Isnin, 2 Ogos 2010

untuk ana dan adik2...dan yang lain.


Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...
DARI JINGGO
kadang2 proses pemberitahuan
ayah - anak
sukar untuk di verbalkan.
sebab itu kadang2 ujian paling besar
ada membentuk lingkungan terdekat.
BUKAN MUDAH
mungkin melalui begini.
ada keinginan yang boleh disempurnakan.

9 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam sdra..

Ya, katakan juga muslimah memang cantik, secantik bening matanya…

Kedua matanya yang bening selalu terjaga dari hal-hal yang haram untuk dilihatnya..

Secantik hatinya yang slalu tunduk kepada Robbnya. Hati yang penuh dengan rasa kecintaan kepada Rabbnya

CITY® berkata...

salam,


so, saya juga ada sifat malu itu...

Unknown berkata...

enrazak
terima kasih seterusnya.
semuga kita dipermudahkanNya dan seterusnya diberkatiNya

Unknown berkata...

bluecity
termasuk dalam senarai..kena dinasihatkan....ha...ha

Rohani M.U berkata...

Salam.
Muslimah Solehah.

Mohar Yahya berkata...

salam pak jinggo, dah lama cpj tak ziarah sini, apa khabar? nampaknya sungguh ceria. Cpj nak mintak tumpangkan link blog cpj di blog yang ceria ini boleh? Terima kasih pak jinggo.Blog cpj
http://cikgupj.blogspot.com/

Unknown berkata...

cguroha
itu harapan membesarkan anak dara dizaman yg ada macam2...

Unknown berkata...

cgupj
dah link dah
sukanya dapat knal org sehebat cgupj ni...

Tanpa Nama berkata...

semakin manis anak dara tu :)

Eco Kid Adventure on Facebook