Isnin, 11 Ogos 2008

cerita semalam

Cerita hari ini. Kita mulakan dengan Jumaat
Menarik. Terima kasih kerana komitmen kalian menjadikan saya sebahagian daripada orang penting dalam perlaksnaan program Pendidikan Alam Sekitar negara. KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR – pelancaran Modul ( baru ) Pendidikan Alam Sekitar untuk guru-guru seluruh Malaysia. aku dapat tajuk : Pengurusan Sisa Pepejal dan Ekologi…..FRIM : 19 – 21 OGOS 2008. Kita semakin tidak ada banyak pilihan : bumi dan alam ini harus di lihat dari sudut yang berbeza.....pendidikan mengenai alam harus di letakkan di atas ( sebaris dengan komitmen lain untuk menguruskan permasalahan sosial ). Pendidikan MENGENAI ALAM , UNTUK ALAM , MENGGUNAKAN ALAM ini harus di jadikan sebahagian daripada agenda besar kita...



Pagi ( sabtu ) : bersama sekumpulan pelajar dari SK Selayang Jaya – aku bersama bersama rakan rakan guru–guru yang terlibat dalam pengajian di UIA… dan seronok dapat jumpa cikgu mahizan (…orang besar NGO) – pengerusi guru–guru pembimbing pelajar daerah gombak. 12 tahun tak jumpa....



PETANG SABTU – AHAD.
Selagi tak siap soalan Eplorace – Alam Sekitar ni , rasanya aku macam sesak nafas…dari Dewan Sivik. Assunta. Taman Jaya- A&W…sampai melecet kaki…terima kasih Ain dan Su kerana bantu cikgu.
Malam : tidur dengan soalan – soalan…….AHAD.
Lokasi seterusnya : soalan untuk dewasa ( awam ). masuk hutan. keluar hutan.penat. penat.dan penat…..pada korang di luar sana : 30.OGOS.2008 – DATANG KE DEWAN SIVIK….JOIN EPLORACE ( ALAM SEKITAR / KENEGARAAN )…….

Tiada ulasan:

Eco Kid Adventure on Facebook