Jumaat, 22 Ogos 2008

cerita aku



cerita aku - logo disebelah adalah sebahagian daripada aku.aku tidak pernah tahu dan terfikir penglibatan aku terlalu jauh dalam bidang CAKAP CAKAP sehinggalah aku mula mendaftar ECO KID ADVENTURE pada tahun 1997. mungkin sudah menjadi anugerah kepada orang2 no 4 agaknya.kemahiran berbahasa - aku menguasai kemahiran ini sejak mula aku di beri peluang bekerja di Inst Penyelidikan Perhutanan ( FRIM ). aku semakin yakin dengan potensi yang ada bilamana ramai kawan2 mula meletakkan aku keyakinan yang besar...aku menjadi dan menyimpulkan terus kemahiran / ilmu yang aku ada untuk aku JUAL.Pembukaan EKA EDUCATION CENTRE , ALANG SEDAYU adalah ternyata memberi impak yang besar kepada aku.aku mengirakan ini ada satu tempat yang ideal untuk di jadikan media untuk latihan yang aku jalankan .ternyata dalam tempoh usia perjalanan ini terlalu banyak pengalaman , kepayahan dan seterusnya halangan...aku rasanya kekuatan aku sebenar teruji bila aku di lantik sebagai seorang JURULATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA.aku terus menerus membaca : skill untuk naik ke atas.aku ikut rentak - satu persatu tangga aku naik.dari Kem Air Tawar , ke Kem Bina Semangat seterusnya Kem PDS.yang menjadi aku lebih kuat bila aku bertugas di Kem Millenium Beranang PLKN.pertemuan bersama Mjr Syah, Mjr Chan, Azzah, Syah, Cr - ini team aku.kami menjadikan buku sebagai cerita kami.dari Jurulatih biasa aku seterusnya ke Ketua Jurulatih - dan aku akhirnya berdasarkan matlamat yang aku tulis.3 tahun cukup. akhirnya aku amat yakin ECO KID ADVENTURE semakin kuat. skop latihan aku telah berubah - penglibatan aku dengan banyak konsultant luar menjadikan aku semakin lupa - ada orang penting di belakang yang aku seakan-akan nafikan selama ini....kesimpulan di hujung : hidup kita adalah pilihan kita. bergerak dengan matlamat yang jelas.......jangan lupa akan kekuatan potensi diri...aku 0176634254

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yes... I agree that "hidup kita pilihan kita"...

Eco Kid Adventure on Facebook