Isnin, 10 November 2008

susah sangat ke nak senyum




Susah sangat ke nak senyum - memang macam tu sudah tentunya : kita berhadapan sekelompok orang - orang yg semakin susah nak senyum. Dan pengalaman hari ini meneruskan cerita ini.

Teringat beberapa seminar yang pernah di lalui bersama dahulu : Kerajaaan Perlis buat Seminar Mulut. Kerajaan Terengganu buat Seminar Senyum Sokmo. Kenapa sampai buat Seminar ! Ini persoalan kita.

Cerita ini di panjangkan kepada seorang rakan di USA - ko tahu jinggo , kat US sekarang ada training untuk MENAIKKAN PIPI ( pipi naik mata jadi kecil - itu senyum yg ikhlas )...Kenapa susah nak senyum ! Apa kaitan senyum dengan emosi. Teringat buku yg di tulis oleh DALE CARNEGIE - satu cara kita untuk mempengaruhi orang lain mulakan dengan SENYUM...seterusnya jadikan orang itu PENTING ( 5 patah kata keramat : I'M PROUD WITH YOU )....

Untuk aku dan kawan2 - setelah jauh meneroka bidang Pembinaan Karektor : memang tidak dinafikan - orang akan ukur kita ( 70 % ) daripada apa yg dia nampak. Orang akan nampak AIR MUKA dahulu. Air Muka melibatkan ( MATA DAN BIBIR )....untuk itu pada kita dan kita. Senyum dan jadikan semua orang lain penting....itu fitrah manusia suka dianggap penting !!!

17 ulasan:

azza_irah berkata...

wlpun semangat melayang...sy masih mampu tersenyum...

Unknown berkata...

cgu : kenapa ! semangat apa yg melayang...semuga cgu diberi keberkatanNya dan dipermudahkan urusan....senyum untuk seterusnya.

su berkata...

senyum slalu...hehe

Unknown berkata...

cgu su - kenapa agaknya orang susah nak senyum.....apa2 pun terima kasih kerana komen cgu..

ONE ZABA berkata...

kekadang manusia dilahirkan semulajadi punya memek muka yg masam...payah la nak nampak senyum...hee..heee saya la tu

Tirana berkata...

Jinggo..

Kenapa susah sangat nak mengukir senyuman??? Sebab dalam hati ada pelbagai penyakit... tapi macam cikgu One kata..kadang-kadang raut muka yang semulajadi nampak masam..sedangkan hati baik...Namun saya percaya, andainya hati kita bersih dan dihiasi dengan sifat2 mahmudah insyaAllah cahayanya akan terpancar di wajah dan kita akan mudah mengukirkan senyuman. Jadi bersihkan hati-hati kita dari dendam kesumat, hasaad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang menghilangkan seri di wajah kita.ne

Brahim Nyior berkata...

Bro Jinggo,

Senyum sedekah paling murah, kan?

Mengikut kajian, senyuman boleh menggerakkan leboh banyak otot muka, berbanding ketika masam.

Tapi, kalau asyik tersengih sepanjang masa, bahaya tu....

Unknown berkata...

cgu one - memang macam tu.ada orang yg dilahirkan dengan airmuka macam tu : tapi itulah kita manusia secara fitrahnya tafsir apa yg kita nampak dulu......

Unknown berkata...

puan tirana - senyum datang dari dalam hati ( selain dari airmuka ) - hati yang ' sakit ' akan mencerna airmuka yang sakit....harap2 kita tidak berada dalam kelompok orang2 yg begitu......

Unknown berkata...

yop brahim - dikg teman ( biasa orang kg suka dengan gelaran ) ada macam2 mat.mat sepet.mat senget.mat jenkoi...dan ada mat senyum.hobinya ada senyum ( nyonyen kata org perak ) - mat senyum ni jual ikan - dengan basikal dia pusing kg - dan mat senyum terus senyum sebab dia memang jongong !!!! mat senyum semula jadi...he....

azlin hashim berkata...

kalau dalam PLKN (CB) senyummmmmm tigaaaaaaaaa......

Brahim Nyior berkata...

hahahahahahahahahahahaha....

Iye lah, lama dah tak guna perkataan 'nyeghongen'..

Jongang pun anugerah Bro Jinggo..

Unknown berkata...

lin - tiga................semua lin tahu pasal PLKN dan Modul yg kami ajar.ni dah kira hebat lin

Unknown berkata...

yop brahim - teringat teman pada mat senyum.peristiwa tu dah lama.....tapi yg seronok tengok sebab anugerah senyum tu - ikan dia habis.hari2....

azlin hashim berkata...

hebat tu tak der lah cikgu, tp kan sambil menyelam minum air laa... My "buddy" lin KJ & lin selalu joint d'org.. masa ni lah kan nak belajar sama... hehe...

Unknown berkata...

lin - cgu bangga dengan lin...

azlin hashim berkata...

thanks Cikgu!

Eco Kid Adventure on Facebook