Jumaat, 14 November 2008

kita ada peranan berbeza...




UPSR dan keputusan sudah menzahirkan ceritanya : sememang saya menantikan keputusan SK Seri Murni Selayang.Seawal pagi call Kaunselor - Cgu Razali. Dan Puan Hajjah Kalsum.....mungkin ini sedikit sumbangan besar saya dan KITA untuk melihat anak2 ini berada ditempat yg betul..

Persekitaran di belakang Pasar Borong ( rata2 makayah yg tipikal - menyerah 100 % kebajikan pembanggunan anak2 pada sekolah : Rumah flat DBKL ) - dan pastinya bukannya mudah kerja Puan Guru Besar.

Kami bersama - 100% kami meletakkan komitmen - mencari ruang untuk melihat skill yang bagaimana harus kita LETUP kan keinginan anak2 ini...Tahniah Kaunselor Razali - saya tahu kekuatan dalaman cgu bila ( bukannya mudah berhadapan dengan politik dalaman sekolah ). Akhirnya ini boleh dikatakan sesuatu yg membanggakan !

Moral kepada kita : Sebagaimana janji Rasullah s.a.w - hari ini seharusnya lebih baik dari semalam....yang penting adalah perubahan. Dan aku percaya kepada KOMITMEN dan KEIKHLASAN kita untuk seterusnya.Jangan diukur berada A mereka dapat - yang penting adalah PERUBAHAN.

Hari ini - sekali lagi saya akan bersama dengan anak2 DBKL di Perkhemahan Hujung Minggu di Banting. Ceritanya sama. Berhadapan dengan anak2 yg makayah ' tipikal ' ..cgu dan sekolah segalanya. Kekuatan apa lagi yang kita harus ada....SEBELUM TU PAGI INI : SAYA DI JEMPUT KE BEBERAPA BUAH SEKOLAH DI SUBANG JAYA & PJ....

9 ulasan:

Tirana berkata...

Masing-masing dari kita ada peranan dan tanggungjawab. Alangkah indahnya dunia jika setiap orang memainkan peranan dan tanggungjawab itu mengikut yang digariskan oleh Islam. Tapi realitinya tidak begitu dan jinggo merupakan orang yang sesak nafas selalu, bila ada yang tidak memainkan peranan dan tanggungjawab dengan berkesan..hehehe.. Tapi tak ape lah..jangan perhati apa yang orang lain tidak buat (tidak menjalankan tanggungjawab) kerana itu merupakan masalah dia dengan Tuhannya tapi perhati selalu apa yang kita perlu dan patut buat kerana di antara kita dan Tuhan kita juga ada tanggungjawab yang mesti kita sempurnakan, Jika tidak, kita akan mempunyai masalah besar di hadapan Tuhan kita.

JINGGO berkata...

..terima kasih kerana komen yg menarik.semuga sokongan dan bantuan akan MELAJUkan saya terus kedepan......diharapkan apa yg kita lakukan mendapat keberkatanNya....dan insyallah saya tak akan sesak nafas lagi kut....he..he...

erisya nor berkata...

erisya setuju dengan tirana. buat yang termampu dan terbaik seperti kisah burung kecil di zaman nabi Ibrahim yang erisya citer kat blog dulu...walau api marak tapi dia tetap berusaha padamkan api.,padahal dia sedar kekerdilannya...bila ditanya, burung itu kata agar dia boleh jawab pertanyaan Allah kelak bahawa sesungguhnya, dia telahpun berusaha!

JINGGO berkata...

puan erisya - saya teringat cerita seorang lelaki yg mengutip tapak sulaiman di pantai - nampak macam sia2 - tapi itu kapasiti yg ada...tadi duduk minum dgn kawan di PJ - bincang tentang perjuangan masing2....sampai bila u nak buat kerja macam ni......

jawapan saya : semuanya kena faham kenapa ECO KID ditubuhkan : asasnya adalah ILMU yang di sebarkan. Yang penting sejauh mana ILMU itu menyalir. Dan saya percaya ILMU2 yg mengalir ini mampu memberi impak besar kepada saya dan kita......

azlin hashim berkata...

Betul! lin setuju pd pendapat semua! kita tak boleh terlalu mengharapkan org lain untuk melakukan perubahan andai diri kita sendiri tidak ada usaha utk mengubahnya!

Kalau nak dibahaskan tentang tanggungjawab, sy rasa semua org ada dan perlu utk melaksanakannya.. Tp hanya berapa kerat sahaja yg benar2 memainkan peranan?

Wallahualam!

Syabas kepada yg berjaya dlm UPSR!

JINGGO berkata...

lin - nak ubah dari dalam tu yg payah - sebab fitrah manusia memang tidak suka berubah.

Nak ubah manusia adalah satu kerja tuhan tapi kita manusia diberi ruang. macam cgu : ruang dan keinginan untuk duduk dalam ' industri ' ini...banyak PELUANG disediakan untuk menunaikan TANGGUNGJAWAB.

mOhD^.^rAz berkata...

Tanggungjawab dan peranan yg diletakkan di atas pundak kita kadang-kala tidak mampu kita tanggung..tapi sebagai manusia, kita hendaklah berusaha untuk atasi smua permasalahan.

Apa-apa pun, tahniah di atas keputusan yg membanggakan..

izzuddin berkata...

Kita harus ada akauntabiliti, rasa tanggungjawab dengan berkesan untuk berkhidmat dalam apa juga bidang yang kita ceburi.

Kita harus ada integriti, iaitu keikhlasan dan ketulusan dalam menjalankan tanggungjawab terhadap pekerjaan, keluarga, masyarakat negara dan apa sahaja lapangan.

Sharifah Hassan berkata...

Berikan yang terbaik tanpa mempersoalkan apa yang telah diberi dan apa yang bakal diterima...

Eco Kid Adventure on Facebook