.
Jikalau golongan wanita mempunyai pantang tersendiri
seperti lelaki perlu setia atau,

kaum lelaki juga mempunyai topik sensitif sendiri.
Sememangnya lelaki penuh dengan ego tetapi
wanita tidak harus

mempermainkan ego mereka sehingga
menjejaskan hubungan yang indah harmoni.

Belajar memaksimumkan keegoan lelaki dalam cara
positif untuk lebih memenangi hatinya.

KITA KONGSIKAN FAKTA2 INI
Elak menceritakan ada seorang lelaki yang
secara diam meminati anda,

apatah lagi jika lelaki tersebut adalah bekas kekasih anda.
Membenci ibunya. Jikalau ada pun menyimpan perasaan kurang senang jangan
terlalu vokal meluahkannya. Meskipun si dia yang membuka cerita soal keburukan ibunya.
Jangan cuba menokoh tambah sebaliknya bertindak tenang.
jikalau ingin memberi komen utarakan hal-hal
yang positif dan neutral sahaja.
Hal kecurangan yang pernah dilakukan tanpa pengetahuannya.
Ini akan menjejaskan kepercayaannya terhadap anda. Jangan sesekali memanjangkan
cerita kecurangannya terhadap anda.
Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

Semakin usia lelaki bertambah, minat dalam kehidupan
seksual mungkin tidak sehebat seperti
pada awal perkahwinan dan mungkin
Juga ada perubahan.
Jangan cuba membandingkan hal itu
dengan kehebatan pada masa lalu.

Elak menceritakan kecurangan
sahabat anda terhadap suaminya.
Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak sedemikian
kelak dan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan cuba
mengongkong atas sebab keselamatan
hubungan bersama anda.

Jangan membuat lelaki lemah semangat terhadap pekerjaannya.
Jika satu hari dia mengeluh tentang
majikannya yang bermasalah,

maka sokong dan bantunya mencari jalan penyelesaian.
Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut.
Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat.
Lebih baik jangan bagi keputusan
sebaliknya berilah dia pilihan.

Cerai adalah perkataan yang paling harus
dihindari walaupun berlaku

perselisihan faham yang teruk.
Berpisah atau bercerai adalah

perkara yang jarang dimain-mainkan lelaki.

Elak membanding pendapatan apatah
lagi jika gaji anda lebih besar.
Ini akan menyinggung perasaan si suami dan
menjadi punca menimbulkan konflik dalam hubungan yang harmoni.

Pertemuan bersama teman membuatkan anda membuka hati
untuk berkongsi hal-hal persendirian.
Elakkan menceritakan hal itu
secara teliti kepada pasangan anda kerana lelaki
tidak gemar kisah mereka dijaja.
DARI JINGGO

kita memang berbeza dari awalnya
lelaki dan perempuan
mana pernah sama.

LELAKI ADA EGONYA

2 ulasan:

Ruby berkata...

Salam cgu..

fakta tentang lelaki yang menarik... perlu diketahui dan pada masa yang sama kaum adam perlu kenal juga tentang pasangannya...

tq for sharing..

Abd Razak berkata...

Salam..

Apapun harmonikan kembali dunia ini dengan kasih sayang. Dunia semakin ketandusan kasih sayang lantaran nafsu yang menguasai.

Eco Kid Adventure on Facebook