Rabu, 5 November 2008

kalau dah tanggungjawab...




Semalam dan hari ini - sepatutnya bro terlantar sakit ( yg korang semua tak tahu ): kesan minggu lepas masih terasa. melihat dan bersama kalian - seakan semuanya hilang. KEM ANUGERAH PERDANA - RAKAN MUDA - satu pertemuan yg cantik untuk kita jadikan platform pertemuan yg semua bagaikan tak di rancang.

Pada mulanya bro - hanya sekadar ingin menjadi ' tuan rumah ' - tapi dengan sokongan dan penglibatan 100 % Kaunselor SMTeknik Syah Alam - Puan Zura - semuanya jadi lain. Terima kasih kepada ( bakal ) ketua pengawas 2009 dan semua AJK Makan - Nik Imam Besar kita. kerana menjadikan kem yg di rancang begitu sempurna pembikinannya.

Satu persatu kita jelajahi bersama - Yang pastinya itulah sepatutnya kita. Hidup tidak sekadar hanya dengan keinginan - komitmen harus diletakkan bersama niat...

Pada aku - dan rakan : kita masing2 ada tanngujawab untuk kita lunasi..terlalu banyak persoalan itu dan ini menjadikan kita membikin hari2 kita tidak solid. Sebab kita yakin : Allah tahu meletakkan kita dimana untuk hari2 seterusnya...

Pengajaran untuk yg lain : Komitmen ( hidup tidak sekadar berlalu seperti arus di sungai.....). 40 pelajar ( remaja ) handle sorang untuk semua program. Bayangkan kalau mahu dipersoalkan tengtang RM....

buka ECO KID ADVENTURE untuk gambar seterusnya

8 ulasan:

Tirana berkata...

Masing-masing kita ada peranan dan tanggungjawab. Alangkah indahnya hidup sekiranya setiap dari kita menunaikan tanggungjawab sebagaimana yang sepatutnya.. Tentu tidak jadi kecoh satu-satu program kalau semuanya memainkan peranan masing-masing.

JINGGO berkata...

puan tirana - gitu yg sepatutnya : yang tidak sepatutnya...ada pemimpin tidak bertanggjawab.ada guru yg tak bertanggungjawb.ada ayah / ibu yg tak bertangjawab.ada anak2 yg tdk bertanggjawab. dunia ini adil pada paksi dan pemberiannya..kita tidak lunasi apa yg sepatutnya. semuanya semakin tidak seharuan....diharapkan kita dan kita tidak begitu. sebab saya mengalami proses pembikinan yg lama , dan semakin tahu timpalbalik apa yg kita lakukan..untuk itu bertanggungjawab atas kapasiti siapa kita....

azza_irah berkata...

salam..
sy sehat..cm sakit pala..
skrg pnuh dgn aktvti..futsal,tarian,aerobik,esok cameron,lusa hari kanak2...mggu dpn pun dh tersusun..hutan lipur,smbutan bday..
tkaseh kerana btanya kabar..
mg hari ckgu juga lebih baik dr smlm..
sy rs penat..

JINGGO berkata...

cgu azza - itulah kita.penat dengan tanggungjawab.tapi kadang2 kita hilang semua rasa tu bila tengok ' budak2 ' tu.....ini ' amalan ' yg mengalir.....selagi ilmu kita digunakan..besar impaknya.semuga kita dirahmatiNya

mountdweller berkata...

Sdr. jinggo,

Itulah namanya "bakti". Saudara menjalankan tugas yang lain dari orang lain buat. Saya ada pengalaman susah senangnya apa yang saudara alami. Tapi demi anak bangsa, kita relakan diri kita jadi alat semata-mata ingin berbakti kepada nusa dan bangsa kita dengan cara kita.

Syabas saudara!

JINGGO berkata...

tuan mount...itulah kadang2 hidup.sebab Rasulllah s.a.w menjanjikan hanya 3 kelompok manusia yg akan berjalan atas mukabumi.orang yg CEMERLANG.MALANG.RUGI....orang cemerlang mempastikan hari ini lebih baik dari semalam.orang malang - hari ini sama dengan semalam dan orang rugi - hari ini lebih teruk dari semalam....

hidup kita adalah pilihan kita....

Nyonya Caa berkata...

Assalamuailaikum...Cikgu Jinggo!
Heeee. ingat saya lagi? Munn dri SMT Shah Alam.
Best betul kem yang kami pergi hari itu. tak sia sia saya join kem nih. banyak pengalaman dapat dikongsi bersama. suatu pengalaman indah buat saya. Banyak juga perkataan baru yang kami pelajari. Hahaha. "Output","Geli-geli" .haha.
Terima Kasih Cikgu Jinggo! Cikgu akan sentiasa kami ingati di sini.
Ada masa, kita berjumpa lagi nanti ya!

JINGGO berkata...

nyoya caa - terima kasih untuk semua : kem yg kita jalani tu memang best.....terbaik.terima kasih untuk semua...insyallah kita akan jumpa lagi.bro singgah sekejap aja nak kembali ke hutan.....

Eco Kid Adventure on Facebook