Isnin, 3 November 2008

aziz m.osman + vee + ustazah...



dua hari berterusan HARIAN METRO menulis cerita yg sama. TAJUK BESAR yang pastinya ini ada NILAI untuk di baca...

Untuk kita fikirkan : dimana betul dan salahnya cerita ini. Kepada lelaki ( yang penting aziz dah dapat..) kepada perempuan ( kenapa dunia ini macam tak adil pada ustazah ni ) kepada AKU - untuk di fikirkan - berilah peluang AZIZ & USTAZAH selesaikan cerita diaorang..penglibatan CERITA macam yg ada NILAI tidak banyak membantu ustazah untuk menyatakan betulnya dia....

Kepada kita - yang pasti Ustazah dan Aziz adalah manusia yg tidak dapat lari dari kesilapan yg mungkin ( tidak silap pada NIATnya ) : berdasarkan kata pujangga - JAM YG MATI PUN ADA BETULNYA.madsudnya pada kita - jangan kita membuka aib orang lain ( kalau Allah dah tutup ) - sebab seburuk2 sangkaan kita ada Ustazah dan Aziz ada betul...beri peluang pada mereka.

Untuk Ustazah dan Aziz - disini letaknya kematangan kita. Musibah yg datang bagaikan satu ujian. Jangan di ikut rentaK orang2 yg mencari NILAI BERITA. Aziz ada fakta.Ustazah ada fakta.....semuga Allah beri kekuatan pada keduanya....

13 ulasan:

mountdweller berkata...

Sdrku jinggo,

Apa ceritanya sbenarnya? saya tidak baca. Apakah aziz dan ustazah melondeh keaiban Vee?

azlin hashim berkata...

betullah kata uncle Mountdweller cikgu, apa citer sebenarnya? Lin sebenarnya kan cikgu, kalo berita2 mcm ni, Lin org terakhir tau.. cuma yg Lin dpt tau, d'org dah menikah. Oklah tu kan.

Brahimnyior berkata...

Bro Jinggo, Maklumat yang teman dapat hanya melalui akhbar.

Tapi akhbar kekadang tidak bersifat adil, lebih kepada nilai komersil.

Kalau baca tajuk di Metro, nampak macam Aziz 'kena tipu', hingga habis cerita isteri barunya, bagai seorang yang tiada maruah diri.

Mengapa kita suka buka hijab dan cerita lampau orang? Bukankah ALlah telah janjikan mereka yang membuka aib orang lain, akan dibuka aibnya di akhirat?

Moga isteri Aziz teguh iman dan taqwa.

azlin hashim berkata...

Cikgu, Lin baru kesempatan baca paper nih... Oic, tak tau lah nak kata apa... tp Lin sokong sgt apa yg bro Brahimnyior ckp.
Tunggu & lihat apa kesudahannya, tp mmg dugaan hebat dlm hidup mereka.

JINGGO berkata...

mounth - bukan gitu : akhbar melondehkan cerita yg tidak sepatutnya di londehkan.....hanya mereka yg sepatutnya tahu....

ada petua tak - masuk hutan : gatal2 seluruh badan...

JINGGO berkata...

lin - dia orang dah berpisah - sedang seronok2 bulanmadu : ada sorang lelaki bagitahu ( bekas suami ) yg dia pernah menikah dengan ustazah dan pernikahan kat thailand.tak sah.....nikah dgn aziz katanya edahnya pun belum habis......kesian ustazah

JINGGO berkata...

yop brahim : itulah yg teman riso benor...apa untungnya buka aib orang - tuhan dah tutup......pada aziz dan ustazah - semuga dipermudahkan....

JINGGO berkata...

lin - itulah sepatutnya.jangan kita libatkan diri dalam kerja2 orang yg sekadar mahu mencari kelemahan org untuk di jual......

mountdweller berkata...

Petua? tadi saya jawab di posting Pet

Mak Su berkata...

kesilapan kekadang berlaku di mana2, jgnlah ada yg ambil kesempatan bergelak ketawa atau nak menghebah2kan pula, ek

Miss Jaz berkata...

salam pejuangku..kembali menulis walaupun tanpa pena...sesungguhnya begitulah hebat dugaan bagi mereka yang baru mendapat kebahagiaan..pelbagai dugaan yang menguji kesabaran..duda bertemu dara...bukan lagi satu kejadian yang aneh.bukan juga keajaiban...mungkin ia dipandang sinis oleh sekelumit mata yang memandang ...akan tetapi ianya satu kepastian..kepastian tentang hati,kepastian ttg kasih dan kepastian ttg CINTA...so??ujian yang datang pasti lebih membara..mungkin lebih berat dari perpisahan yang berlaku....sanggup atau tidak sahaja persoalannya...usah disalah vee@ustazah,akan tetapi takdir ditentu illahi..usah dibeza yang baru dan yang lama..pasti ada kelebihan antara keduanya...teruskan apa yang ada ditanganmu..jika ingin kembalikan nostalgia,pergilah semula kealam itu...tiada siapa yang menghalang kecuali hatimu sendiri..setiap sakit ada ubatnya,setiap luka pasti ada penawarnya..yang patah kan tumbuh,.setiap yang hilang kan berganti..tetapi segalanya terletak ditanganmu....buat aziz,jadilah orang bijak...bijaklah membuat keputusan..matanglah dalam berfikir..fikirlah dengan tenang..tenanglah dalam membuat keputusan..

JINGGO berkata...

miss jazz - terima kasih kerana pandangan yg amat2 terbuka.amat terbuka..gitulah sepatutnya hidup kita...dihujungnya kita akan dihakimi.nikmati hidup seadanya.

mak su ...lama tak dengar cerita.say suka dengan pandang mak su.tapi tgk Utusan Malaysia semalam....aib orang di persendakan...

mountdweller berkata...

Salam saudara,

Agak lambat sikit, tadi baru terbaca. Pada hemat saya, semua orang tidak salah. Yang salah adalah maklumat. Aziz sebagai suami, selesaikanlah secepat mungkin.

Semoga kalian akan bahagia.

Eco Kid Adventure on Facebook