Khamis, 13 November 2008

Berkongsi selagi ada ruang...


berfikir tentang perkongsian.masa dan komitmen...

Pada suatu hari , sepasang suami isteri yg sudah lanjut usia mengunjungi Cameron Highland bagi mengingati kenangan suka duka semasa mereka bercinta. Kesempatan bernostalgia ini dimanafaatkan oleh mereka dengan menikmati sup ekor yg terkenal di sebuah warung di sana.

Suami isteri ini mula berbaris bagi memesan sup ekor mereka. Mereka memesan satu mangkuk sup ekor , sepinggan nasi dan dua gelas teh ais serta satu piring dan mangkuk kosong. Semua yang memerhati gelagat pasangan suami isteri itu merasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan nasi sahaja ? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan kedua orang tua itu hanya mampu memberi makanan bagi seorang sahaja.

Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk dirinya dan satu bahagian untuk isterinya. Kemudian mereka pun makan. Namun , yang makan hanya si suami , manakal si isteri hanya tersenyum menunggu dan melihat suaminya menjamu selera…

Seorang pekerja tiba2 berdiri dan berjalan menuju ke meja mereka , dengan rasa sedih pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan tersebut.Namun pelawaan itu di tolak dengan lembut , sambil keduanya terseyum.

Pekerja tadi sudah tidak dapat lagi menahan rasa hairanya lalu bertanya :

Mak Cik saya tengok dari tadi , mak cik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat Pak Cik makan. Bolah saya tahu mengapa mak tidak makan….

Dengan tersenyum si isteri menjawab : MAK CIK TUNGGU GIGI PALSU , YANG SEDANG DIPAKAI OLEH PAK CIK…..

Moral dari aku untuk aku dan kawan2 : Perkongsian menunjukkan pengorbanan dan kerelaan untuk memberi. Semakin banyak kita memberi , semakin kita tidak akan merasa kekurangan. Pengorbanan yang paling besar adalah pengorbanan diri aitu apabila yg dikorbankan adalah harga diri sendiri demi meningkatkan harga diri orang lain…

Realiti hari ini – masih ramai yang sanggup berkongsi tapi sekadar untuk kepentingan diri dan mencari ‘ apa aku akan dapat ‘…..

Disebab dunia ini hanya satu pusingan : aku harus memikirkan bagaimana untuk belajar berkongsi…..

13 ulasan:

erisya nor berkata...

ehhh gigi palsu pun boleh kongsi ka? hahaha tak kisahlah..namun erisya suka part mereka pergi bercuti bersama di usia senja...payah nak lihat pasangan melayu berusia yang jalan2 pegang tangan. Erisya suka jalan2 berdua ngan suami waktu malam...nyaman. masa kami mula pindah sini, ada jiran cekak pinggang lihat kami jalan berdua! (mungkin kerana suami paut bahu erisya)malah senyuman kami dibalas dengan jelingan yang tajam :)

azlanlin berkata...

Menarik entri kali ini berkisar warna-warni kehidupan yang kurang difahami oleh ramai insan. Dengan sikap memberi, ruang keselesaan akan lebih puas dan menyeluruh menyelinap dalam diri.

Namun, masih ramai yang mengharap untuk menerima sesuatu di luar jangkaan. Hati akan berbunga-bunga setelah menerima. Senyuman akan terukir.

Amat indah kehidupan jika wujud persefahaman untuk 'saling memberi dan menerima' di antara kedua pasangan.

Segalanya, pilihan di tangan kita dalam melakar kanvas kehidupan.... iringi dengan usaha dan doa agar mendapat keizinanNya.

Unknown berkata...

erisya ...itu cerita yg boleh di simpulkan banyak sudut dan pandangan.tentang kongsi.....berkaitan dengan eisya dan suami tu.memang dah jadi budaya agaknya orang kita pelik....orang perak panggil kelenyo....he...he

Unknown berkata...

cgu azlan > cantik bahasa cgu...begitulah hidup kita....semuga apa yg saya paparkan disini mampu menjadi iktibar besar kepada kita....

su berkata...

mekaseh krn byk beri komen & sokongan...

(itu wajah tuan blog ke?)

Tanpa Nama berkata...

salam, blh thn syahdu juge kisah ni... trkenang sepasang suami isteri di kejiranan tera yang blh dkategorikn sbg romantic couple, wlaupn diusia senja tetap ke sana ke mari brdua... sehingga ke akhir hayat mereka si isteri menyusul selang seminggu pemergian suami ke rahmatullah.. hati kami benar2 tersentuh.

Unknown berkata...

cgu su - sibuknya hari..amat sibuk.dari 9 pagi baru lega sikit sekarang.itu mungkin sebahagian daripada perkongsian waktu & masa ....terima kasih kerana komen.gambar...he....tulah empunya blog...jinggo ( bukan nama sebenar )

Unknown berkata...

cgu tera - lama tak dengar cerita..cgu onezana selalu sebut nama cgu : tapi itulah - lain pulak dengan jiran saya.sepasang suami isteri tua - yang kedua2 kaki ronggeng ( dangdut ).macamana tu...romantik tahap cipan.sampai meluat....tapi itu pilihan dia.dunia dia.dan tentunya dia sudah terlalu matang untuk buat macam tu...kita bersangka baik ajalah...

Sharifah Hassan berkata...

Perkongsian memerlukan sefahaman (selalunya memahami tanpa disebut)dan inilah anugerah yang selalunya dicari oleh ramai pasangan.

Anehnya ramai pasangan menginginkan perkara yang sama tetapi gagal diperoleh.

Mungkin kerana kita hanya menginginkan tapi tidak berusaha untuk mendapatkannya?

azza_irah berkata...

sekadar baca...tapi nak jugak tinggal jejak..hehee..

reply utk komen cikgu di blog sy..

tkaseh..azza paham..hidup adalah pilihan kita..
namun kadangkala kita tewas jua bila dihimpit kiri dan kanan..
apa pun..tkaseh sb prihatin..
terma kasih cikgu..sy dah ok..

Unknown berkata...

cgu sharifah betul atas kapasiti pengalaman...itulah kita.pengalaman yg tidak sama dengan orang lain.kita memang berharap begitu tetapi ( tidak ) ada keinginan kearah itu...

diantara harapan dan keinginan tentunya 2 cerita yg berbeza....semuga hari2 seterus kita diberkatiNya

Unknown berkata...

cgu azzah - kerana kita ada pengalaman yg berbeza - apa yg dikiri kanan harus dijadi satu KEMESTIAN sebelum kita membuat pilihan - kerana itu sudah dijanjikan bagai satu PAKEJ.....untuk hari2 seterusnya.tersenyum....

ONE ZABA berkata...

mujur saya tak jumpa pasangan tua tu....kalau jumpa... saya bagi acuan karipap..boleh gak buat ganti gigi

Eco Kid Adventure on Facebook