Selasa, 12 Ogos 2008

selasa yang kelabu

Kelabu.cuaca panas.langit dah semakin hilang birunya.tapi untuk seterusnya.cerita masih sama - semalam menyerahkan diri untuk membuat beberapa kajian untuk program mendatang - tenggelam dalam buku buku ' alam sekitar ' yang banyak - mencari apa yang patut........

ok. pokok di sebelah adalah sebatang pokok mungkin tidak menjadi apa apa kepada sesiapa yang tak tahu - FICUS - beringin. kata orang di kala bertafakur di bawah pokok jenis ini gautama buddha mendapat ilham agama....kepada orang orang melayu.pokok ini ada penunggu....pada aku.pokok ini menarik - kerana berbuah di batang dan dalam buah ada bunga.

cerita seterusnya. sempat jumpa bekas KJ Fizikal - Kem PLKN KKB.Kj Safri - apa cerita , bergaduh dengan TKL ke.cerita mungkin sama dengan orang lain. cgu azzah.cgu syah - kita mungkin sebahagian jurulatih yang pernah nak melatih atas niat untuk melihat pembanggunan insan- tapi kita habiskan masa , komitmen kita untuk sesuatu yang tidak di hargai..cerita Kj Safri sama...kesimpulan disini. kejayaan di asaskan kepada komitmen + kosisten = keputusan......

seterusnya : Sinar hari ini - tajuk depan.menakutkan.PAS nak keluar PAKATAN.....tanpa mahu menyatakan siapa menang - kalah.yang pasti kita semua sudah hampir lemas . kami sudah hampir lemas dengan percaturan cerita yang kadang kadang amat ' lawak '.....MERDEKA semakin dekat....untuk itu sama sama kita tenung dan renung kembali sikap dan tindakan kita untuk seterusnya.....KITA TIDAK MEWARISI BUMI INI DARI NENEK MOYANG KITA , TAPI KITA HANYA MEMINJAM DARIPADA ANAK CUCU KITA............

Tiada ulasan:

Eco Kid Adventure on Facebook