Khamis, 6 November 2008

Ini bukan kisah aku....penceramah jemputan.


Seorang penceramah dijemput untuk memberi ceramah di sebuah perhimpunan pembogel - pembogel.Kumpulan ini mengadakan persidangan di sebuah hotel terkenal ( tepi pantai ). Kepada penceramah - inilah adalah cabaran terbesar dalam kerjayanya.

AJK perhimpunan menjemput penceramah itu di lapangan terbang sehari sebelum hari ceramahnya dan pihak AJK meminta penceramah melihat keadaan perhimpunan supaya penceramah dapat menyesuaikan diri. Di sebabkan mereka tinggal di hotel yg sama , dia dibawa masuk oleh AJK tadi ke dewan dimana seluruh peserta sedang asyik mengikuti perhimpunan. Apabila pintu dewan dibuka dan penceramah itu diperkenalkan kepada peserta , penceramah itu terkejut kerana semua peserta yg berada di dalam dewan itu tidak berpakaian sedangkan dia mengenakan kemeja lengan panjang dan bertali leher...

Setibanya di bilik , dia kebingunan. Pakaian apa yg harus digunakan untuk ceramahnya besok. Pada pengkiraannya , untuk mempasti keberkesanan ceramahnya dia perlu meletakkan dirinya supaya sama dengan peserta , iaitu berbogel sebagaimana yang lain. Akhirnya penceramah membuat keputusan untuk berbogel untuk menyamarakatkan dirinya dengan peserta

Tiba masanya memberi ceramah , dia pun berjalan menuju ke dewan ceramah dengan penuh yakin tanpa mengenakan seurat pakaian. Apabila masuk dalam dewan dia terkejut kerana semua peserta yang hadir memakai pakaian yg kemas dan rapi , bagi mendengar ceramahnya , sedangkan penceramah jemputan satu2nya orang dalam dewan itu yang berbogel !!!

Moral untuk aku dan kita : Persaingan hidup untuk memenuhi keperluan hedonisme ( mencari kesenangan hidup ) dan materialisme ( kebendaan )kita semakin hari menjadikan kita tidak menjadi kita. , kita cenderung menjadi manusia yang suka mengikut orang lain.

Menurut Ziz Ziglar ( dalam buku hebatnya - kena baca !!! ) ' anda akan gagal sekiranya cuba meniru orang lain , tetapi anda akan MENJADI ANDA YANG TERBAIK.ANDALAH SATU SATUNYA YANG DAPAT MENGUNAKAN KEMAMPUAN ANDA SENDIRI...DAN INI MERUPAKAN SATU TANGGUNGJAWAB YANG BESAR '.....

Untuk Pengajaran - 3 teori besar menyatakan......GIVE YOURSELF ( pada ketentuaNya ), KNOW YOURSELF ( kenal siapa kita ) dan BE YOURSELF ( jadi diri sendiri )- hidup ini adalah pilihan kita......

6 ulasan:

azlin hashim berkata...

YA ampun, kalo sy dah menjerit kat situ.. punyer lah malu, tp nak buat mcm mana, takkan nak terjun kat Tasik Kem Chamang pulak!

Moralnya, jd lah diri sendiri, jgn menyusahkan diri sendiri untuk jd seperti org lain.

Tirana berkata...

Jika kita asyk ingin meniru dan menjadi orang lain..satu hari kita akan kepenatan dan keletihan. Menerima diri kita seadanya adalah yang terbaik kerana Allah telah menganugerahkan keistimewaan kepada setiap hambanya. Cari dan gilaplah keistimewaan itu..dan tidak perlu menjadi yang lain selain dari diri kita sendiri...

Unknown berkata...

azlin - begitulah hidup.kita memang susah nak jadi diri sendiri ( be yourseft ) - sebab tu dikatakan - 70 % pembentukan sikap datang dari persekitaran....

Nak ubah diri - jadi diri sendiri.kenal diri.........sebab dalam Modul CB ada Modul Imej Diri.dan memang praktikal......

Unknown berkata...

puan tirana - memang macam tu - persekitaran kita memang sudah menjadikan MENJAGA HATI ORANG adalah sebahagian dari budaya kita. untuk itu kita membentuk satu masyarakat yg tak jadi diri sendiri....

Dalam sebuah buku besar : biasanya makayah kita akan menentukan itu dan ini ( anak2 tidak akan menjadi diri sendiri ) - bidang apa kat kolej , kerja apa , bini sapa......

Kenapa ! sebab anak2 kalau diberi pilihan akan memilih benda yg macam2...jadi seterusnya jadilah jadilah kita masyarakat yg tidak menjadi diri sendiri.....

Macamana tu ! mari kita sama2 fikirkan agar semua orang menjadi diri sendiri......

Mak Su berkata...

ha? pembogel-pembogel...? saya tak berapa paham ni.... mcm parti tapaware ker?

Unknown berkata...

mak su - seminar untuk semua org bogel gitulah cerita asalnya....moralnya jadilah diri sendiri.macam mak su. tak pernah tunjuk muka....he...he....

Eco Kid Adventure on Facebook